You are on page 1of 8

PK 11/1

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 1/TAHUN 2020


SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

TARIKH: 30 Disember 2019 (Isnin)


MASA: 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
TEMPAT: Bilik Mesyuarat SK Putrajaya Presint 11(2)

KEHADIRAN:
1. Cikgu Zaharah Bt Hashim (Guru Besar)
2. Cikgu Noorbaity binti Hussin (PK Tadbir dan Akademik)
3. Ustza Muhammad Irwan Fahmi bin Sha’ari (PK Hal Ehwal Murid)
4. Cikgu Sharmizyan Maya Bt Mohd Mayasin (PK Kokurikulum)
5. Ustaz Ahmad Naqiuddin b Wahid @ Ab Wahid
6. Cikgu Anati Bariah Bt Mohd Hanif
7. Cikgu Anisuzila Bt Nasrudin
8. Ustazah Anita Anita Bt Mustafa
9. Cikgu Azrul Azrul Hafez B Azizan
10. Ustazah Fazura Aini Bt Hamzah
11. Cikgu Hanifah Bt Ramlee
12. Cikgu Jalila Bt Haji Zainal
13. Cikgu Jama’yah Bt Md. Hanafiah
14. Ustazah Maziah binti Hassan
15. Cikgu Khairul Hafizee B Azizan
16. Cikgu Mariam Bt Abdul Razak
17. Ustazah Masitah Bt Arshad
18. Cikgu Mohamad Azril B Mohd Sabri
19. Cikgu Amirudin bin Mohd Kassim
20. Ustaz Mohd Nidzam B Shafei
21. Ustaz Mohd Razi B Othaman
22. Cikgu Mozmeza Dahlia Bt Mohd Zulkifli
23. Cikgu Nadia Diana Bt Rofli
24. Cikgu Naizahtul Akma Bt Muhammad
25. Ustaz Nasrin Azri B Ismam
26. Cikgu Noor Azilah Bt Ahmad @ Muhamed
27. Cikgu Noorazira Bt Ab Delani
28. Cikgu Noorhuda Bt Jaafar
29. Cikgu Nor Aini Bt Mohd Isa
30. Cikgu Nor Azlin Bt Mohamed Ariff
31. Cikgu Nor Azuad B Md Yusof
32. Ustazah Nor Dahlia Bt Abdullah
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

33. Ustazah Nor Hidaya Bt Rahmat


34. Cikgu Nor Syafiqa Bt Zainal
35. Cikgu Nor Wahida Bt Zahrul Lail
36. Ustazah Norasikin Bt Hussain
37. Cikgu Norhartini Bt Yusoff
38. Cikgu Norhashimah Bt Ismail
39. Cikgu Norkamila Bt Mohd Nasir
40. Cikgu Norsidah Bt Haji Abd Rahman
41. Cikgu Rohaiza binti Harun
42. Cikgu Salwani binti Derawan
43. Cikgu Nur Maizatul Khair Bt Moktar
44. Cikgu Noraqidah Bt Yunos
45. Cikgu Nurul Ain Bt Mohd Noor
46. Cikgu Nurul Hanani Bt Shamsudin
47. Cikgu Nurul Haslin Bt Zainol
48. Cikgu Rafidah Bt Ahmad
49. Cikgu Razlina Bt Karman
50. Ustazah Rosmaria Bt Idris
51. Cikgu Roz’Ain Jannah Bt Mohd Rosmi
52. Cikgu Sabariah Bt Haron
53. Cikgu Shamimi Hanifa Bt Dulhisham
54. Cikgu Sheela Anastasia Bt Salleh
55. Cikgu Siti Aishah Bt Kamaruluddin
56. Cikgu Siti Faraziah Bt Md Akib
57. Cikgu Siti Farhana Bt Hussein
58. Ustazah Siti Fatimah Bt Jamaludin
59. Ustazah Siti Habibah Bt Ibrahim
60. Cikgu Siti Norhaida Bt Omar
61. Ustazah Sumaiyah Bt Norbawi
62. Cikgu Suzuraini Bt Elias Azrai
63. Ustaz Tengku Ahmad Afzanizam B Tengku Mohamad Nor
64. Cikgu Umrah Bt Ghafar
65. Cikgu Wan Aqmal Amer B Wan Abdul Rahim
66. Cikgu Wan Azwani Bt Wan Sulaiman
67. Cikgu Wan Norlelawati Bt Wan Abdul Kadir
68. Cikgu Wan Normasyitah Bt Wan Mohammad Kamal
69. Ustazah Wan Rohani Bt Wan Mohd Noor
70. Cikgu Yim Zhi Hui
71. Cikgu Zatinah Bt Jaini
72. Cikgu Zulaikha Aira Bt Abd Wahab
73. Cikgu Zuraini Bt Abdul Rashid
74. Cikgu Ahmad Azhan B Ahmad Mahir
75. Ustazah Euis Asriana Bt Surya
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

