You are on page 1of 12

GPBPSH- MSDRMT

GARIS PANDUAN PENGURUSAN


MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN (RMT) BAGI SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 TAHUN
2021/2022

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
1
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
GARIS PANDUAN PENGURUSAN MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BAGI SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 TAHUN
2021/2022

1.0 PENGENALAN
1.1 Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi Sesi
Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022 bermula pada 2/3 Januari 2022
hingga 24/25 Februari 2022 (36 hari persekolahan). Tambahan minuman
susu dalam program RMT ini adalah untuk memupuk amalan pengambilan
susu dan produk tenusu dalam pemakanan murid ke arah melahirkan
pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.

1.2 Pembekalan susu diuruskan oleh pengusaha RMT bagi tempoh seperti para
1.1 di atas bagi setiap hari persekolahan bersemuka untuk setiap murid.

1.3 Objektif pemberian minuman susu dalam RMT adalah untuk:


(a) menambah kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam
minuman susu kepada pemakanan murid; dan
(b) memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam
pemakanan murid. Seterusnya menjadi amalan sehingga dewasa bagi
membentuk pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.

2.0 PERANAN PENTADBIR SEKOLAH (GURU BESAR DAN GPK HEM)


2.1 Memastikan Surat Kebenaran Menerima Menu Susu Dalam Program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada ibu bapa / penjaga
diperoleh sebelum murid minum susu (Lampiran A).
2.2 Memberikan Surat Kenyataan Tawaran (Lampiran B) kepada pembekal
RMT sedia ada dan menerima Surat Setuju Terima (Lampiran C) daripada
pembekal RMT.

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
2
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
2.3 Membuat pesanan susu kepada pembekal RMT secara harian
bersamasama dengan pesanan RMT. Jumlah kotak susu yang dipesan
oleh pihak sekolah perlu dinyatakan dalam BORANG PESANAN HARIAN.
2.4 Pemberian susu adalah bagi setiap hari persekolahan bersama-sama
hidangan RMT. Catatan di dalam buku Laporan Harian RMT perlu
dilakukan oleh guru bertugas bersama-sama laporan RMT.
2.5 Memastikan bekalan susu yang dibekalkan ke sekolah adalah 2 bulan
sebelum tamat tarikh luput produk.
2.6 Memastikan spesifikasi dan jenis susu yang dibekalkan adalah susu Ultra
High Temperature (UHT) 200ml tanpa perisa (full cream) daripada
pembekal yang mempunyai pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point
(HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). Senarai pengilang atau pengedar produk susu
yang memenuhi kriteria tersebut adalah seperti di Lampiran D.
2.7 Memastikan susu dalam keadaan yang baik (tidak kemek, bocor atau
kembung, tiada kesan kehadiran makhluk perosak dan tiada kotoran serta
habuk pada pembungkus).
2.8 Memastikan murid-murid menghabiskan minum susu di sekolah dan
susu tidak dibenarkan untuk dibawa balik ke rumah.
2.9 Membuat bayaran kepada pembekal RMT berdasarkan tuntutan yang
dibuat. Pastikan bilangan kotak susu yang diterima adalah sama seperti
yang dipesan dan menyimpan rekod berkaitan pelaksanaan program.
2.10 Melaporkan dengan segera kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berhampiran jika berlaku simptom
klinikal kepada murid-murid.
2.11 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar
dan hasil pemantauan direkodkan (Lampiran E).

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
3
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
3.0 PERANAN PEMBEKAL RMT
3.1 Mendapatkan bekalan susu yang telah diperakui mempunyai pensijilan
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing
Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta
pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
berdasarkan senarai pengilang dan pengedar produk susu yang
disertakan.
3.2 Menyediakan tempat penyimpanan susu yang sesuai bagi penyimpanan
susu UHT .
3.3 Menerima pesanan sekolah secara harian dan menyediakan bekalan susu
mengikut kuantiti dan kualiti susu yang telah ditetapkan.
3.4 Memastikan susu dalam keadaan yang baik (tidak kemek, bocor atau
kembung, tiada kesan kehadiran makhluk perosak dan tiada kotoran
serta habuk pada pembungkus).
3.5 Mengagihkan susu kepada penerima RMT selepas diperiksa dan
dibenarkan oleh guru bertugas.
3.6 Melupuskan kotak-kotak susu selepas diminum oleh penerima RMT.
3.7 Membuat tuntutan secara bulanan bersama-sama tuntutan RMT kepada
pihak sekolah berdasarkan jumlah pesanan yang dibuat.

