You are on page 1of 28

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
DI SEKOLAH

0
BAB 1 PENDAHULUAN

1. PENGENALAN

1.1 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan di


sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan semenjak 1979 bagi
membekalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat kepada murid luar bandar
dan murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi mengatasi
masalah malnutrisi dan ‘kelaparan tersembunyi’ dalam kalangan murid yang akan
menganggu perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

1.2 Sebagai tambahan kepada program RMT, Program Susu Sekolah (PSS) telah
mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1983.
Program ini membekalkan susu kepada murid sekolah sama seperti program
yang dilaksanakan di pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara
yang mempunyai industri tenusu. Pemberian susu kepada murid sebagai
makanan tambahan dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk
membekalkan nutrisi yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang serta
memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa
segar.

1.3 Program Susu Sekolah (PSS) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk
amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama-sama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep
Persyarikatan Malaysia.

1.4 Program Susu Sekolah (PSS) Tahun 2020 adalah kesinambungan Program Susu
1Malaysia (PS1M) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 2010. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap
pemakanan dan kesihatan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah
rendah bertambah baik. Pada tahun 2020, PSS telah diteruskan di bawah
program RMT.

1
1.5 PSS disasarkan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang memenuhi
kriteria berikut:

1.5.1 Pendapatan isi rumah adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional semasa (kategori miskin tegar); atau
1.5.2 Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
1.5.3 Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang Kad Orang Kurang
Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).
** Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima PSS.

2
2. OBJEKTIF

2.1 AM

Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah melalui


pemupukan amalan meminum susu.

2.2 KHUSUS

2.2.1 Meningkatkan amalan mengambil minuman susu dalam kalangan murid-


murid sekolah rendah.
2.2.2 Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke
sekolah.
2.2.3 Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini
khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan
serta aspek-aspek pendidikan yang lain amnya.
2.2.4 Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah
bagi memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid
sekolah bertambah baik.
2.2.5 Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri
tenusu tempatan yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan
pembekalan susu.

2.3 SUSU UHT

2.3.1 Susu UHT adalah susu yang diproses melalui kaedah UHT (Ultra High
Temprerature) dimana susu dipanaskan pada suhu 135 -140 darjah
celcius selama 2-10 saat. Tujuannya adalah untuk membunuh kuman-
kuman yang boleh merosakkan susu atau menyebabkan simptom
keracunan seperti sakit perut.
2.3.2 Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptik iaitu
pembungkusan menggunakan teknologi tinggi yang keadaan
sekelilingnya steril dan bebas dari kuman.
2.3.3 Susu UHT boleh disimpan pada suhu bilik.
2.3.4 Susu UHT mempunyai tempoh hayat sehingga 10 bulan dari tarikh
pengeluaran.

3
BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M

1. KAJIAN 1

Kajian keberkesanan Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh


Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M.
Dari kajian ini didapati:

1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu
meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan
menunjukkan peningkatan pencapaian akademik.
1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa
faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati
oleh penyelidik.
1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai
negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan
diteruskan dalam tempoh jangka panjang.
1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga
mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M.

2. KAJIAN 2

Kajian keberkesanan Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan


oleh Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat
pembekal PS1M. Hasil dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal
murid peringkat sekolah rendah didapati:

2.1 Tinggi: Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid.
2.2 Berat: Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak
dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum.
2.3 BMI (Body Mass Index): Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan
atau penurunan peratus BMI.
2.4 Lemak: Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan
atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.

4
2.5 Kepadatan Tulang: Susu meningkatkan kepadatan tulang murid.
2.6 Indeks kualiti tulang: Susu dapat meningkatkan indeks kualiti tulang.
2.7 Kecergasan fizikal: Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam
meningkatkan kecergasan fizikal murid.

Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat
dalam kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat
badan, BMI dan peratus lemak dalam badan murid.

3. Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut:

3.1 Meneruskan program pemberian susu kepada murid.


3.2 Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula
pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan.
3.3 Menambah kuantiti bilangan susu yang diberi kepada murid.
3.4 Memperluaskan supaya semua murid sekolah rendah dapat menikmati susu.
3.5 Memperluaskan program bantuan susu ke sekolah menengah rendah supaya
murid yang sedang membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam
pertumbuhan mereka.
3.6 Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan
makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama
pelbagai pihak.

5
BAB 3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)


1.1 Menyelaraskan data penerima PSS dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
1.2 Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi
sebelum diminum.
1.3 Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu
kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1.4 Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan PSS tahun semasa.
1.5 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS.
1.6 Khidmat kunjung bantu ke Jabatan Pendidikan Negeri mengikut keperluan.

2. Bahagian Kewangan (BKew)


2.1 Mengeluar dan mengemaskini Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program
Susu Sekolah (PSS).
2.2 Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan
kepada Bahagian Perolehan (BPL) untuk penyediaan dokumen kontrak dan
kepada BPSH untuk perancangan pelaksanaan.
2.3 Memastikan peruntukan kewangan PSS bagi tahun semasa mencukupi.
2.4 Menyalurkan dan memastikan peruntukan PSS yang mencukupi ke JPN.
2.5 Memantau prestasi perbelanjaan PSS di peringkat JPN.
2.6 Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PSS.
2.7 Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan tempatan
(Local Order) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh pihak
sekolah.
2.8 Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya
peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan.

3. Bahagian Perolehan (BPL)


3.1 Mengurus proses perolehan PSS.
3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PSS berdasarkan kelulusan
daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan.
3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat
pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.

6
3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan
cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah.
3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada
Penasihat Undang-Undang (PUU).
3.6 Mendapatkan prestasi syarikat pembekal daripada Jabatan Pendidikan Negeri
bagi tujuan pelepasan Bon Jaminan Pelaksanaan.
3.7 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku
pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini.

4. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

4.1 Unit Hal Ehwal Murid


4.1.1 Menyediakan data penerima PSS.
4.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PSS kepada PPD dan sekolah.
4.1.3 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PSS.
4.1.4 Menyediakan nota minta untuk pesanan PSS.
4.1.5 Membantu Jabatan Kesihatan Negeri dan syarikat pembekal
menyediakan laporan kes-kes simptom klinikal PSS.
4.1.6 Pemantauan dan kunjung bantu pelaksanaan PSS ke Pejabat
Pendidikan Daerah / sekolah.

4.2 Unit Perolehan


4.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta
mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPL
kepada PPD dan sekolah.
4.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi.
4.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan syarat
kontrak kepada Unit Kewangan JPN.
4.2.4 Menyediakan prestasi syarikat dan dihantar ke BPL, KPM.
4.2.5 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.

7
4.3 Unit Kewangan
4.3.1 Menyediakan pesanan tempatan (LO) PSS berdasarkan nota minta yang
disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid.
4.3.2 Memastikan LO PSS disediakan sebelum atau pada 15hb setiap bulan
(tertakluk kepada perubahan jadual penghantaran yang diputuskan oleh
KPM).
4.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan
(SAP) dari pihak sekolah bagi setiap pesanan selepas penghantaran
susu.
4.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan LO yang dikeluarkan dan
pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah.
4.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau
dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan.
4.3.6 Menyedia prestasi kewangan PSS dan menghantar ke Bahagian
Kewangan, KPM.
4.3.7 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPL, KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.

5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

5.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PSS.


5.1.1 Data sekolah
5.1.2 Data murid
5.2 Menguruskan taklimat pengurusan PSS kepada sekolah.
5.3 Pemantauan dan khidmat kunjung bantu pelaksanaan PSS di sekolah.
5.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal
PSS.
5.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada
Unit Perolehan kepada sekolah.
5.6 Menerima dan mengumpul laporan pemantauan Pegawai Perhubungan Program
Susu Sekolah (PPPSS) dari pembekal.

