You are on page 1of 42

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA MALAYSIA

Cetakan Pertama (Edisi Semakan 2018) Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa- Pembangunan Semula Modul Pendidikan
apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat yang telah berusaha dan bekerjasama untuk
izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan menyempurnakan penghasilan buku ini. Sekalung
Keselamatan Jalan Raya Malaysia. penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan
kepada semua yang berikut:
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Persiaran Perdana, Malaysia
Presint 4, 62100 WP, • Jabatan Pengangkutan Jalan
PUTRAJAYA
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel : 03-2148 1011
Faks : 03-2148 1969 • Bahagian Pembangunan Kurikulum
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my • Bahagian Buku Teks
Laman Sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Lembaga Peperiksaan
Reka Letak dan Reka Huruf : • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
Zieconcept Enterprise • Institut Pendidikan Guru Malaysia
Muka Taip Teks : Azim • Universiti Putra Malaysia
Saiz Muka Taip Teks : 12 Poin • Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dicetak dan Diedar oleh : • Universiti Pendidikan Sultan Idris
• Universiti Malaya

Kementerian Dalam Negeri

Polis Diraja Malaysia

i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

ii
Jutim Aliya

Adam

Jarjit
Mei Ling
Rani
iii
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

1 Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi 1


KANDUNGAN

2 Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan 3


3 Prasarana di Jalan Raya 4
4 Fungsi Prasarana Jalan Raya 5
5 Mengenal Lampu Isyarat 6
6 Fungsi Lampu Isyarat 7
7 Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Fungsi 8
8 Mengenal Arah Lalu Lintas 10
9 Fungsi Isyarat Keselamatan Lalu Lintas 12
10 Isyarat Keselamatan yang Mengawal Lalu 13
Lintas
11 Pemakaian Tali Pinggang Keledar 14
12 Amalkan Peraturan Jalan Raya 15
13 Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan 16
Kamu
14 Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya 17
15 Melintas Dengan Orang Dewasa 19
16 Melintas Dengan Selamat 20
17 Pencahayaan dan Kebolehlihatan 21
18 Persekitaran Jalan Raya untuk Pejalan Kaki 22
19 Tempat Selamat untuk Melintas 22
20 Pakaian dan Peralatan Keselamatan Berbasikal 24
21 Pemilihan Pakaian dan Peralatan Keselamatan 25
Berbasikal
22 Fungsi Peralatan Keselamatan Berbasikal 27
23 Tempat Duduk Selamat 29
24 Kegunaan Alat Penahan Keselamatan 31

90
km / j

iv
Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi

Teliti gambar di bawah. Kemudian, baca fungsi komponen keselamatan.

1. Tali Pinggang Keledar

Ini tali pinggang keledar. Tali pinggang


keledar dapat menghalang penumpang
daripada terhumban ke hadapan atau
tercampak keluar daripada kenderaan
apabila berlaku kemalangan.

2. Beg Udara Keselamatan

Beg udara keselamatan akan


mengembang untuk mengurangkan
daya hentaman ketika penumpang
terhumban ke hadapan jika berlaku
kemalangan.

3. Cermin Pandang Sisi

Cermin pandang sisi digunakan


untuk melihat kenderaan di
belakang sebelum memotong
kenderaan. Cermin pandang sisi
berada di sebelah kiri dan kanan.

1
Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi

4. Cermin Pandang Belakang

Cermin pandang belakang digunakan


untuk melihat kenderaan di belakang.

5. Pengelap Cermin

Pengelap cermin kenderaan digunakan


sewaktu hujan untuk membolehkan
pemandu melihat objek dengan
jelasnya.

6. Brek Kaki

Brek kaki berfungsi sebagai alat untuk


memperlahankan dan memberhentikan
kenderaan.
Br

2
BBM

1. Pemandu hendaklah melihat cermin


rm pandang belakang
ong.
sebelum mengubah haluan dan lorong.

