You are on page 1of 28

BAB 1 PENDAHULUAN

1. PENGENALAN
1.1 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan di
sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan semenjak 1979 bagi
membekalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat kepada murid luar bandar
dan murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi mengatasi
masalah malnutrisi dan ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan murid yang
dapat menganggu perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

1.2 Sebagai tambahan kepada program RMT, Program Susu Sekolah (PSS) pula
telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1983.
Program ini membekalkan susu kepada murid sekolah sama seperti program
yang dilaksanakan di pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara
yang mempunyai industri tenusu. Pemberian susu kepada murid sebagai
makanan tambahan dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk
membekalkan nutrisi yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang serta
memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid sihat dan sentiasa segar.

1.3 Program Susu Sekolah (PSS) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk
amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama-sama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep
Persyarikatan Malaysia.

1.4 Program Susu Sekolah (PS1M) adalah kesinambungan Program Susu Sekolah
(PSS) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun
1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan dan
kesihatan dikalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan
fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik. Pada
2022, Program Susu Sekolah telah diteruskan dibawah program Rancangan
Makanan Tambahan.

1.5 PSS disasarkan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang memenuhi
kriteria berikut:
1.5.1 Pendapatan adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional 2019 bagi kategori PGK Makanan 2019 (Isi Rumah RM1,169.00
atau Per Kapita RM310.00); atau
1.5.2 Semua murid yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
1.5.3 Semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang Kad Orang
Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
** Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima PSS.

2. OBJEKTIF
2.1 AM
Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah
melalui pemupukan tabiat suka minum susu.

2.2 KHUSUS

2.2.1 Meningkatkan tabiat suka minum susu dikalangan murid-murid sekolah rendah.

2.2.2 Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke sekolah.

2.2.3 Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini khususnya


berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek-aspek
pendidikan yang lain amnya.

2.2.4 Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid sekolah
bertambah baik.

2.2.5 Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri tenusu


tempatan yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan pembekalan susu.

3. SUSU UHT TANPA PERISA PENUH KRIM

3.1 Susu UHT Tanpa Perisa Penuh Krim adalah susu yang diproses melalui kaedah
UHT (Ultra High Temprerature) di mana susu dipanaskan pada suhu 135 -140
darjah celcius selama 2-10 saat. Tujuannya adalah untuk membunuh kuman-
kuman yang boleh merosakkan susu atau menyebabkan sakit perut.

3.2 Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptik iaitu pembungkusan


menggunakan teknologi tinggi yang keadaan sekelilingnya steril dan bebas dari
kuman.

3.3 Susu UHT Tanpa Perisa Penuh Krim boleh disimpan pada suhu bilik.

3.4 Susu UHT Tanpa Perisa Penuh Krim mempunyai tempoh hayat sehingga 10
bulan dari tarikh pengeluaran.
BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M

1. KAJIAN 1

Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh


Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Dari
kajian ini didapati:

1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu
meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan
menunjukkan peningkatan pencapaian akademik.

1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa
faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati
oleh penyelidik.

1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai
negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan
diteruskan dalam tempoh jangka panjang.

1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga
mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M.

2. KAJIAN 2

Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Hasil
dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal murid peringkat sekolah
rendah didapati:

2.1 Tinggi : Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid.

2.2 Berat : Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak

dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum.

2.3 BMI (Body Mass Index) : Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan

atau penurunan peratus BMI.

2.4 Lemak : Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan
atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.

2.5 Kepadatan Tulang : Susu meningkatkan kepadatan tulang murid.

2.6 Index kualiti tulang : Susu dapat meningkatkan index kualiti tulang.

2.7 Kecergasan fizikal : Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam

meningkatkan kecergasan fizikal murid.

Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat
dalam kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat
badan, BMI dan peratus lemak dalam badan murid.

3. Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut:

3.1 Meneruskan program PS1M

3.2 Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula
pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan.