8
PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PSS

MULA

Unit HEM kemukakan nota minta dan dokumen


berikut ke Unit Kewangan:
a. Senarai sekolah b. Bil murid
PESANAN

c. Bil. kotak susu d. Dokumen sokongan

Unit Kewangan sediakan Pesanan Tempatan


(LO) e-perolehan

Serahkan (LO) kepada Syarikat Pembekal Susu /


cetakan terus melalui sistem e-perolehan

Unit HEM terima daripada Syarikat Pembekal


Susu:
a. LO asal b. Invois
c. SAP d. Salinan kontrak / SST

Semakan dokumen oleh Unit HEM

Syarikat lengkapkan
dokumen

Dokumen lengkap
TIDAK
BAYARAN

YA

Serahkan kepada Unit Kewangan

Penyediaan baucer bayaran

Bayaran dibuat kepada pembekal susu

TAMAT

9
BAB 5 PENGURUSAN PSS DI SEKOLAH

Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu Sekolah (PSS) dihantar
sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan,
semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PSS dengan sebaik
mungkin.

1. Penubuhan Jawatankuasa Bantuan Murid

Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Murid yang


dipengerusikan oleh Guru Besar dengan keahlian seperti berikut:

i) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;


ii) Guru Penyelaras Bantuan/ Kebajikan;
iii) Pembantu Tadbir Kewangan;
iv) Guru penyelaras setiap aliran (Tahun 1 – Tahun 6 dan PPKI).

** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing-


masing

2. Peranan Jawatankuasa Program Susu Sekolah Di Sekolah

2.1 Mesyuarat penyelarasan di peringkat sekolah.


2.2 Mengesahkan senarai murid yang layak menerima (berdasarkan senarai
penerima RMT dan mengikut tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu
bapa/penjaga.
2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai.
2.4 Memastikan bekalan susu tahun semasa habis diminum. Bekalan tahun
semasa tidak dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya.
2.5 Memastikan pengurusan PSS mengikut garis panduan yang ditetapkan.

10
3. Carta Alir Pengurusan Program Susu Sekolah Di Sekolah

PSS

LENGKAPKAN
BUKU LAPORAN
PSS

11
4. Penerimaan Bekalan

4.1 Waktu Penerimaan : Berdasarkan keberadaan pentadbir di sekolah.


4.2 Pengesahan Penerimaan :
4.2.1 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah disemak dan disahkan oleh dua
individu berbeza.
4.2.2 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) disahkan oleh Guru Besar/Guru Penolong
Kanan Pentadbiran/Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru
Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Penyelia Petang/Guru Penolong
Kanan Pendidikan Khas.
4.2.3 Pastikan SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cap jawatan
penerima semasa hari susu dihantar ke sekolah.
4.2.4 Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP.
4.2.5 Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod.

5. Peringatan

5.1 Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program Susu
Sekolah (Buku Log).
5.2 Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak susu
yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch dan tarikh luput.
5.3 Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan hendaklah
dikembalikan kepada pembekal untuk diganti.
5.4 Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu memakai
pakaian yang sopan dan bersesuaian.
5.5 Memastikan warga sekolah tidak terlibat dalam kerja-kerja pemunggahan dan
penyusunan susu.
5.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.

12
6. Aktiviti Pendidikan Program Susu Sekolah Di Sekolah

6.1 Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/Guru Penyelaras PSS
oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali setahun).
6.2 Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pendidikan
PSS.
6.3 Menggalakkan warga sekolah menonton video Panduan Minum Susu di laman
web/CD.
6.4 Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa PSS mengikut masa yang sesuai.
6.5 Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian.

7. Penyimpanan Susu PSS Di Sekolah

7.1 Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut :


7.1.1 Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko
pencemaran.
7.1.2 Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan.
7.1.3 Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,
kondensasi, kotoran dan wap.
7.1.4 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi
keluasan pallet.
7.1.5 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding.
7.1.6 Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor
batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out) dilaksanakan
7.1.7 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu
bergoyang dan terjatuh. Contoh: Interlocking Stacking System (Sistem
Perkuncian Barang Tindihan).
7.1.8 Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10
karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah.
7.1.9 Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System).