2. P i
Pintu kecemasan digunakan untuk keluar dari kenderaan
e
em ma kecemasan.
semasa

3. Tali p dar digunakan


pinggang keledar n untuk
unt mengelakkan
ng
ge
u
penumpang adap
belakang terhumban ke hadapan pan ketika
ma
pemandu ba
membrek secara tiba-tiba.

4. Tayar yang
an
ng digunakan haruslah selamat dan sesuai dengan
kenderaan.

5. Sebelum mula memandu kenderaan, pe pemandu memastikan


brek dan lampu brek berfungsi dengan ba
b
baik.

3
30
km/j

Keselamatan Pejalan Kaki dan


Penunggang Basikal di Jalan Raya

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga


keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal.
Pejalan kaki menggunakan laluan pejalan kaki untuk
mengelakkan kemalangan. Pejalan kaki berhenti pada
bebendul jalan sebelum melintas untuk mengelakkan diri
daripada dilanggar oleh kenderaan. Pejalan kaki perlu
berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah
laluan kenderaan supaya dapat melihat kenderaan di
hadapan. Selain itu, pejalan kaki boleh menggunakan
jejantas atau lintasan pejalan kaki untuk menjaga
keselamatan diri.

Bagi penunggang basikal pula, laluan basikal harus


digunakan untuk mengelakkan kemalangan.
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berwaspada
ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan
berlakunya kemalangan.

4
km/j

BBM

Teliti gambar. Jelaskan fungsi prasarana jalan raya kepada rakan anda. Kemudian,
tulis fungsi tersebut dalam ruangan yang disediakan.
1. 2. 3.
laluan pejalan kaki laluan basikal jejantas

4. 5.
bebendul jalan lintasan pejalan kaki

6.
lampu isyarat lintasan pejalan kaki

5
BBM

Tonton klip video yang ditayangkan. Kemudian, warna dan nyatakan fungsi lampu
isyarat di bawah.

BERHENTI

BERSEDIA UNTUK
BE
BER
BERHENTI

BERGERAK

6
Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam petikan di bawah. Kemudian,
tulis petikan semula dalam ruangan yang disediakan.

Lampu Isyarat
Lampu isyarat ialah alat pemberi isyarat. biasanya lampu isyadrat
ditempatkan di persimpangan jalan litasan perjalanan kaki

terdapat tiga warna pada lampu Isyarat iaitu merah kunin dan
hijau. Lampu hijau menunjukkan kita boleh meneruskan perjalanan.
Lampu Kunin pula menandakan kita bersedia untuk berhenti
manakala lampu merah kita mesti berhenti

Kita mesti mematuhi lampu isyarat jalan raya untuk dapat


memastikan aliran tafik berjalan lancar Mematuhi lampu isyarat
jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

7
Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Fungsi
BBM

A Lihat dan baca tanda isyarat lalu lintas di bawah.

Perhentian
Lampu isyarat bas
di hadapan
Kawasan
Berhenti kanak-kanak
kanak-kanak melintas
melintas
Motosikal
dilarang masuk
Lintasan
pejalan kaki

8
Tanda Isyarat Lalu Lintas dan Fungsi 30
km/j

B Tulis frasa berdasarkan fungsi tanda isyarat lalu lintas dan warnakan.

9
Mengenal Arah Lalu Lintas
km/j

A Baca dan faham petikan di bawah.

Mei Ling dan ibunya hendak melintas jalan. Mereka berhenti di bahu jalan. Ibu
mengingatkan Mei Ling supaya melihat keadaan lalu lintas dari arah kanan, kiri dan
kanan.

Mei Ling melihat sebuah kereta berwarna kuning bergerak dari arah kanannya.
Dia juga melihat sebuah kereta berwarna hijau bergerak dari arah kirinya. Mei Ling
melihat ke kanan semula untuk memastikan tiada kenderaan sebelum melintas.