3.3 Menambah kuantiti susu daripada dua kotak seperti sedia ada.

3.4 Memperluaskan supaya semua murid rendah dapat menikmati susu PS1M.

3.5 Memperluaskan PS1M ke sekolah menengah rendah supaya murid yang sedang
membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam pertumbuhan mereka.

3.6 Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan
makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama
pelbagai pihak.
BAB 3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

1.1. Menyelaraskan data penerima PSS dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
1.2. Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi
sebelum diminum.
1.3. Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu
kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1.4. Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan Program Susu Sekolah tahun semasa.
1.5. Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS.
1.6. Khidmat kunjung bantu ke Jabatan Pendidikan Negeri mengikut keperluan.

2. Bahagian Kewangan

2.1. Mengeluar dan mengemaskini Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program


Susu Sekolah (PSS)
2.2. Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan
kepada Bahagian Perolehan (BPL) untuk penyediaan dokumen kontrak dan
kepada BPSH untuk perancangan pelaksanaan
2.3. Memastikan peruntukan kewangan PSS bagi tahun semasa mencukupi.
2.4. Menyalurkan dan memastikan peruntukan PSS yang mencukupi ke JPN.
2.5. Memantau prestasi perbelanjaan PSS di peringkat JPN.
2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PSS.
2.7. Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan kontrak
(Contract Order) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh
pihak sekolah.
2.8. Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya
peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan

3. Bahagian Perolehan (BPL)

3.1 Mengurus proses perolehan PSS


3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PSS berdasarkan kelulusan
daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan
3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat
pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.
3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan
cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah.
3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada Unit
Undang-Undang (UUU).
3.6 Mendapatkan prestasi syarikat pembekal daripada Jabatan Pendidikan Negeri
bagi tujuan pelepasan Bon Jaminan Pelaksanaan.
3.7 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku
pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini.

4. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

4.1 Unit Hal Ehwal Murid

4.1.1 Menyediakan data penerima PSS.


4.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PSS kepada PPD dan sekolah.
4.1.3 Menyediakan nota minta untuk pesanan PSS.
4.1.4 Membantu Jabatan Kesihatan Negeri dan syarikat pembekal
menyediakan laporan kes-kes simptom klinikal PSS.
4.1.5 Khidmat kunjung bantu pelaksanaan PSS ke Pejabat Pendidikan
Daerah/ sekolah.

1.2 Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset

4.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta


mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPL
kepada PPD dan sekolah.
4.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi.
4.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan syarat
kontrak kepada Unit Kewangan JPN.
4.2.4 Menyediakan prestasi syarikat dan dihantar ke BPL, KPM.
4.2.5 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.
4.3 Unit Kewangan dan Unit Akaun

4.3.1 Menyediakan pesanan kontrak (CO) PSS berdasarkan nota minta yang
disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid.
4.3.2 Memastikan CO PSS disediakan sebelum penghantaran bekalan susu
oleh pembekal mengikut jadual (tertakluk kepada perubahan jadual
penghantaran yang diputuskan oleh KPM).
4.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan
(SAP) yang lengkap untuk tujuan tuntutan pembayaran.
4.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan CO yang dikeluarkan dan
pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah.
4.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau
dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan dan
Pengurusan Aset.
4.3.6 Menyedia prestasi kewangan PSS dan menghantar ke Bahagian
Kewangan, KPM.
4.3.7 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.

5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

5.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PSS


5.1.1 Data sekolah
5.1.2 Data Murid
5.2 Menguruskan taklimat pengurusan PSS kepada sekolah
5.3 Khidmat kunjung bantu pelaksanaan PSS di sekolah
5.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal
PSS.
5.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada
Unit Perolehan dan Pengurusan Aset kepada sekolah
5.6 Menerima dan mengumpul laporan pemantauan Pegawai Perhubungan Program
Susu Sekolah (PPPSS) dari pembekal.
PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PSS

MULA

Unit HEM kemukakan ke Unit Kewangan dokumen


berikut :
a. Senarai Sekolah b. Bilangan Murid
c. Bil. Kotak Susu d. Salinan Kontrak/SST