13
8. Pengagihan Susu PSS Di Sekolah

8.1 Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu.
8.2 Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan.
8.3 Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara berikut
dipatuhi :
8.3.1 Nombor batch dan tarikh luput.
8.3.2 Tarikh pengagihan dicatat.
8.3.3 Catat jumlah kotak susu yang diagih.
8.4 Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :
8.4.1 Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran.
8.4.2 Bocor atau pecah.
8.4.3 Menggelembung.
8.4.4 Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada
kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat.
8.4.5 Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak.

14
8.5 Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu:
8.5.1 Amalan membasuh tangan.
8.5.2 Pastikan kotak tidak kembung, kemek dan bocor.
8.5.3 Pastikan tarikh belum luput.
8.5.4 Goncang kotak susu.
8.5.5 Rasa sedikit; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan segera
kepada guru.
8.5.6 Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang sudah
diminum.
8.5.7 Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan.

9. Pemantauan PSS

9.1 Guru Penyelaras PSS perlu mengemaskini Buku Laporan PSS setiap bulan.
9.2 Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada Buku Laporan
PSS setiap bulan.
9.3 Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD dan PPPSS yang hadir untuk
pemantauan.

10. Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PSS di Sekolah

10.1 Fizikal Kotak Susu: Kemek, kembung dan bocor.


10.1.1 Asingkan kotak susu yang rosak.
10.1.2 Laporkan kepada pembekal untuk gantian.

10.2 Simpton Klinikal: Alahan, sakit perut, muntah, pening dan cirit birit.
10.2.1 Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta.
10.2.2 Asingkan murid yang terlibat.
10.2.3 Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan
segera.
10.2.4 Maklum kepada PPD/JPN dan pembekal.
10.2.5 Maklum kepada ibu bapa/penjaga murid terlibat.
10.2.6 Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan JPN
(muka surat 27)

15
11. Pelupusan Kotak Susu PSS
11.1 Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi.
11.2 Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut.

12. Keperluan Dokumentasi


12.1 Pastikan Fail Pengurusan PSS disediakan dan mengandungi:
12.1.1 Surat Masuk/Keluar
12.1.2 Minit Mesyuarat
12.1.3 Borang Kebenaran Ibu bapa/Penjaga
12.1.4 Senarai Nama Penerima
12.1.5 Buku Laporan PSS
12.1.6 Bahan-bahan Pendidikan PSS
12.1.7 Salinan Sijil Akuan Penerimaan
12.1.8 Laporan Kes Simptom Klinikal (jika ada)
12.1.9 Lain-lain bahan berkaitan PSS (jika ada)

13. Perlindungan Kepada Guru

13.1 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa


kerosakan susu yang dibekalkan yang boleh menyebabkan keracunan
makanan kepada murid-murid.
13.2 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku
ketidakpatuhan terhadap mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu.
13.3 Warga sekolah tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak pembekal tidak
mematuhi mana-mana terma dalam kontrak pembekalan susu.

16
LAMPIRAN 1 – MAKLUMAT AM PSS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGURUSAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

1. Nama Sekolah : ………………………………………………………………………………….……………….


2. Alamat Sekolah: ………………………………………………………………………………………………….
3. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar
4. No. Telefon : ………………………..
5. No. Faks :………………………….
:
6. Guru Besar : ………………………………………………………………………………..……………………
7. No. Telefon : ………………………………..
8. GPK HEM : ………………………………………………………………………………………….………….
9. No. Telefon : ………………………………..
10. Guru Bertugas : ……………………………………………………………………………..…….…………….
11. No. Telefon : ………………………………
12. Enrolmen Murid : …………………………..
13. Jumlah Penerima Susu : ………………….
14. Tempat Penyimpanan Susu :


Stor PSS

Bilik GPK HEM

Kabinet Bilik Guru

Bilik Kesihatan

Lain-lain ………………………

Tandatangan : …………………………………………………………

Nama : .…………………………………………………………..