Ibu Mei Ling menyatakan bahawa tujuan mereka melihat kenderaan dari arah
kanan, kiri dan kanan adalah untuk memastikan mereka dapat melintas dengan
selamat.

10
Mengenal Arah Lalu Lintas

melihat?

a memandang

a melihat ke kiri dan kanan


b melihat ke kanan dan kiri
c melihat ke kanan, kiri dan kanan

3. Mengapa kita perlu melihat arah lalu lintas sebelum melintas jalan?
Kita perlu melihat arah lalu lintas sebelum melintas jalan kerana

4. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak melihat arah lalu lintas?
Jika kita tidak melihat arah lalu lintas, kita akan

11
Fungsi

A Cari tiga perbezaan gambar di bawah dan bulatkan perbezaan pada


gambar kedua sahaja.
1.

2.

B
Bincangkan dan nyatakan dengan rakan tentang fungsi isyarat
keselamatan lalu lintas yang telah dibulatkan.

12
Isyarat Keselamatan yang Mengawal Lalu Lintas

Teliti gambar di bawah. Kemudian, bincangkan kegunaan lampu isyarat


pejalan kaki dengan rakan anda.

Lampu Isyarat Pejalan Kaki

Imej orang merah bernyala Imej orang hijau bernyala

Pejalan kaki tidak boleh melintas Pejalan kaki boleh melintas

13
30
km/j

1.

2.

14
km/j

Baca cerita di bawah. Kemudian, tandakan ( ) pada pernyataan yang


betul dan ( ) pada pernyataan yang salah.

Pada setiap pagi, ayah Aliya menghantar


abangnya ke sekolah dengan menunggang motosikal.
Ayah Aliya akan memastikan topi keledar abangnya
dikancing dengan betul dan kemas sebelum
menunggang motosikal. Ibunya pula akan mengahantar
Aliya dan kakaknya ke sekolah dengan menaiki kerata.
Sebelum memulakan perjalanan, ibunya akan memakai
tali pinggang keledar dan memastikan Aliya dan
kakaknya juga memakai tali pinggang keledar
penumpang.

Apabila tiba di sekolah, ibu Aliya memastikan


mereka keluar di sebelah kiri kereta. Selepas keluar dari
kereta, Aliya dan kakaknya menggunakan jejantas untuk
melintas jalan dengan selamatnya.

1. Ayah Aliya akan memastikan topi keledar abangnya dikancing


dengan betul dan kemas.

2. Penumpang kereta tidak perlu memakai tali pinggang keledar.

3. Ibu Aliya memastikan mereka keluar di sebelah kanan kereta.

4. Sebelum memulakan perjalanan, ibu Aliya akan memakai tali


pinggang keledar.

5. Aliya dan kakaknya menggunakan jejantas untuk melintas jalan.

15
Jangan melintas di antara
dua buah kenderaan.

Sentiasa memakai topi


keledar walaupun untuk
perjalanan yang dekat.

Tunggu sehingga bas


beredar untuk melintas
jalan.

Tunggu sehingga orang


dewasa membuka pintu
kereta sebelum keluar.

Jangan bermain di jalan


raya.

16
A Bina ayat berdasarkan perkataan.

1.
mesti dipimpin - orang dewasa

_________________________________
_________________________________
_________________________________

2.
topi keledar - saiz kepala
_________________________________
_________________________________
_________________________________

3.
jejantas - melintas - dengan selamat
_________________________________
_________________________________
_________________________________

4.
membuka pintu - memimpin tangan

_________________________________
_________________________________
_________________________________

17
B Pilih satu daripada gambar di muka surat sebelah dan lakukan

18
30
km/j

BBM

RASA SAYANG
*Rasa sayang hei...
Rasa sayang, sayang hei,
Hei lihat nona jauh,
Rasa sayang-sayang hei.
x2
Masak harum si buah mangga,
Enak sungguh manis rasanya;
__________________ ibu dan bapa,
Agar tidak kesal selamanya.
Dua tiga si kucing hutan,
Berlari-lari di tepi kali;
Jika hendak melintas jalan,
Guna ________________________.

