You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG IDAMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL (Bil 1/2018)

Tarikh : 28/12/2018

Hari : Khamis

Masa : 10.00-11.30 pagi

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : En. Mohd Norhizal Bin Ramlee


Kehadiran : Semua guru hadir

1. Ucapan Pengerusi

1.1 En. Mohd Norhizal selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat ini..Beliau mengharapkan agar pada tahun 2018 ini segala aktiviti yang
dirancang dapat dijalankan dengan lebih baik lagi berbanding tahun 2017 dan juga berharap
dapat sama-sama menyumbangkan tenaga dan idea sepanjang tahun ini/

Tindakan : Untuk Makluman Semua

2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu

Dicadang untuk disahkan oleh En. Mohd Izuandi Bin Tajudin


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Sulosana A/P Subramaniam.

3. Lantikan Ahli Jawatankuasa Panitia 2018


3.1 AJK Panitia Pendidikan Seni Visual adala seperti berikut:

Pengerusi : En Hamidi Bin Shariff (Guru Besar)

N.Pengerusi : Pn Rosni Binti Noran (GPK 1)

1
BIL NAMA GURU JAWATAN
1. MOHD NORHIZAL BIN RAMLEE KETUA PANITIA
2. NOR AZUANEE BINTI MUKHTAR SETIAUSAHA
3. ABDUL RAHMAN BIN YAAKOB AHLI
4. MOHD IZUANDI BIN TAJUDIN AHLI
5. NURUL NABIHAH BINTI AZMI AHLI
6. MOHD FADHLI BIN MOHD NASIR AHLI
7. MAZNAH BINTI RAMLI AHLI
8. NORLIZA BINTI MD NURI AHLI
9. SATHIAVANI A/P PONNUSAMY AHLI
10. SULOSANA A/P SUBRAMANIAM AHLI
11. NURFARIHA BINTI TOMRAN AHLI
12. NORFISHAH BINTI MOHD GHAZALI AHLI
13. NORAINI BINTI HARUN AHLI
14. ROSWANIRA BINTI SALLEH AHLI
15. SITI NURUL AISHAH BINTI MD NOOR AHLI

Tindakan : Untuk Makluman Semua

4. Aktiviti Tahunan Panitia

4.1 Post Mortem aktiviti sepanjang 2017

4.1.1 Ketua Panitia mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kerjasama dalam
menjayakan program yang dirancang sepanjang tahun 2017

4.1.2 Beliau juga berharap guru-guru dapat bekerjasama dan memberi komitmen yang
sepenuhnya bagi melaksanakan program yang dirancang pada tahun 2018.

Tindakan : Makluman semua guru

2
4.2 Program Panitia Pendidikan Seni Visual Sepanjang Tahun 2018
4.2.1 Semua aktiviti yang dijalankan pada tahun 2017 akan diberi kesinambungan pada
tahun 2018

4.2.2 Berikut merupakan ringkasan program yang dirancang sepanjang tahun 2018.

BIL. AKTIVITI/ PROGRAM TARIKH/ CATATAN/


BULAN TINDAKAN
1 PERSEDIAAN PANITIA AWAL TAHUN

Penyelarasan RPT dan RPH Januari Semua guru


DSV dan PSV

2 KECERIAAN STOR, BILIK DAN SUDUT Semua guru


KESENIAN DSV dan PSV

- Kemas kini stor bahan seni visual. Januari –Mac

- Kemas kini sudut PSV Januari

3 PLC Januari- Semua guru


November DSV dan PSV

4 Pertandingan Menghasilkan Kad Ucapan Jun Semua guru


(Hari Raya Aidilfitri) DSV dan PSV

Pertandingan melukis poster sempena Hari Ogos/ dan semua


Kemerdekaan dan Hari Malaysia September murid

Pertandingan mewarna sempena Hari


Kemerdekaan

5 Penyediaan pelaporan KSSR Jun/ Oktober Semua guru


Dan markah penilaian ujian bagi tahun DSV dan PSV
(tahun 3, 4, 5 dan 6)

6 Penilaian Sumatif Jun/ october Semua guru


DSV dan PSV

3
5. Lain-lain hal

5.1 Pengerusi mengingatkan tentang penyediaan RPT yang akan digunakan sepanjang tahun
mesti disiapkan mengikut takwim yang diberi oleh pihak sekolah dan wajib dihantar pada
minggu pertama kepada beliau bagi tujuan semakan

5..2 Bagi RPH, guru-guru wajib menulis pada hari pertama persekolahan (rujuk pada jadual waktu
kelas mengajar yang telah diedarkan.

5.3 Penyelarasan penggunaan buku kerja murid

Murid akan mennggunakan buku kerja yang telah dibeli dari kedai buku. Alat dan bahan
mengajar hendaklah disediakan sebagaimana mengikut tajuk di dalam RPT masing-masing

5.4 Pengerusi mengingatkan supaya semua guru dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti
yang telah dirancang sepanjang tahun.

Tindakan : Semua guru

6. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan harapan beliau agar guru-guru dapat

menjalankan tugas dengan lancar dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. …………………………………… ………………………………………..


(PN. NOR AZUANEE MUKHTAR) (EN. MOHD NORHIZAL BIN RAMLEE)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Seni Visual Panitia Pendidikan Seni Visual
SK Kampung Idaman, SK Kampung Idaman,

You might also like