Jawatan : …………………………………………………………

Cap Sekolah :

( Sila tanda √ ) Berkenaan

17
LAMPIRAN 2 – SENARAI SEMAK PSS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PSS
ARAHAN :

DIISI OLEH PENGHANTAR PSS DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP
KALI PENGHANTARAN.
NO. PERKARA SEMAK CATATAN
YA TIDAK
A PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN SEKOLAH
1 Maklumat Am pengangkutan
- Nama Agensi :
- No Kenderaan :
- Lori / Kapasiti :
2 Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan
hendaklah dijalankan dengan cermat.
- Tidak mencampak
- Tidak menghempas
- Tidak memijak / duduk
3 Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu daripada
sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap mahu
pun makhluk perosak.
4 Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik
- Peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih
- Boleh dibersihkan, dinyahjangkitan
- Bebas daripada sebarang kotoran
5 Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi bagi
produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum
mengangkut produk.
6 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai
- Susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang
- Susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system
- Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang melampau
akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. (contoh: bagi
tetra pak per 200ml tidak boleh melebihi ketinggian yang
dibenarkan iaitu 8-10 tray).

7 Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan


dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.
8 Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera
daripada kenderaan pengangkutan.
9 Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod
penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang
diperlukan seperti :
- Tarikh dan masa pemunggahan
- No batch / kuantiti
- Tarikh luput bagi setiap batch
SEMAK
NO. PERKARA CATATAN
YA TIDAK
B KEADAAN PENYIMPANAN

1 Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak


menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan
(8 – 10 tray).
2 Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah.
18
3 Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak.

4 Tidak mengendalikan susu dengan kasar.

5 Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan yang


sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya
interlocking stacking system.
6 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 sm dari lantai.
7 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada
dinding.
8 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray
bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system.
9 Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan
nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO) atau
masuk dulu, keluar dulu.
10 Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada
stor penyimpanan.
11 Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan
cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak
susu adalah dilarang sama sekali.

Nama Penghantar :

No. HP:

Tarikh / Masa :

Tandatangan :

19
LAMPIRAN 3 – KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)


BORANG KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA

Guru Besar
……………………………………………………
……………………………………………………

Tuan,

PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) Tahun…...…….…..

Merujuk kepada perkara di atas saya …………....................……….…………………………………….


…..……………………………… No. Kad Pengenalan : ……….........................……………………….
ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………….………… Tahun
………………………………

2. Dengan ini saya;

bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima


/ minum susu Program Susu Sekolah

tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu Sekolah kerana
…………………………………………………………………......................................……
…………………………………………………………….……………………….....…………

Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan

3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………...
( ) Tarikh : …………………..

Catatan :
Borang ini dikumpul dan disimpan di sekolah

20
LAMPIRAN 4 – SAP
SIJIL AKUAN PENERIMAAN
(Untuk diisi setelah alat-alat/bahan-bahan disemak)

Kod Sekolah : ………………………………. Nombor SAP: ……………………………………….


Sekolah : ………………………………. Syarikat : ……………………………………….
………………………………. ……………………………………….
Alamat : ………………………………. Alamat : ……………………………………….
………………………………. ……………………………………….
No. Telefon : ………………………………. No. Tel : ……………………………………….
No. Faks : ………………………………. No. Faks : ……………………………………….
Bekalan bulan : ………………………………. No. Pesanan Tempatan (LO) : ……………………
Tahun : ………………………………. Bilangan Murid PSS : ……………………

Kuantiti Harga
Butiran Jumlah
Jumlah Kotak
Produk (Kod Kuantiti Seunit Jumlah Ulasan Sekolah
Murid Setiap
Item) Kotak (RM) (RM)
Murid
Susu dalam
keadaan baik
semasa
penerimaan

Susu UHT Plastik sampah


Berperisa dibekalkan
Coklat
(200 ml) Penghantaran
mengikut jadual

Saya mengaku bahawa susu UHT berperisa coklat (200 ml) di atas telah diterima dan disemak
dengan betul (kualiti dan kuantiti).