76. Cikgu Hidahyuwati Bt Ahmad


77. Cikgu Mas Diana Bt Ahmad
78. Ustaz Muhammad Suhaib B Mahmod Radhi
79. Cikgu Nor Hanum Bt Harun
80. Cikgu Ruwaida Bt Azizan
81. Cikgu Siti Musalmah Bt Hassim
82. Cikgu Khairul Bariyyah Bt Abdullah Khir
83. Cikgu Siti Rohani Binti Che Hamid

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. Cikgu Nur Asyiqin Bt Radzi – Cuti Bersalin

2.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi memulakan mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2020 dengan


membaca surah Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir pada mesyuarat Pengurusan Sekolah kali ini.

3.0 Amanat pengerusi pada tahun 2020.

3.1 Setiap guru perlu bersikap profesional. Pengerusi menasihati semua guru
agar tidak mencipta isu sensitif di sekolah. Segala tindakan perlulah
mengikut Standard Operating Prosedure (SOP). SOP perlulah difahami
dengan lebih jelas. Segala keputusan hanyalah dengan kebenaran dan
persetujuan guru besar.

3.2 Setiap program yang dijalankan perlulah ada ‘Plan, Do, Check and
Action’.

3.3 Peranan guru semasa menjalani pembelajaran dan pemudahcaraan


(PdPc) di dalam bilik darjah. Guru dilarang duduk dimeja lebih lama dari
membimbing murid semasa PdPc. Keutamaan guru adalah membantu
perkembangan dan kemenjadian murid di dalam bilik darjah.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 3


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

3.4 Pencerapan guru. Guru besar akan mula mencerap bermula hari pertama
sesi persekolahan iaitu pada 2 Januari 2020. Setiap guru diminta ‘
membawa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) setiap kali PdPc
dijalankan. RPH yang dirancang perlu selari dengan sesi PdPc.

3.5 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kriteria kejayaan wajib


ditulis untuk Sekolah Transformasi 2025 (TS25) dalam penulisan RPH. Kriteria
kejayaan dan objektif wajib ditulis di papan tulis dan dijelaskan kepada
murid sebelum melaksanakan sesi PdPc. Hanya satu objektif sudah
mencukupi.

3.6 Pengerusi menjelaskan 9 Aku Janji dalam penjawatan awam iaitu:


(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan
Kerajaan.
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan
cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan
bertanggungjawab.
(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan
peribadi saya.
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya.
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak
yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan
peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga
menjejaskan kebergunaan saya sebagai pegawai
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi
faedah diri saya sendiri
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan
atau mencemarkan nama perkhidmatan awam
(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk
pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan
dengan perkhidmatan awam.
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 4
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang
boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

3.7 Etika berpakaian guru. Setiap guru diingatkan oleh pengerusi agar
memakai pakaian mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Guru
tidak dibenarkan memakai pakaian yang sendat, ketat dan mencolok
mata. Guru perlu memakai kasut bertutup dan tinggi sedikit (tidak
terlalu rata). Baju sukan perlulah dipakai bersama kasut sukan secara
lengkap.

3.8 Jawatankuasa pengurusan 2020. Pengerusi telah memperkenalkan


barisan ahli jawatan pengurusan yang baharu bagi tahun 2020. Beliau
meminta setiap guru saling bekerjasama bagi memberi kelancaran
kepada pengurusan pentadbiran pada sesi 2020 ini.