PESANAN Unit Kewangan sediakan Pesanan Kontrak (CO)


melalui e-perolehan

Serahkan (CO) kepada Syarikat Pembekal Susu

Unit HEM terima daripada Syarikat Pembekal


Susu :
a. CO Asal b. Invois
d. SAP d. Salinan Kontrak/SST

Maklum
pada TIDAK Unit HEM : Semakan Dokumen yang lengkap
pembekal

YA

BAYARAN Serahan Dokumen Lengkap kepada Unit


Kewangan

Unit Kewangan : Penyediaan Baucar Bayaran

Bayaran Kepada Syarikat Pembekal Susu

TAMAT
BAB 5 PENGURUSAN PSS DI SEKOLAH

Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) dihantar
sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan,
semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PSS dengan sebaik
mungkin.

1. Penubuhan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (Program Susu


Sekolah)
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Guru Penyelaras PSS
Ahli Jawatankuasa :
Guru Penyelaras RMT (jika berlainan)
Guru Penyelaras Kelas
Guru Penyelaras Pendidikan Khas
Wakil PIBG (bukan guru)
** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing-
masing

2. Peranan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (Program Susu Sekolah)


Di Sekolah
2.1 Mesyuarat di peringkat sekolah (sekurang-kurangnya dua kali setahun)
2.2 Pemilihan murid layak terima (mengikut tahun semasa) dan mendapat
kebenaran ibu bapa / penjaga
2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai.
2.4 Memastikan bekalan susu tahun semasa habis diminum. Bekalan tahun
semasa tidak dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya.
2.5 Memastikan pengurusan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
2.6 Memastikan murid membawa pulang susu ke rumah sekiranya berlaku situasi-
situasi seperti berikut:
2.6.1 Kelas ditutup
2.6.2 Sekolah ditutup (akibat bencana / pandemik)
2.7 Memastikan murid beragama Islam membawa pulang susu ke rumah setiap
hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan.
2.8 Memastikan bekalan susu bagi murid yang tidak hadir sekolah disimpan dan
diagihkan kepada murid berkenaan setelah murid hadir.
3. Carta Alir Penerimaan Program Susu Sekolah

MULA

TERIMA LAMPIRAN 2
PENGGANTIAN SENARAI SEMAK PSS
BEKALAN
(diisi oleh pembekal)

Memastikan :
MAKLUM - Kuantiti sama seperti SAP
TIDAK
MENEPATI - tiada kotak susu yang rosak
KEPADA
SPESIFIKASII? - No. batch/ Tarikh luput
PEMBEKAL - Kotak susu tiada kerosakan
fizikal
YA
LAMPIRAN 4 :
SIJIL AKUAN PENERIMAAN
TANDATANGAN - Disahkan dan disemak
SAP oleh dua individu berbeza
- SAP disahkan oleh
pentadbir

LAMPIRAN 5 :
KEMASKINI
BUKU LOG
BUKU LOG PSS Catatkan pada Bahagian A :
Penerimaan

Simpan bekalan susu dan


PENYIMPANAN
pastikan mengikut prosedur yang
SUSU
ditetapkan dalam GP Pengurusan

TAMAT
4. Penerimaan Bekalan

4.1 Waktu Penerimaan : Waktu pejabat dan hari bekerja


4.2 Pengesahan Penerimaan :
4.2.1 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah disemak dan disahkan oleh
dua individu berbeza.
4.2.2 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) disahkan oleh Guru Besar / Guru Penolong
Kanan Pentadbiran / Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru
Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Penyelia Petang / Guru Penolong
Kanan Pendidikan Khas
4.2.3 Pastikan SAP lengkap semasa hari susu dihantar ke sekolah:

A. PENERIMAAN
SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan nombor kad pengenalan
penerima.

B. PENGESAHAN
SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cop jawatan pengesah.

4.2.4 Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP
4.2.5 Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod

5. Peringatan
5.1 Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program
Susu Sekolah (Buku Log).
5.2 Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak susu
yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch / tarikh luput.
5.3 Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan
hendaklah dikembalikan kepada pembekal untuk diganti.
5.4 Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu memakai
pakaian yang sopan dan bersesuaian.
5.5 Memastikan warga sekolah tidak terlibat dalam kerja-kerja pemunggahan dan
penyusunan susu.
5.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.
6. Aktiviti Pendidikan Program Susu Sekolah Di Sekolah
6.1 Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Penyelaras
PSS oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali setahun)
6.2 Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pendidikan
PSS.
6.3 Menggalakkan warga sekolah menonton video Panduan Minum Susu di laman
web / CD.
6.4 Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa PSS mengikut masa yang sesuai.
6.5 Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian

7. Penyimpanan Susu PSS Di Sekolah

7.1 Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut :


7.1.1 Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko
pencemaran
7.1.2 Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan
7.1.3 Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,
kondensasi, kotoran dan wap
7.1.4 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi
keluasan pallet
7.1.5 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding
7.1.6 Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor
batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out) dilaksanakan
7.1.7 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu
bergoyang dan terjatuh. Contoh : Interlocking Stacking System (Sistem
Perkuncian Barang Tindihan)
7.1.8 Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10
karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah
7.1.9 Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System)
8. Pengagihan Susu PSS Di Sekolah

8.1 Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu
8.2 Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan
8.3 Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara berikut
dipatuhi :
8.3.1 Nombor batch dan tarikh luput
8.3.2 Tarikh pengagihan dicatat
8.3.3 Catat jumlah kotak susu yang diagih
8.4 Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :
8.4.1 Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran
8.4.2 Bocor atau pecah
8.4.3 Menggelembung
8.4.4 Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada
kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat
8.4.5 Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak
8.5 Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu :
8.5.1 Amalan membasuh tangan
8.5.2 Pastikan kotak tidak kembung, kemek, bocor
8.5.3 Pastikan tarikh belum luput
8.5.4 Goncang kotak susu
8.5.5 Rasa sedikit ; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan segera
kepada guru
8.5.6 Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang sudah
diminum
8.5.7 Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan
CARTA ALIR AGIHAN SUSU KEPADA MURID

MESYUARAT JBPS

KEBENARAN IBU BAPA /


PENJAGA

AGIHAN SUSU

SEKOLAH BERCUTI SEKOLAH BERSEMUKA


AKIBAT BENCANA / SEPERTI BIASA
PANDEMIK

BULAN RAMADHAN
(MURID BERAGAMA
ISLAM)

BERLAKU SIMPTOM
TERUS MINUM
KLINIKAL

AGIHAN KEPADA MURID


UNTUK DIBAWA PULANG

TINDAKAN
RUJUKAN (MS 16)
9. Pemantauan PSS

9.1 Guru Penyelaras PSS perlu mengemaskini Buku Laporan PSS setiap bulan.
9.2 Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada Buku Laporan
PSS setiap bulan.
9.3 Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD, dan PPPSS yang hadir untuk
pemantauan.

10. Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PSS di Sekolah

10.1 Fizikal Kotak Susu : Kemek, kembung dan bocor


10.1.1 Asingkan kotak susu yang rosak
10.1.2 Laporkan kepada pembekal untuk gantian

10.2 Simpton Klinikal : Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit
10.2.1 Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta
10.2.2 Asingkan murid yang terlibat
10.2.3 Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan
segera
10.2.4 Maklum kepada PPD / JPN dan pembekal
10.2.5 Maklum kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat
10.2.6 Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan JPN
(muka surat 35)

11. Pelupusan Kotak Susu PSS

11.1 Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi


11.2 Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut

12. Keperluan Dokumentasi

12.1 Pastikan Fail Pengurusan PSS disediakan dan mengandungi :


12.1.1 Surat Masuk / Keluar
12.1.2 Minit Mesyuarat
12.1.3 Borang Kebenaran Ibu bapa / Penjaga
12.1.4 Senarai Nama Penerima
12.1.5 Buku Laporan PSS
12.1.6 Bahan-bahan Pendidikan PSS
12.1.7 Salinan Sijil Akuan Penerimaan
12.1.8 Laporan Kes Simptom Klinikal ( jika ada )
12.1.9 Lain-lain bahan berkaitan PSS ( jika ada)