Diterima / disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………. ……… ……………………………………………………


(Tandatangan) (Tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan)

Nama : …………………………………………
No. KP : ……………………………………….. …………………………………………………
(Cap Guru Besar / Penolong Kanan)
Tarikh : ……………………………………….. Tarikh : ………………………………………..
Peringatan :
1) Sijil Akaun Penerimaan (SAP) hendaklah diisi dalam (4) Salinan untuk edaran berikut:
a) 3 salinan kepada kontraktor termasuk yang asal.
b) 1 salinan untuk fail sekolah.
2) Sila pastikan No. Pesanan Tempatan (LO) yang sah telah diisi sebelum akaun penerimaan dibuat.
3) Penyemak dan pengesah adalah dua individu yang berbeza.

21
LAMPIRAN 5 – BUKU LOG

PROGRAM SUSU SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bulan :……………………. Nama Guru Penyelaras :……………………….……


Tempat
Simpanan :……………………………………… Bil. Murid PSS : ………………….........

A. PENERIMAAN

TARIKH TERIMA KUANTITI DITERIMA NAMA PENERIMA TANDA


BIL NO. SAP NO. LO
BEKALAN JUMLAH TARIKH BEKALAN TANGAN
KOTAK LUPUT
1

JUMLAH SEBULAN

ULASAN / CATATAN :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

22
B. AGIHAN

BIL MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 JUMLAH AGIHAN


SEBULAN
Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti (KOTAK)
1

JUMLAH
ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………................……….…………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

C. LAPORAN SUSU ROSAK


Tarikh
Tarikh Tarikh Tanda Kuantiti Tarikh
Bil Kuantiti Guru Pelapor terima Guru Penerima Tanda tangan
kes luput tangan gantian luput
gantian

ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………..

Disediakan oleh: Disemak oleh:

23
PANDUAN MENGISI BUKU LAPORAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

A. PENERIMAAN:

1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PSS ke sekolah.


2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal.
3. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP.
4. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
5. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu.
6. No SAP/LO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP penghantaran
tersebut.
7. Nama guru yang : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah.
menerima bekalan
8. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut.

B. AGIHAN:

1. Bilangan : Kekerapan PSS diagihkan kepada murid.


2. Tarikh : Tarikh PSS diagihkan kepada murid.
3. Kuantiti : Jumlah penerima PSS di sekolah.
4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid
dalam tempoh sebulan.

C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES )

1. Bilangan : Bilangan kekerapan kes.


2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku.
3. Tarikh luput : Tarikh luput susu.
4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat.
5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian.
6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian.
7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal.
8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima.
9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian.
10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian.
11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.

24
LAMPIRAN 6 – INSTRUMEN

PROGRAM SUSU SEKOLAH


INSTRUMEN PEMANTAUAN DAN KHIDMAT KUNJUNG BANTU KPM / JPN / PPD
TAHUN 20…….

NAMA SEKOLAH : ________________________________________________


KOD SEKOLAH : _____________________
BILANGAN MURID PENERIMA : _____________ orang

ARAHAN AM :

