You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah



Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan
Dadah Musuh Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
diberi tanggung jawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada
murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu
melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum,
kokurikulum, dan pembentukan sahsiah.

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

Matlamat pendidikan pencegahan dadah di sekolah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa
akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman
dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.

Rasional

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan
orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih
membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah
tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah
dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggung jawab untuk melaksanakan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan
melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR.

Objektif

Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan
pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya
dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi
fizikal, emosi, mental dan rohani.

Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta
mengamalkan nilai-nilai murni.

Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan
masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.




Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program
PPDa.

Pendidikan Pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru,
kakitangan sekolah, dan ibu bapa.

Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang
disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan
ketahanan dan jati diri murid.

Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga
sekolah.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke
arahSekolah Bebas Dadah 2012.

You might also like