You are on page 1of 3

SK.

SERI MUTIARA
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
30010 IPOH.
KOD SEK: ABA2070

MINIT MESYUARAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU(RPI)


KALI 1/2020
Tarikh : 08.01.2020 (Rabu)

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Rekreasi PPKI

Kehadiran Guru : Pn.Rozila ( pk pend.khas)

Pn. Sumathy

Pn. Murni

Pn.Fadzila

Tn.Hj.Muhammad Izzudin

En.Muhammad Mustaqim

Pn.Shafuroh

Pn.Noor Shahira

En. Naim

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1.Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ppki dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada yang hadir.
1.2.Pengerusi mengharapkan segala aktiviti yang dirancangkan untuk sesi tahun 2020 dapat
dijalankan dengan jayanya.

2. UCAPAN PENASIHAT
2.1 Pn.Rozila (pk pend.khas)) mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang dapat
meluangkan sedikit masa dan dapat bersama.
2.2 Beliau mengharapkan dengan kerjasama yang padu dan penambahan strategi yang baru, sekolah
ini akan berjaya menyiapkan rpi murid ini untuk tahun 2020.

3. RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) TAHUN 2020 FASA 1


3.1 Semua pekeliling yang diterima oleh pihak sekolah perlu dimaklumkan kepada semua guru dan
dihebahkan kepada semua murid dan ibu bapa.
3.2 Semua guru diharapkan menyemak balik RPI bagi fasa 3 tahun 2019.
3.3 Mengenalpasti masalah murid dalam fasa 3 2019 dan membincangkan penilaian..
TINDAKAN : SEMUA GURU

4. PENGAGIHAN MURID MENGIKUT GURU MATA PELAJARAN.


4.1 Pengerusi bersama setiausaha RPI telah membincangkan pengagihan murid bersama semua guru
matapelajaran .
4.2 Guru-guru juga memutuskan murid masing masing untuk melaksanakan RPI fasa 1 tahun 2020
mengikut matepelajaran yang diajar.
TINDAKAN : SEMUA GURU

5. MEMBINCANGKAN MASALAH MURID


5.1. Semua guru bersama sama mengenapasti masalah murid yang perlu diambil perhatian dan
membincangkan strategi yang perlu diambil.
5.2 Semua guru berkongsi pengalaan mengajar setiap murid dan cara cara menyelesaikan masalah
mereka.
5.3 Aspek penulisan RPI (membincangkan cara penyediaan dengan betul dalam format baru)
5.3.1 pengetahuan sedia ada
5.3.2 Matlamat / objektif jangka panjang
5.3.3 Matlamat / objektif jangka pendek
5.3.4 kekuatan dan minat
5.3.5 Isu utama
5.3.6 Objektif
5.3.7 Strategi pengajaran dan pembelajaran
5.3.8 penilaian
5.3.9 Catataa/ tarikh semakan
TINDAKAN : SEMUA GURU
6. MEMBINCANGKAN TARIKH PERSIDANGAN BERSAMA WARIS.
6.1 Guru menentukan tarikh untuk mengadakan suatu perjumpaan bersama semua waris ppki SKSM
bagi membincangan persediaan RPI dan kepentingan persetujuan waris serta tanggungjawab waris.
6.2 keperluan dan kebaikan yang murid akan dapat melaluinya rpi turut diberi peneranagan.
TINDAKAN : SEMUA GURU

7. HAL-HAL LAIN
7.1Murid-murid yang lama tidak hadir ke sekolah dikecualikan daripada Rancangan RPI.
7.2RPI harus disediakan dalam format yang betul dan lengkap dengan semua maklumat murid..
MAKLUMAN : SEMUA GURU

8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar pencapaian dapat
dipertingkatkan.
8.2 Diharap semua guru lebih komited menjelang 2020 selaras dengan transformasi dalam dunia
pendidikan bagi melahirkan generasi yang berpendidikan lengkap dalam segala aspek.

Menyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( SUMATHY MANOGHARAN ) (ROZILA BINTI RAMLI)


Setiausaha RPI Pemangku pk pend.khas
Sk.Seri Mutiara,Ipoh Sk.Seri Mutiara,Ipoh

Disahkan oleh,

(NORAINI BT ABDUL RAZAK)


Guru Besar
Sk.Seri Mutiara,Ipoh

You might also like