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
4
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
LAMPIRAN A

Guru Besar
(Nama Sekolah dan Alamat)
________________________ Tarikh :______________

SURAT KEBENARAN MENERIMA MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN


MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Saya, ___________________________________________________________
(No. KP : __________________________) ibu/bapa/penjaga* kepada murid yang
bernama _____________________________________ (Kelas/Darjah :__________)
dengan ini bersetuju / tidak bersetuju* untuk membenarkan anak dibawah jagaan saya
untuk menerima Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2022.

Yang benar,

_____________________
(Tandatangan dan Nama Ibu/Bapa/Penjaga Murid)

* Potong yang mana tidak berkenaan

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
5
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
LAMPIRAN B
(Contoh Surat Kenyataan Tawaran) Kepala Surat Sekolah

Rujukan Kami:……………………..
Tarikh:……………………..
Nama dan alamat Pembekal RMT

Tuan,

TAWARAN TAMBAHAN MEMBEKALKAN SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN


MAKANAN TAMBAHAN (RMT) SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 TAHUN 2021/2022

Saya adalah diarah merujuk kepada perkara di atas dan Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi
Rancangan Makanan Tambahan (No. Rujukan: __________) / Surat Setuju Terima RMT
(No. Rujukan: __________) adalah berkaitan.

2. Kerajaan telah bersetuju untuk membekalkan susu UHT tanpa perisa (full cream)
kepada penerima Rancangan Makanan Tambahan bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun
2021/2022 dengan kadar RM1.50 (Ringgit Malaysia: Satu Ringgit Lima Puluh Sen) di
Semenanjung Malaysia dan RM1.80 (Ringgit Malaysia: Satu Ringgit Lapan Puluh Sen) di
Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan bagi sekotak susu.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menawarkan kepada
tuan untuk membekalkan susu UHT tanpa perisa (full cream) kepada murid-murid sekolah ini
yang terpilih sebagai penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan butiran berikut:

Kadar seorang Bilangan kotak Anggaran


Bil murid seorang kos (RM)
Bil Perkara sehari/sekotak (A) Jumlah kotak
(B) (C) (E=AxD)
(D=BxC)
Bekalan RM1.50
3.1 susu (Semenanjung 36 kotak
UHT Malaysia)
3.2 Bekalan RM1.80 (Sabah,
susu Sarawak dan W.P. 36 kotak
UHT Labuan)

4. Sekiranya tuan bersetuju menerima tawaran ini, tuan diminta untuk melengkapkan
Surat Setuju Terima yang dilampirkan dan kembalikan kepada pihak sekolah dalam tempoh 5
hari daripada tarikh terima surat tawaran sekolah.

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
6
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

t.t dan Jawatan GB

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
7
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
LAMPIRAN C
(Contoh Surat Setuju Terima)
Kepala Surat Syarikat

Rujukan Kami:
Rujukan Tuan: (No. Rujukan Surat Tawaran)
Tarikh:
Guru Besar,
Nama dan alamat sekolah

Tuan,

TAWARAN TAMBAHAN MEMBEKALKAN SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN


MAKANAN TAMBAHAN (RMT) SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 TAHUN
2021/2022

Saya ______(Nama Pembekal)______No. Kad Pengenalan: _________________


dengan ini memberitahu tuan bahawa _________(Nama syarikat)_________ dan
___(No. Pendaftaran/dikosongkan sekiranya melibatkan individu tanpa syarikat)___
yang dilantik dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Bantuan Sekolah) bersetuju
menerima tawaran tambahan tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Kadar seorang Bilangan kotak Anggaran


Bil murid seorang kos (RM)
Bil Perkara sehari/sekotak (A) Jumlah kotak
(B) (C) (E=AxD)
(D=BxC)
Bekalan RM1.50
3.1 susu (Semenanjung 36 kotak
UHT Malaysia)
3.2 Bekalan RM1.80 (Sabah,
susu Sarawak dan W.P. 36 kotak
UHT Labuan)

2. Dengan ini, yang bertandatangan di bawah ini mengakui bersetuju menerima tawaran
ini dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan mematuhi Garis Panduan
pembekalan Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan Sesi Persekolahan
Penggal 3 Tahun 2021/2022.

