You are on page 1of 3

PERATURAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS

( Peringkat Kebangsaan )

1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat
Kebangsaan Tahun 2017.

2. OBJEKTIF
2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK (Cina) dan SJK (Tamil) menguasai serta
mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa Malaysia.
2.2 Menggalakkan murid-murid SJK (Cina) dan SJK (Tamil) bertutur dalam bahasa Malaysia.
2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK (Cina) dan SJK (Tamil) di Malaysia.
2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibbah.
2.5 Menanam semangat ‘Cintailah Bahasa Malaysia’
2.6 Membiasakan murid-murid SJK (Cina) dan SJK (Tamil) menggunakan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pertuturan harian mereka.
2.7 Memahirkan murid-murid SJK (Cina) dan SJK (Tamil) mengarang esei bahasa Malaysia.

3. KELAYAKAN / SYARAT
3.1 Semua murid warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu di SJK (Cina) dan SJK (Tamil)
dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu Tahap 2 layak mengambil bahagian.
3.2 Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan Peringkat
Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja.

4. BILANGAN PESERTA
4.1 Setiap sekolah layak menghantar LIMA (5) orang peserta sahaja untuk menyertai
pertandingan di kumpulan negeri kebangsaan.

5. SOALAN-SOALAN
5.1 Soalan-soalan untuk Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan akan disediakan oleh satu panel
yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.2 Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang akan diuji termasuklah pemahaman, peribahasa,
tatabahasa, perkataan berlawan, perkataan seerti dan perkataan-perkataan lain yang
termasuk dalam sukatan pelajaran.
5.3 Jumlah soalan ialah seratus (100).
5.4 Masa untuk menjawab ialah satu (1) jam.
6. CARA PENGHAKIMAN
6.1 Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja
Pertandingan.
6.2 Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh ialah seratus (100).
6.3 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukan akan ditentukan
berdasarkan kepada markah yang diperolehi mengikut susuan aspek-aspek seperti berikut:

i. Kefahaman
ii. Simpulan Bahasa
iii. Peribahasa
iv. Perkataan Seerti dan Berlawanan

6.4 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

7. PAKAIAN PESERTA
7.1 Semua peserta mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

8. HADIAH-HADIAH
8.1 Hadiah Perseorangan :
Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke-3 hingga 5 : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke-6 hingga 10 : Sijil Pencapaian

8.2 Hadiah Kebangsaan (Johan Kebangsaan)


Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi Ujian Bertulis dicampur
dengan jumlah markah purata Syarahan untuk menentukan Johan Kebangsaan. Johan
Kebangsaan akan menggondol Piala Perpaduan Pusingan dan boleh menyimpan piala itu
selama satu tahun. Jika jumlah markah sama, sekolah yang mendapat markah yang lebih
tinggi dalam Ujian Bertulis akan diisytiharkan sebagai Johan. Sekiranya jumlah markah
masih sama, mereka akan menjadi Johan Bersama.

Cara Pengiraan Markah :


i. Syarahan - jumlah markah Syarahan / 2 =a
ii. Ujian Bertulis - jumlah markah Ujian Bertulis / 5 = b

Markah (a) dan (b) akan dicampurkan untuk menentukan Johan Kebangsaan.

8.3 Jika persamaan markah (a+b), Johan Kebangsaan akan ditentukan oleh jumlah markah
Ujian Bertulis yang diperolehi.
8.4 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat Sijil Penyertaan dari jabatan.

9. HAL-HAL LAIN
9.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.

You might also like