13. Perlindungan kepada Guru


13.1 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa
kerosakan susu yang dibekalkan yang boleh menyebabkan keracunan makanan
kepada murid-murid
13.2 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku
ketidakpatuhan terhadap mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu
13.3 Warga sekolah tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak pembekal tidak
mematuhi mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu
LAMPIRAN 1 – MAKLUMAT AM PSS

PENGURUSAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

A. MAKLUMAT SEKOLAH
Nama Sekolah & Alamat

Kod Sekolah
__________________ No Tel : Email :
Sesi No. Fax :
Pagi/Petang Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar
Pedalaman

Nama Guru Besar 

Nama GPK HEM 

Nama Guru Penyelaras 

B. MAKLUMAT MURID
ENROLMEN Stor/Bilik Khas
KESELURUHAN TEMPAT PSS
PENYIMPANAN Bilik Kesihatan
BILANGAN PENERIMA SUSU
RMT/PSS Bilik GPK HEM
(tanda pada
kotak atau Kabinet
CATATAN (SEKIRANYA
BILANGAN PENERIMA nyatakan) Lain-lain :
RMT/PSS BERBEZA) …………………………

C. PENGESAHAN MAKLUMAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa maklumat
CAP SEKOLAH
yang dinyatakan adalah benar.

( Tandatangan)
NAMA GB/ GPK/
Guru Penyelaras
RMT/PSS
JAWATAN

TARIKH
LAMPIRAN 2 – SENARAI SEMAK PSS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PSS
ARAHAN :

DIISI OLEH PENGHANTAR PSS DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP KALI
PENGHANTARAN.
Semak
No. PERKARA Catatan
YA TIDAK
PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN
A
SEKOLAH
Maklumat Am pengangkutan
- Nama Agensi :
1.
- No Kenderaan :
- Lori / Kapasiti :
Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan
hendaklah dijalankan dengan cermat.
2.
- Tidak mencampak
- Tidak menghempas
- Tidak memijak / duduk
3. Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu
daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk
dan asap mahu pun serangga perosak
Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik.
4. - peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih
- boleh dibersihkan, dinyahjangkitan
- bebas daripada sebarang kotoran.
Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi
5. bagi produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum
mengangkut produk.
Menggunakan kaedah susunan yang sesuai
- susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang
- susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system.
6. - Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang
melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah.(contoh: bagi tetrapak per 200ml tidak boleh
melebihi ketinggian yang dibenarkan iaitu 8-10 tray).
Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan
7.
dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.
Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera
8.
daripada kenderaan pengangkutan.
Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod
penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang
diperlukan seperti :
- Tarikh dan masa pemunggahan
- No batch / kuantiti
- Tarikh luput bagi setiap batch
Semak
No. PERKARA Catatan
YA TIDAK
B. KEADAAN PENYIMPANAN
Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak
menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10
1. tray).
Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan
2. bawah.
3. Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak.

4. Tidak mengendalikan susu dengan kasar.


Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan
yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh
5. contohnya interlocking stacking system.
Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau
jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian
6. sekurang-kurangnya 15 sm dari lantai.
Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm jarak
7. daripada dinding
Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray
8. bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system
Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan
nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO)
9. atau masuk dulu, keluar dulu
Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar
10. daripada stor penyimpanan.
Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan
cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas
11. kotak susu adalah dilarang sama sekali.

Nama Penghantar :
No. HP:
Tarikh / Masa :
Tandatangan :
LAMPIRAN 3 – KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Guru Besar

……………………………………………………

Tuan,

PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) TAHUN ………….

Merujuk kepada perkara diatas, saya ………………………………………………………, No.


Kad Pengenalan : ……………………………………………. adalah ibubapa / penjaga
kepada ……………………………………………………………. Tahun …………………

2. Dengan ini saya;


bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima / minum susu
Program Susu Sekolah

tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu Sekolah


kerana
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………….
3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak
sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

………………………………………….. Tarikh : …………………………….