Ulangi *

Naik kereta pergi ke pekan,


Rasa gembira dalam hati;
Sebelum ___________ jangan lupakan,
Pandang kanan dan pandang kiri.

Dahan pokok hendak dicantas,


Batang pokok dibuat titi;
Ada kawasan _____________________,
Perlu ________ dengan teliti.
Ulangi *

PKJR

19
km/j

Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan ayat yang diberikan.

PKJR
Pejalan kaki harus mengikut langkah-langkah
keselamatan sebelum melintas jalan. Orang
dewasa hendaklah memimpin tangan
kanak-kanak sewaktu melintas jalan raya. Selain
itu, kanak-kanak perlu berjalan seiring dengan
orang dewasa, ketika melintas di lintasan pejalan
kaki. Apabila imej orang hijau bernyala, pejalan
kaki boleh melintas dengan selamatnya. Akhir
sekali, pejalan kaki harus menggunakan jejantas
1 yang disediakan. Langkah-langkah ini perlu
2 dipatuhi untuk menjamin keselamatan pejalan
3
kaki.

1. Sewaktu melintas jalan raya, pejalan kaki hendaklah _____________

2. Orang dewasa hendaklah __________________________________

3. Kanak-kanak perlu berjalan __________________________________

4. Pejalan kaki boleh melintas jalan raya apabila __________________

5. Pejalan kaki harus menggunakan______________________________

20
Bina dua ayat berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan.

hujan lebat - gelap - baju hujan -


pakaian cerah - dapat dilihat

senja - lampu suluh - kebolehlihatan


-pengguna jalan raya

1 21
Baca dan faham pernyataan di bawah.

1. 2.

Gunakan jejantas untuk melintas Ikut arahan peronda lintasan


jalan raya yang sibuk. sekolah ketika hendak melintas
jalan.
3. 4.

Gunakan lintasan pejalan kaki Pejalan kaki mestilah berjalan


yang disediakan apabila hendak di laluan pejalan kaki.
melintas jalan.
5.

Berhati-hati ketika hendak melintas


di lintasan pejalan kaki berisyarat.

22
Isi tempat kosong dengan frasa yang diberikan.

bebendul jalan

lintasan pejalan kaki


lintasan pejalan kaki
berisyarat

peronda lintasan
laluan pejalan kaki
sekolah

1. Lintasan sekolah yang dikawal oleh ________________________________


membolehkan kanak-kanak melintas jalan dengan selamatnya.

2. Pejalan kaki boleh melintas apabila imej orang hijau pada _____________
___________________ bernyala dan semua kenderaan berhenti.

3. Jutim berjalan seiring dengan ayahnya ketika melintas di ______________


__________.

4. Pejalan kaki hendaklah menggunakan _________________________ yang


disediakan untuk mengelakkan kemalangan.

5. Kita hendaklah berhenti di ___________________________ sebelum melintas


jalan.

23
30
km/j

BBM

Pakaian
Keselamatan

Peralatan
Keselamatan

24 2
km/j

BBM

Mei Ling berasa gembira apabila ayah mengajaknya ke kedai


basikal. Dia teringat bahawa ayahnya pernah berjanji untuk
menghadiahkan sebuah basikal bersempena dengan hari
lahirnya.
Setibanya di kedai basikal, Mei Ling diberikan peluang untuk
memilih basikal yang disukainya. Tuan kedai itu
mencadangkan supaya Mei Ling memilih basikal yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti cermin sisi, brek dan
tayar yang berkualiti.

Tuan kedai juga menasihatinya supaya membeli peralatan


keselamatan seperti pad siku, pad lutut, topi keledar dan jaket
pemantul cahaya. Mei Ling teringat akan pesanan Cikgu Azrin
bahawa peralatan keselamatan perlu dipakai ketika
menunggang basikal.

