You are on page 1of 6

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


NO.1, JALAN P11C, PRESINT 11,
62300 PUTRAJAYA

KERTAS CADANGAN
LALUAN LORONG PPDA
SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)
TAHUN 2020

TARIKH :

21 NOVEMBER 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020

ANJURAN :

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SKPP11(2)

Disemak oleh: Diluluskan oleh:

………………………….. ………………………………………………..
NOORBAITY BT HUSSIN MUHAMMAD IRWAN FAHMI BIN SHAARI
Penolong Kanan Pentadbiran b. p Guru Besar
SK Putrajaya Presint 11(2) SK Putrajaya Presint 11(2)

Tarikh: Tarikh:
KERTAS KERJA

LALUAN LORONG PPDa TAHUN 2020

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

1.0 PENDAHULUAN

Saban hari kita dikejutkan di dada akhbar dan media massa tentang jenayah dan
penyalahgunaan dadah. Dadah dan jenayah telah menjadi satu masalah keselamatan dan
diperkatakan setiap hari. Pelbagai cara digunakan untuk membendung penularan
penyalahgunaan dadah seterusnya membawa kepada aktiviti jenayah di negara ini.
Pendidikan pencegahan dadah dan jenayah merupakan strategi utama dalam
pencegahan peringkat awal. Matlamat pendidikan pencegahan dadah dan jenayah di
sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa pada peringkat awal.

2.0 RASIONAL

Dadah dan jenayah merupakan ancaman kepada dunia. Negara kita tidak terlepas dari
bencana ini. Justeru itu, sekolah merupakan tempat permulaan untuk mencegah. Di samping
itu, strategi utama untuk merancang dan melaksana program ini melalui pengurusan
kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Pihak sekolah memutuskan
demi menyahut visi kementerian iaitu Sekolah Bebas Dadah ialah dengan mewujudkan
Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah bagi memberi kesedaran kepada
semua pelajar.

3.0 PETUNJUK KEBERKESANAN/KPI PROGRAM

PETUNJUK KEBERKESANAN/
BIL OBJEKTIF/MATLAMAT
KPI PROGRAM

1. Mewujudkan Laluan PPDa 60% laluan siap dengan info PPDa.

Mewujudkan kerjasama yang erat di


antara pihak sekolah dan pihak polis
2. dalam usaha mencegah perbuatan 10% penglibatan pihak luar.
jenayah dan penyalahgunaan dadah
sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Memberi gambaran melalui poster,


lukisan dan ilustrasi yang bermesej
3. Info – info ditampal dan dipamerkan.
kepada pelajar dengan wujudnya
Laluan PPDa tersebut.
4.0 MASA DAN TARIKH PELAKSANAAN
 Dilaksanakan sepanjang bulan November hingga Disember 2020
 Masa pelaksanaan : berterusan

5.0 TEMPAT PELAKSANAAN LALUAN LORONG PPDa


 Laluan menuruni tangga dari tempat letak kenderaan belakang hingga tangga
menuju ke bilik guru aras 1

6.0 SASARAN
Semua guru dan murid SK Putrajaya Presint 11(2), Sekolah Kluster Kecemerlangan.

7.0 VISI
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2021

8.0 MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan
menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah.

9.0 SENARAI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

PENASIHAT : CG. ZAHARAH BT HASHIM


(Guru Besar)
PENGERUSI : UST. MUHAMMAD IRWAN FAHMI B. SHAARI
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI I : CG. NOORBAITY BT HUSSIN
Penolong Kanan Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II : CG. SHARMIZYAN MAYA BT MOHD MAYASIN
(Penolong Kanan Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI III : CG. DR SALWANI BT DERAMAN
(Penolong Kanan PPKI)
SETIAUSAHA : CG. SITI FARAZIAH BT MD AKIB
(Guru Penyelaras PPDa)
AJK : CG. WAN NORLELAWATI BT WAN ABDUL KADIR
CG. NOR HANUM BT HARUN
CG. NUR MAIZATUL KHAIR BT MOKTAR
CG. NURULHASLIN BT ZAINOL
CG. WAN NOORHAYATI BT WAN ZAINULDDIN
CG. NORKAMILA BT MOHD NASIR
UST. NASRIN AZRI B. ISMAM
CG. NURUL AZURA BT MOHD ZAIN
CG. WAN NORMASYITAH BT WAN MOHAMAD KAMAL
CG. WAN AQMAL AMER B. WAN ABDUL RAHIM
10.0 PROSES KERJA

10.1 Penyediaan Kertas Kerja


10.2 Mesyuarat AJK Kali Ketiga
10.3 Taklimat Pelaksanaan Gerak Kerja
10.4 Pelaksanaan Laluan Lorong PPDa
10.5 Pemantauan
10.6 Post Mortem Pelaksanaan Laluan Lorong PPDa
10.7 Penyediaan Laporan Akhir

11.0 AKTIVITI LALUAN OLEH JAWATANKUASA PELAKSANA DAN JAWATANKUASA


LALUAN PPDa.

11.1 Menyediakan laluan dadah ( D.A.R.I.H) di sepanjang laluan dari parking


belakang sehingga tangga menuju ke bilik guru.
11.2 Mempamerkan informasi (D.A.R.I.H) bermesej dengan hiasan yang menarik .
11.3 Menampal poster-poster (D.A.R.I.H) yang bermesej pada dinding –dinding
laluan.
11.4 Membina Sudut Info ( PPDa sekolah) di Lorong berdekatan Tangga .
11.5 Meletakkan carta, slogan dan kata-kata hikmat (D.A.R.I.H) yang bermesej
pada dinding –dinding laluan
11.6 Menghasilkan lukisan mural yang bermesej pada dinding sepanjang lorong.
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
ANGGARAN PERBELANJAAN LALUAN LORONG PPDa 2020, SK PUTRAJAYA PRESINT 11 (2)

A. ANGGARAN BELANJA PENGURUSAN

BIL. PERKARA UNIT HARGA JUMLAH


SEUNIT
Kata-kata motivasi jenis gantung 10 RM RM
tulisan depan dan belakang 60.00 600.00
1.
Saiz : 20” x 8”
Bahan : Akrilik 4mm, sticker printing

Carta/papan informasi 5 RM RM
DARVIH Saiz : 36” x 24” 132.00 660.00
2.
Bahan : Aloy carbon 4mm,
sticker printing

Kata-kata motivasi/informasi di 12 RM RM
dinding Saiz : 18” x 8” 45.00 540.00
4.
Bahan : Aloy carbon 4mm,
sticker printing

5. Cat dinding 7 liter pelbagai warna 4 RM 50.00 RM 200.00

JUMLAH RM2,000.00

B. PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH PENUH

Per Program Transformasi Minda: Pendidikan Pencegahan Dadah RM2000.00


unt
uk
an kewangan diluluskan oleh,

(MUHAMMAD IRWAN FAHMI BIN SHAARI)


b.p Guru Besar
SK Putrajaya Presint 11 (2)
12.0 PENUTUP

Diharap Laluan PPDa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif
yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan
menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan Oleh :

(SITI FARAZIAH BINTI MD AKIB)


Penyelaras PPDa,
SK Putrajaya Presint 11(2).

You might also like