( )

Catatan : Borang ini hendaklah dikumpul dan disimpan oleh pihak sekolah
LAMPIRAN 4 – SAP

SIJIL AKUAN PENERIMAAN


(No. Tender: )
(Untuk diisi setelah bekalan disemak)

Kod Sekolah : ....................................... Nombor SAP : .......................................


Nama & :
Nama & Alamat
: ......................................... Alamat .......................................
Sekolah
Syarikat
No. Telefon : ........................................ No. Telefon : ........................................
No. Pesanan : ........................................
Kontrak (CO)

Jumlah Harga
Butiran Produk Kuantiti Jumlah Ulasan Sekolah
(Kotak) Sekotak (RM)
(RM)
Susu UHT Tanpa Produk dalam
Perisa keadaan baik
(Penuh Krim/Segar) semasa
penerimaaan
i) Tarikh Dikilangkan:
.......................... Penghantaran
ii) Tarikh mengikut jadual
Luput: ..........................
iii) No. Batch: Plastik sampah
.......................... dibekalkan

Nota: Tarikh luput Lain-lain (nyatakan)


hendaklah sekurang– .................................
kurangnya 6 bulan dari
tarikh susu dihantar ke
sekolah.

Saya mengaku bahawa bekalan susu di atas telah diterima dan disemak dengan betul.
teri Diterima/Disemak oleh: Diteri Disahkan oleh:

........................................................ ........................................................
(Tandatangan) (Tandatangan Guru Besar/Guru Penolong Kanan)

Nama: ............................................ ........................................................


(Cap Guru Besar/Guru Penolong Kanan)
No.KP:............................................
Tarikh:............................................
Tarikh:............................................

*Peringatan :
i) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah diisi dalam tiga (3) salinan untuk edaran:
a) dua (2) salinan kepada Kontraktor termasuk yang asal
b) satu (1) salinan untuk fail sekolah
ii) Penerima/Penyemak dan pengesah adalah dua individu warga sekolah yang berbeza.
LAMPIRAN 5 – BUKU LOG
PROGRAM SUSU SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tempoh :……………………………… Nama Guru Penyelaras :…………………………………


Lokasi
Simpanan :………………………………

A. PENERIMAAN BEKALAN
TARIKH BIL MURID KUANTITI NAMA
NOMBOR TANDA
BIL TERIMA (DATA JUMLAH TARIKH NOMBOR CO* PENERIMA
SAP* TANGAN
BEKALAN PADA JPN) KOTAK LUPUT BEKALAN SUSU
TP :
1 CK :

TP :
2 CK :

TP :
3 CK :

TP :
4 CK :

TP :
5 CK :

TP :
6 CK :
TP :
7 CK :

TP :
8 CK :

TP :
9 CK :

TP :
10 CK :

TP :
11 CK :

TP :
12 CK :

TP :
JUMLAH
CK :

ULASAN / CATATAN
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
* SAP = Sijil Akuan Penerimaan CO = Contract Order (Pesanan Kontrak) TP = Tanpa Perisa CK = Perisa Coklat
**Helaian ini disediakan mengikut bulan
B. AGIHAN BULAN …………………….
TARIKH DAN KUANTITI AGIHAN JUMLAH AGIHAN
BIL MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 SEBULAN
Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti (KOTAK)
TP : TP : TP : TP : TP :
1 CK : CK : CK : CK : CK : TANPA PERISA :
TP : TP : TP : TP : TP :
2 CK : CK : CK : CK : CK :
TP : TP : TP : TP : TP :
3 CK : CK : CK : CK : CK : PERISA COKLAT :
TP : TP : TP : TP : TP :
4 CK : CK : CK : CK : CK : ____________
TP : TP : TP : TP : TP :
5 CK : CK : CK : CK : CK :

JUMLAH TP : TP : TP : TP : TP :
MINGGUAN CK : CK : CK : CK : CK :

C. LAPORAN SUSU ROSAK


Tarikh Kuantiti Tanda Kuantiti Tarikh Terima Guru Tanda
Bil Tarikh Kes Guru Pelapor Tarikh Luput
Luput (TP/CK) Tangan Gantian Gantian Penerima tangan

D. ULASAN DAN CATATAN PELAKSANAAN PSS

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Disediakan oleh : ……………………………………. Disemak oleh : ………………………………………………….
PANDUAN MENGISI BUKU LOG PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

A. PENERIMAAN:

1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PSS ke sekolah.