25
B

26
A

Apakah hadiah Ayah saya menghadiahkan


hari lahir kamu? peralatan keselamatan
berbasikal.

Wah, seronoknya! Ada pad siku, pad lutut,


Apakah peralatan topi keledar dan jaket
itu? pemantul cahaya.

Pad siku untuk melindungi


Apakah siku manakala pad lutut
fungsinya? untuk melindungi lutut. Topi
keledar pula untuk
melindungi kepala dan jaket
pemantul cahaya pula untuk
meningkatkan kebolehlihatan
kita.

27
Tulis fungsi peralatan keselamatan berbasikal. Kemudian, padankan
B
gambar dengan fungsinya.

topi keledar

pad lutut

jaket pantulan cahaya

pad siku

28
30
km/j

Cari perkataan berdasarkan gambar yang diberikan.


A

K A N A K

T E M P A T

D U D U K
B
A
Y
I

tempat duduk
tem tempat duduk
kanak-kanak
ka bayi

pelaras tempat
pela tempat duduk
duduk belakang

2.1 29
km/j

2. 4.
T

3.
P

1. T D K

30 2.1
Baca petikan di bawah. Kemudian, bincangkan fungsi alat penahan
berdasarkan gambar dengan rakan anda.

Tali Pinggang Ikatan Pinggang Tali Pinggang Keledar

Alat penahan berfungsi untuk menahan pemandu dan penumpang


daripada terhumban ke bahagian hadapan apabila berlaku
pelanggaran atau semasa membrek kecemasan. Terdapat dua jenis
alat penahan di dalam kereta iaitu tali pinggang keledar dan tali
pinggang ikatan pinggang.

Tali pinggang keledar terdapat pada tempat duduk pemandu dan


penumpang di hadapan. Tali pinggang keledar juga terdapat di tempat
duduk bahagian kiri dan kanan penumpang belakang. Manakala, tali
pinggang ikatan pinggang hanya terdapat di bahagian tengah tempat
duduk penumpang belakang.

Tali pinggang keledar penumpang digunakan untuk mengikat kerusi


keselamatan kanak-kanak iaitu tempat duduk bayi, tempat duduk
kanak-kanak dan pelaras tempat duduk. Penggunaan alat penahan
dapat memastikan keselamatan penumpang di dalam kereta terjamin.

2.2 31
32
km/j

Istilah Maksud

Menahan pemandu dan penumpang daripada bergerak ke depan


Alat penahan
dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan.
Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau
Alat perlindungan penumpang daripada impak stering atau panel kenderaan.
Contoh: beg udara dan topi keledar motosikal atau basikal.

Aliran lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.

Sejenis pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan


Batas kebun jalan kepada dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai
objek seperti tiang lampu, pokok atau tanaman rimbun.
Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi
jalan atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul
biasanya diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang
Bebendul untuk perparitan jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi
untuk meningkatkan keselamatan iaitu dengan memastikan
pemandu kenderaan bermotor memandu jauh dari bahu jalan,
pembahagi jalan atau kaki lima.
Sejenis beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di
dalam stering atau papan pemuka. Beg udara juga terdapat
pada pintu atau tempat duduk penumpang sebagai tambahan
kepada ciri keselamatan jika dilanggar dari arah sisi. Jika berlaku
Beg udara
kemalangan, beg udara akan menggelembung dan mengempis
dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat). Proses
ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan
penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.

Belok dengan tajam Bertukar arah sama ada ke kiri atau ke kanan secara tiba-tiba.

Alat penenang trafik untuk memaksa pemandu memperlahankan


Bonggol
kelajuan kenderaan di kawasan perumahan atau sekolah.

Sejenis jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik


Bulatan
bergerak lancar dalam satu arah.
Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut
Dikancingkan dan
kesesuaian pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya
dilaraskan
berlaku kemalangan.