Makluman Semua Guru


4.0 Hal-hal Lain

4.1 Pentaksiran Dalam Bilik Darjah (PBD). Pengerusi mengingatkan agar


semua guru mata pelajaran perlu menjalankan pentaksiran kepada
semua murid sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pentaksiran tersebut
perlu dimasukkan di dalam fail RPH. Penyimpanan rekod PBD adalah
penting. Guru-guru perlu baca dan fahami konsep PBD secara
menyeluruh.
Makluman

4.2 Pengurusan Minggu Transisi Tahun 1, Sesi 2020. Pengerusi meminta agar
minggu transisi bermula pada 6 hingga 10 Januari 2020. Semua guru
diminta bersedia dengan tugas masing-masing bagi kelancaran
minggu transisi yang bakal berlangsung.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 5


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

4.3 Pesanan Barang Panitia. Ketua panitia diingatkan agar menyenaraikan


tempahan barang pada borang yang disediakan dan perlu diberikan
kepada Puan Anas dengan kadar segera. Ketua panitia tidak perlu
berurusan terus dengan pembekal dan segala agihan pembekal
akan disemak dan dilaksanakan oleh guru besar bersama pembantu
tadbir sekolah.
Makluman

4.4 Pengurusan Data dan SKPMG2. Semua guru yang terlibat sebagai
pasukan pelaksana standard perlu ambil tahu aspek yang beliau
uruskan. Guru data dan Guru ICT adalah pencatat bagi PPS. Merujuk
kepada pekeliling yang berkuat kuasa Guru Data hanya 16 waktu
mengajar sahaja. Pengisian data murid perlu diselesaikan dengan
kadar segera bagi kelancaran proses mengenal pasti murid yang
berkeperluan bagi tujuan kebajikan atau hal-hal lain. Pengisian data
SKPMG2 bermula dari bulan Januari hingga Mac 2020. Semua guru
diminta menghantar penilaian kendiri kepada setiausaha akademik.

Makluman
4.5 Program dan Aktiviti 2020. Semua guru diingatkan agar
memaklumkan program yang mempunyai tema dengan kadar
segera agar memudahkan ibu bapa atau penjaga mencari bahan
mengikut tema yang diperlukan.
Makluman

4.6 Profesional Learning Community (PLC). Setiap mata pelajaran


hendaklah menjalankan PLC sebulan sekali secara berfokus.
Contohnya, guru-guru perlu mengenal pasti tentang permasalahan
atau kelemahan murid di dalam mata pelajaran tersebut. Kemudian,
ianya perlu dibincangkan di dalam mesyuarat panitia untuk
mengatasi masalah tersebut dan seterusnya menjalankan PLC
tersebut secara learning study, video dan sebagainya.
Makluman
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 6
1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

4.7 Semakan Buku Tulis. Semua guru perlu menghantar buku latihan atau
buku aktiviti murid mengikut jadual semakan buku tulis yang telah
disediakan di dalam Buku Pengurusan 2020.
Makluman

4.8 LADAP. Guru-guru boleh mencadangkan LADAP yang diperlukan dan


memaklumkannya kepada Setiausaha LADAP bagi tahun 2020.

Makluman

4.9 E-Pangkat. Semua guru perlu ambil tahu berkenaan kenaikan pangkat
kerana guru-guru perlu mengisi secara on-line. Jika guru tercicir untuk
tahun kenaikan pangkat secara time based, bayaran back dated gaji
tidak akan dibayar lagi.
Makluman

4.10 Perpaduan. Pengerusi mengingatkan kembali kepada semua guru


supaya semua program yang dirancangkan perlu dikaitkan dengan
perpaduan. Sehubungan itu, semua kertas kerja perlu ditulis perpaduan
di dalam objektif program.
Makluman

4.12 Perpaduan. Pengerusi mengingatkan kembali kepada semua guru


supaya semua program yang dirancangkan perlu dikaitkan dengan
perpaduan. Sehubungan itu, semua kertas kerja perlu ditulis perpaduan
di dalam objektif program.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 7


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00
PK 11/1

5.0 Penutup

5.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir


dan semua guru yang hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ditanggguhkan
pada jam 10.30 pagi.

5.2 Mesyuarat pengurusan kali ke-2 akan dimaklumkan dari semasa ke


semasa.

Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

Setiausaha Pengurusan Sekolah.


SK Putrajaya Presint 11(2)
Tarikh Minit Disiapkan : 3 Januari 2020.

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 8


1 Oktober 2017 - Kel. 03 | Pin. 00

You might also like