2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal.
3. Bilangan Murid : Bilangan murid mengikut tempahan/data JPN
4. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP mengikut
bilangan tanpa perisa dan berperisa (jika ada).
5. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan Penerimaan ( SAP).
6. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu.
7. No SAP/CO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP/CO penghantaran
8. Nama guru yang : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah.
menerima bekalan
9. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut.

B. AGIHAN:

1. Bilangan : Kekerapan PSS diagihkan kepada murid mengikut


2. Tarikh : Tarikh PSS diagihkan kepada murid.
3. Kuantiti : Jumlah penerima PSS di sekolah.
4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid
dalam tempoh sebulan.

C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES )

1. Bilangan : Bilangan kekerapan kes.


2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku.
3. Tarikh luput : Tarikh luput susu.
4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat.
5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian.
6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian.
7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal.
8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima.
9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian.
10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian.
11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.
LAMPIRAN 6 – INSTRUMEN
PROGRAM SUSU SEKOLAH
INSTRUMEN KHIDMAT KUNJUNG BANTU KPM / JPN / PPD
TAHUN 20…….

NAMA SEKOLAH : ________________________________________________


KOD SEKOLAH : _____________________
BILANGAN MURID PENERIMA : _____________ orang

ARAHAN AM :

1. Isi semua bahagian disediakan.


2. Tandakan ( / ) pada ruang skor disediakan berdasarkan skala berikut :
0 Tiada
*Skala / Skor 1 Ada tetapi tidak sempurna
2 Ada dan diuruskan dengan sempurna

SKOR
BIL PERKARA 0 1 2
Fail Pengurusan (Pin Am 435)
1.1 Surat masuk
1.
1.2 Surat keluar
2.1 Carta Jawatankuasa
2.2 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa
2.3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa
2.4 Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga (tahun semasa)
2. 2.5 Senarai Penerima (tahun semasa)
2.6 Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
2.7 Bahan Pendidikan / Buku Panduan
2.8 Bahan / Nota Taklimat
3.1 Tempat penyimpanan susu sesuai dan selamat
3.2 Plastik sampah dibekal dan mencukupi
3.3 Fizikal stok susu diperiksa sebelum diagihkan kepada murid
3. 3.4 Agihan susu dilakukan mengikut prosedur yang betul
3.5 Susu yang dibuka diminum hingga habis atau dibuang selepas minum
3.6 Kotak susu dibuang dan dilupuskan dengan kaedah yang betul.
Ulasan :
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Tandatangan Pegawai: Tandatangan Guru Besar :

Tarikh : …………………………… Cap sekolah :


LAMPIRAN 7 – FORMAT ADUAN/SIASATAN

NAMA SEKOLAH ……………………………………………………………………..

KOD SEKOLAH …………………………….

LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN

1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :


2. No. Aduan :
3. Kategori Aduan :
4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :
5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :
6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :
7. Laporan Siasatan :
7.1 Perkara/Isu yang berlaku
7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)
7.3 Tarikh/Masa/Tempat
7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian
7.5 Dapatan Siasatan :
7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan
(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)
7.7 Nama Pegawai Penyiasat
7.8 Tarikh Siasatan
8. Status Kes :
9. Syor/Cadangan :
10. Lampiran (Jika ada):

Disediakan : Disahkan :
............................................................ ……………………......................................

Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/KPP/ PPD)


Tarikh Penyediaan Laporan :

You might also like