33
Istilah Maksud

Garisan di tengah-tengah jalan raya yang berfungsi sebagai


Garis median
pembahagi lorong.
Garisan penanda Tanda garis di atas permukaan jalan yang berfungsi untuk
jalan mengarahkan arus lalu lintas.
Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu
Had laju kenderaan
kenderaan.
Imej orang hijau yang terdapat pada lampu lintasan pejalan
Imej orang hijau kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
menyala dan trafik telah berhenti.
Imej orang merah yang terdapat pada lampu lintasan pejalan
Imej orang merah kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah
menyala.
Tanda isyarat pada papan tanda di jalan raya yang berfungsi
Isyarat jalan untuk memberikan panduan dan amaran kepada pemandu bagi
memastikan kelancaran pergerakan trafik.
Simbol-simbol yang terdapat di jalan raya yang memberi
Isyarat keselamatan peringatan kepada pemandu atau pengguna jalan raya. Tanda-
jalan raya tanda isyarat yang terdapat di jalan raya bagi memastikan
keselamatan pengguna jalan raya.
Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota
Isyarat tangan polis
polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya.
Jaket pemantul
Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.
cahaya
Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini
Jalan bandaran
menghubungkan bandar kecil ke bandar kecil yang lain.

Jalan kampung Jalan yang terdapat di kawasan kampung.

Jalan yang menghubungkan antara dua buah negeri yang dibina


Jalan negeri
melalui pembiayaan kerajaan negeri.
Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara
Jalan persekutuan negeri. Contoh: jalan yang menghubungkan antara Kuantan ke
Kota Bharu.
Jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang
Jejambat
jalan lain.
Jambatan yang dibina merentangi jalan raya untuk memisahkan
pejalan kaki daripada kenderaan bagi membolehkan mereka
Jejantas
melintas dengan selamat tanpa berhadapan dengan kenderaan
dan lalu lintas.

34
Istilah Maksud

Jentera Kenderaan berat.


Kenderaan yang disokong oleh rantai untuk bergerak di atas jalan
Jentera berantai
raya. Contoh: kereta perisai dan jentolak.
Kenderaan yang bergerak dengan menggunakan roda. Contoh:
Jentera beroda
jentera kaut dan traktor.
Penyangkuk hiasan daripada logam, kayu, tulang atau plastik,
berbingkai segi empat atau lengkung; mempunyai satu atau
Kancing
dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan
pakaian.
Keadaan dapat melihat pada waktu malam atau waktu kurang
Kebolehlihatan
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.
Kenderaan awam Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.
Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan
Kenderaan berat
melebihi lima tan seperti bas, lori dan sebagainya.
Kenderaan pengangkutan bergerabak dalam bandar yang
Kenderaan berel bergerak di atas rel dengan menggunakan kuasa elektrik atau
ditarik oleh kepala gerabak. Contoh: LRT, ERL dan kereta api.
Kenderaan darat Kenderaan yang bergerak di atas darat.
Kenderaan
Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri.
persendirian
Kenderaan yang sangat banyak di atas jalan raya dan
Kesesakan trafik
menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar.
Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelas
Ketidakbolehlihatan
disebabkan faktor cuaca atau masa.
Komponen Bahagian-bahagian kenderaan yang boleh menjadikan
kenderaan kenderaan lengkap atau sempurna.
Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh
Laluan kongsi
penunggang basikal dan pejalan kaki.
Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki.

Sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk kegunaan


Laluan sikal
kenderaan beroda dua.
Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat
Lampu isyarat untuk melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok
ke kanan atau ke kiri atau membuat pusingan U.

