You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan:
Pada tahun 2016,unit PPDa SK. Taman Desa 2 telah mewujudkan
dan menyiapkan fasa 1 laluan PPDa dengan lukisan-lukisan mural. Laluan
pendidikan pencegahan dadah (PPDa) diwujudkan sebagai pusat akses
maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah yang lengkap kepada murid-
murid, guru, Ibu bapa dan komuniti setempat bagi meningkatkan lagi
pengetahuan murid khususnya dan masyarakat amnya tentang bahaya
penggunaan dadah, arak, rokok, inhalan, vape, aids dan juga gejala sosial
lainnya (DARVIH). Ia juga merupakan pusat operasi gerakan kepada
jawatankuasa PPDa di sesebuah sekolah melalui 4 strategi utama iaitu
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah.
Dalam fasa ke 2 ini, unit PPDa akan menaiktaraf laluan PPDa dengan
mewujudkan sudut-sudut pameran. Kekangan yang dihadapi oleh unit
PPDa SKTD 2 ialah tiada tempat untuk menampal akta-akta, info-info,
model dan poster tentang bahaya bahan-bahan terlarang seperti akta
dadah merbahaya, bahaya penyalahgunaan inhalan, bahana arak,
perokok aktif dan pasif dan maklumat tentang aids.Semua warga SKTD 2
perlu tahu tentang semua maklumat terkini tentang bahaya pengaruh
dadah, jenis-jenis dadah dan perkara-perkara yang berkaitan tentang
DARVIH.

2.0 Rasional
Sebagai pemangkin bagi pihak sekolah menyebarkan maklumat ppda
secara interaktif, sistematik dan efaktif. Dengan kata lain, dapat
memberikan pendidikan pencegahan awalan.

3.0 Matlamat
Diwujudkan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran membenteras penggunaan dadah ke arah merealisasikan
hasrat melahirkan “sekolah bebas dadah”.
4.0 Objektif
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ppda di kalangan
murid secara lebih sistematik dan berkesan
2. Menjadikan bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan
program ppda di sekolah
3. Menjadikan tempat interaksi murid-murid dalam usaha
membangunkan karektor murid cemerlang.

5.0 Lokasi Laluan PPDa


Sepanjang laluan kelas tahun 1 daripada tahun 1 Sentosa hingga 1
Tenteram.

6.0 Ahli jawatan kuasa Pelaksana Lorong PPDa

PENGERUSI : PUAN SITI ROHANA BINTI SAABIN


GURU BESAR SKTD2

TIMBALAN PENGERUSI : PUAN ASIAH BINTI MOHAMAD


GPK HEM

NAIB PENGERUSI 1 : PN. MAZATUL HAFEZA BT ABD. RANI


GPK KURIKULUM
NAIB PENGERUSI 2 : EN. HAZAM NOR BIN SALEMAN
GPK KO KURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3 : PN. NORIZAN BT DZULKIFLI
GPK PETANG
:
NAIB PENGERUSI 4 PN. RUZAINI BINTI MUSTAPHA
GPK PEND. KHAS
SETIAUSAHA : PUAN SALBIAH BINTI HARUN
GURU PPDa

PENYELARAS PENGURUSAN : PN. NOOR HAFISHA BT AHMAT


DAN KEPIMPINAN SHARIFUDDIN

PENYELARAS AKTIVITI : PN. ROZLINA BT MOHAMAD


KURIKULUM

PENYELARAS AKTIVITI 1. PN. NURUL HUDA BT HARUN


KOKURIKULUM(PENYELARAS : 2. CIK KANAMAH A/P MURALEE
BADAN BERUNIFORM)
PENYELARAS PEMBENTUKAN : 1. PN. NURLAILI BT HARUN
SAHSIAH 2. EN. MOHD. HAFIZ BIN MAT HASSAN

7.0 Anggaran Perbelanjaan laluan PPDa SKTD2

Sumber Kewangan:

PIBG SKTD2 : RM2300.00

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Memasang gril untuk
meletakkan bahan pameran RM400X 5 RM2000.00
seperti model, poster dan carta.
(Rujuk Lampiran 1)
2. Plastik laminat saiz A3 2 Kotak X RM70.00 RM140.00
3. Plastik laminat saiz A4 2 kotak X RM30.00 RM60.00
4. Mounting Board 2 set X RM50.00 Rm100.00

5. Stand Banner 5 X RM100.00 RM500.00


Jumlah RM2800.00

8.0 Penutup

Penyebaran maklumat tentang bahaya dadah, rokok, inhalan, hiv dan juga vape
perlu dilakukan di sekolah . Diharapkan dengan wujudnya laluan PPDa ini dapat
merealisasikan hasrat kerajaan “Negara Bebas Dadah menjelang 2045”. Segala
usaha murni ini dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak iaitu guru, ibu bapa,
masyarakat dan agensi yang berkenaan. Diharapkan pihak PIBG dapat
meluluskan projek laluan PPDa SKTD 2 fasa yang kedua ini agar unit PPDa dapat
menyebar luaskan maklumat-maklumat tentang DARVIH dengan lebih efisyen.
Disediakan oleh, Tarikh: 5 APRIL 2018

……………………………..........…
(SALBIAH BINTI HARUN)
Penyelaras PPDa
SK Taman Desa 2

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
LAMPIRAN 1

Contoh model rokok

KATAKAN
Contoh poster

TIDAK PADA
TIANG TIANG

JAUHI
DARVIH

Memasang 3 batang besi gril sepanjang


lebih kurang 20 kaki di 5 tempat
sebagai tempat untuk menggantung,
menampal dan meletakkan bahan-
bahan pameran seperti poster, model
dan juga banner.

You might also like