_________________________ ________________
Tandatangan Pembekal RMT Tandatangan Saksi

Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
8
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
Garis Panduan Pengurusan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan
9
(RMT) bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 Tahun 2021/2022
LAMPIRAN D
Bil Pengilang/ No. Telefon/ No.
Alamat E-mel
. Pengedar Faks
Lot 50-51, Jalan Kilang,
Kolombong
Sabah International Tel: 088 421 922 jap.omar@sidmalaysia.
1. 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Dairies Sdn Bhd Faks: 088 423 100 com
Locked Bag No 203
88999 Kota Kinabalu, Sabah
Lot 17 & 18, Block C, 2nd Floor
Evergreen Livestock Keningau Wood Light, Tel: 087 335 636
2. yyfook@gmail.com
Sdn Bhd Industrial Complex Faks: 087 338 787
89009 Keningau, Sabah
Level 3, West Wing, Wisma
2020
Desa Group of 18, Lorong Belia, Tel: 088 287 214 angiesoh_gt@yahoo.c
3.
Companies Karamungsing Faks: 088287 221 om
Locked Bag 58, 88991 Kota
Kinabalu, Sabah

Dutch Lady Milk 13, Jalan Semangat No. tel : 0379532600 ezmir@friesladcampin
4.
Industries Berhad 46200 Petaling Jaya, Selangor No. fax : 0379584055 a.com

1st Floor, Lot 1536 (SL 18)


Eco Farm Solutions
5. Jalan Lapangan Terbang Tel: 019 856 9366 nsthiam25@gmail.com
Sdn Bhd
93250 Kuching, Sarawak
11-1, Jalan Petaling, Kawasan
The Holstein Milk Perindustrian Larkin Tel: 019-3401366 / jeffrey_fardlullah@yah
6.
Company Sdn Bhd 80350 Johor Bahru, Johor 019-5353 542 oo.com
(Farm Fresh)
Tel: 019-860 3669/
Lot L5-1, Persiaran Saru, Meru
013-881 8898
Etika Dairies Sdn Industrial Park Off Persiaran mohd.zurairi@etikahol
7. No. tel : 0333922988
Bhd Hamzah Alang 42200 Klang, dings.com
No. fax : 0333931688
Selangor
Faks: 03 3393 1688
Lot 19-30, Jalan PKNK 1/10,
ADMC Dairy Farm Kawasan Perusahaan Sungai No. tel : 0122126049 admcantoni@hotmail.c
8.
Sdn Bhd Petani, 48000 Kedah Darul No. fax : 052820455 om
Aman
A-3-07, Blok A, Merchant
Hybrid Allied Dairy Square, No1, Jalan Tropicana No tel : 0378870800 jarifibrahim@hotmail.c
9.
Company Sdn Bhd Selatan 1, PJU 3 No fax : 0378850803 om
47410 Petaling Jaya, Selangor
No 1, Jalan Bukit Belimbing
F&N Beverages
26/38, Persiaran Kuala No tel : 0351014288
10. Manufacturing Sdn siti.asilda@kellog.com
Selangor, Seksyen 26, 40400 No fax : 0351923155
Bhd
Shah Alam, Selangor
** Produk dari pengeluar susu lain juga dibenarkan sekiranya memenuhi kriteria
produk yang telah ditetapkan oleh KKM (Sijil HACCP KKM, Sijil Halal dan GMP)
LAMPIRAN E

INSTRUMEN PEMANTAUAN MENU SUSU DALAM RMT SESI 2021/2022


OLEH GURU BESAR/ GURU PENOLONG KANAN HEM

NAMA SEKOLAH : ________________________________________________


KOD SEKOLAH : _____________________
BILANGAN MURID PENERIMA : _____________ orang
MAKLUMAT PEMBEKAL:______________________________________
(NAMA SYARIKAT)

ARAHAN AM :

1. Isi semua bahagian disediakan.


2. Tandakan ( / ) pada ruang skor disediakan berdasarkan skala berikut :
*Skala / Skor 0 Tiada

1 Ada tetapi tidak sempurna

2 Ada dan diuruskan dengan sempurna

BIL PERKARA SKOR

0 1 2

1. Fail Pengurusan (Pin Am 435)

1.1 Surat masuk

1.2 Surat keluar

2. 2.1 Carta Jawatankuasa

2.2 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa

2.3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa


2.4 Surat Kebenaran Menerima Menu Susu
Dalam RMT

2.5 Senarai Penerima (tahun semasa)

3. 3.1 Susu daripada pembekal seperti yang disenaraikan


dalam Garis Panduan

3.2 Tempat penyimpanan susu sesuai dan selamat

3.3 Fizikal stok susu diperiksa sebelum diagihkan kepada


murid

3.4 Agihan susu dilakukan mengikut prosedur yang betul

3.5 Susu yang dibuka diminum hingga habis atau dibuang


selepas minum

3.6 Kotak susu dibuang dan dilupuskan dengan kaedah yang


betul

Ulasan :
..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

Tandatangan Guru Besar/ PK HEM :

Tarikh : ……………………………

Cap sekolah :

You might also like