1. Isi semua bahagian disediakan.


2. Tandakan ( / ) pada ruang skor disediakan berdasarkan skala berikut :
0 Tiada
*Skala / Skor 1 Ada tetapi tidak sempurna
2 Ada dan diuruskan dengan sempurna
SKOR
BIL PERKARA 0 1 2
Fail Pengurusan (Pin Am 435)
1.1 Surat masuk
1.
1.2 Surat keluar
2.1 Carta Jawatankuasa
2.2 Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa
2.3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa
2.4 Borang Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga (tahun semasa)
2. 2.5 Senarai Penerima (tahun semasa)
2.6 Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
2.7 Bahan Pendidikan / Buku Panduan
2.8 Bahan / Nota Taklimat
3.1 Tempat penyimpanan susu sesuai dan selamat
3.2 Plastik sampah dibekal dan mencukupi
3.3 Fizikal stok susu diperiksa sebelum diagihkan kepada murid
3. 3.4 Agihan susu dilakukan mengikut prosedur yang betul
3.5 Susu yang dibuka diminum hingga habis atau dibuang selepas minum
3.6 Kotak susu dibuang dan dilupuskan dengan kaedah yang betul

Ulasan :
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Tandatangan : Tandatangan Guru Besar :

Tarikh : …………………………… Cap sekolah :

25
LAMPIRAN 7 – CATATAN BERKALA

CATATAN BERKALA PEMANTAUAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)


(Bagi kegunaan Pegawai Penghubung PSS Syarikat)
SEKOLAH
TARIKH
JENIS BILIK

BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN


1. BILIK PENYIMPANAN SUSU
1.1 Mempunyai keluasan yang sesuai
1.2 Pengudaraan dan pencahayaan yang baik
1.3 Mempunyai tingkap, kipas/penghawa dingin dan lampu
1.4 Hanya menyimpan susu sahaja
1.5 Tiada kesan makhluk perosak
1.6 Ruang lantai yang bersih
1.7 Siling tiada sawang
1.8 Bilik selamat dan berkunci
2. KAEDAH PENYIMPANAN SUSU
2.1 Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya 15 sm jarak
daripada dinding
2.2 Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya pada
ketinggian 20 sm daripada lantai
2.3 Susu disusun di dalam rak bertutup/terbuka meja atau
pallet
2.4 Kuantiti susu di sekolah hanya untuk agihan satu bulan
sahaja
2.5 Tidak menyimpan susu dengan tarikh luput yang lama di
sekolah
3. DOKUMENTASI DAN REKOD
3.1 Mengisi Buku Pelaporan Program Susu Sekolah (PSS)
3.2 Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu terdapat
di bilik penyimpanan susu
3.3 Sijil Akuan Penerima (SAP) disusun ikut bulan dan difailkan
3.4 CP Panduan Meminum Susu digunakan ikut bulan dan
difailkan
3.5 Poster PSS di tampal dan dipamerkan
3.6 Jawatankuasa PSS Sekolah dipamerkan
3.7 Borang Persetujuan Penerimaan PSS difailkan
3.8 Senarai Penerima PSS difailkan
3.9 Jumlah penerima PSS bersama dengan bekalan diterima
sekolah
4. LAIN-LAIN
4.1 Plastik sampah disediakan
4.2 Pelupusan kotak susu dibuat secara bersistematik
4.3 Ada kemudahan chiller/peti sejuk (Jika ada)
4.4 Bilik dihias menarik
4.5 Pemantauan oleh PPD/JPN/KPM

Dipantau oleh :
Tandatangan : Jawatan / Cap :

26
LAMPIRAN 8 – FORMAT ADUAN/SIASATAN

NAMA SEKOLAH ……………………………………………………………………..

LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN

1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :


2. No. Aduan :
3. Kategori Aduan :
4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :
5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :
6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :
7. Laporan Siasatan :
7.1 Perkara/Isu yang berlaku
7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)
7.3 Tarikh/Masa/Tempat
7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian
7.5 Dapatan Siasatan :
7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan
(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)
7.7 Nama Pegawai Penyiasat
7.8 Tarikh Siasatan
8. Status Kes :
9. Syor/Cadangan :
10. Lampiran (Jika ada):

Disediakan : Disahkan :
.............................................. ……………………......................................

Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/ KPPK/ KPP/ PPD)


Tarikh Penyediaan Laporan :

27

You might also like