35
Istilah Maksud

Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang
Lampu isyarat
merah yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas
pejalan kaki
dengan menekan butang pada set lampu isyarat tersebut.
Arah pergerakan pejalan kaki atau penggunaan kenderaan
Lawan arah trafik
tertentu yang berlawanan dengan pergerakan arus semasa.
Jalan raya berkembar berkelajuan tinggi dengan sekurang-
Lebuh raya kurangnya empat lorong yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh
raya serta hanya boleh dicapai melalui persimpangan bertingkat.
Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning
Lintasan pejalan kaki secara melintang di atas jalan raya untuk membantu pejalan kaki
melintas dengan selamat.
Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan
Lintasan pejalan kaki lazimnya terdapat butang serta dua lampu berimej orang
berisyarat berwarna merah dan hijau. Lintasan ini dikawal dengan menekan
butang yang terdapat pada tiang lampu isyarat.
Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning
secara melintang di atas jalan raya untuk membantu kanak-kanak
Lintasan sekolah
sekolah melintas dengan selamat. Lazimnya lintasan ini dikawal
oleh petugas atau peronda lintasan sekolah.
Lopak Lubang atau lekuk yang berisi air.

Momentum Daya yang mendorong pergerakan sesuatu.

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.

Parkir Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan.


Pelekat pemantul Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada
cahaya pemandu kenderaan.
Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di
bahagian tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan
Pembahagi jalan
boleh jadi tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong
yang lapang.
Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.
Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya
Penanda jalan yang mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran, dan
panduan kepada pengguna jalan raya.

36
Istilah Maksud

Peratus cahaya yang diarahkan secara langsung ke arah objek


Pencahayaan
yang perlu diterangi.

Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya


Pengawal trafik
bergerak lancar dan selamat.

Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti


Penunggang
motosikal dan basikal.

Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan


Perabot jalan raya
tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung.
Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran
Peraturan jalan raya pengguna jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di
jalan raya.
Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau
Perhentian bas
menurunkan penumpang.
Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah
Peronda lintasan dengan memakai suatu pakaian seragam yang diluluskan oleh
sekolah ketua pegawai polis dan diberi kuasa untuk menahan atau
memberhentikan kenderaan bagi membolehkan murid melintas.
Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat
Prasarana jalan raya di jalan raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan
kaki.
Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan
Pelaras tempat
mengikut kesesuaian dan keselamatan kanak-kanak di dalam
duduk
kenderaan.
Tempat berlindung atau kawasan simpanan di tengah-tengah
Pulau pelindung /
jalan raya. Tempat ini membolehkan pejalan kaki berhenti dengan
Pelindung pejalan
selamat lazimnya di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada
kaki
lampu isyarat sebelum melintas bahagian jalan yang seterusnya.
Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan
Rel adang
pemandu daripada terbabas di jalan raya.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.

Alat amaran untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan


Sensor undur supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan
kenderaan.

37
Istilah Maksud

Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang


Simpang
lurus.

Standard Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai


keselamatan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Alat penahan yang digunakan di bahagian tengah tempat duduk


Tali pinggang ikatan belakang. Alat ini digunakan merentasi bahagian pinggang
pinggang dan boleh diketat atau dilonggarkan mengikut kesesuaian dan
keselesaan seperti tali pinggang keledar.
Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang
Tali pinggang keledar kenderaan untuk mengelakkan daripada pergerakan yang
berbahaya akibat perlanggaran atau pemberhentian mengejut.

Simbol atau lambang untuk membantu pemandu dan pengguna


Tanda isyarat lalu
jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang demi
lintas
keselamatan mereka.
Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan
yang berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan
Tempat duduk bayi sekiranya berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk
bayi perlu dipasangkan dengan kemas di bahagian kerusi
penumpang.
Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak yang
berusia antara tiga hingga lima tahun dalam kenderaan. Alat
yang berbentuk seperti kerusi yang khusus untuk kanak-kanak ini
Tempat duduk
perlu dipasangkan dengan kemas di tempat duduk penumpang
kanak-kanak
belakang. Tempat duduk kanak-kanak berfungsi untuk melindungi
kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan sekiranya berlaku
hentakan atau kemalangan.
Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan
Topi keledar
pembonceng motosikal dan basikal.

Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan


Undang-undang
raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran
jalan raya
terhadap undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman.

38

You might also like