You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSISI TAHUN


1 2.0 (PTTS 2.0)
SESI AKADEMIK 2023/2024
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP PEMANIS 1
(JBA 7036)

1
PENGENALAN

PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada


pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses
pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan
lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi
asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima
aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan
pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga,
pentadbir dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta
memberangsangkan juga amat penting dalam proses pembelajaran murid. Kerangka
konsep PTTS 2.0 seperti dalam Rajah 1.

PTTS 2.0 amat menekankan kepada persediaan dan penguasaan murid dalam
kelima-lima aspek di atas bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke
pembelajaran seterusnya di Tahun 1. Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan
aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1. Namun begitu, jika terdapat
murid yang masih berada di bawah tahap kesediaan dan penguasaan terutamanya
dalam literasi dan numerasi asas, guru boleh merujuk kepada Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) bagi merancang aktiviti yang sesuai.

2
Rajah 1: Kerangka Konsep Program Transisi Tahun Satu 2.0

Objektif PTTS 2.0:

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika


kepada pendidikan formal.

2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.

5. Membantu murid mengurus diri sendiri.

6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran


seterusnya.

Fasa PTTS 2.0:

1. Fasa Penyesuaian (Dua Minggu)

 Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.


 Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti
pembelajaran, perbualan awal dan rehat.
 Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan
item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran A).

2. Fasa Kesediaan (Dua Minggu)

 Mengikut jadual Tahun 1.


 Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran.

3
 Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid.
 Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap
kesediaan murid dan kreativiti guru.
 Melaksanakan pelbagai kaedah PBD.
 Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.

Peranan dan Tanggungjawab:

1. Pentadbir

 Memahami konsep.
 Merancang dan menyelaras pelaksanaan.
 Mengenal pasti guru.
 Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/Lembaga Pengelola
Sekolah (LPS).
 Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa.
 Merancang, melaksanakan pemantauan dan penilaian program di peringkat
sekolah.
 Memastikan kelancaran program.
 Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru.
 Memastikan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) semasa sentiasa dipatuhi.

2. Guru

 Memahami konsep dan pelaksanaan program.


 Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru
lain yang terlibat.
 Melaksanakan fasa penyesuaian selama dua minggu.
 Melaksanakan fasa kesediaan selama dua minggu juga.
 Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu
mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.

4
 Melaksanakan pentaksiran berdasarkan senarai semak kesediaan murid semasa
fasa penyesuaian.
 Melaksanakan pentaksiran bilik darjah semasa fasa kesediaan.
 Menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
 Memastikan murid dapat menguasai literasi dan numerasi asas.
 Memastikan SOP semasa sentiasa dipatuhi.

3. Ibu bapa / Penjaga

 Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal.


 Menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan anak mereka.
 Memastikan kelengkapan pembelajaran.
 Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
 Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.

5
AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
SESI AKADEMIK 2023/2024
PENGERUSI
GURU BESAR
CIKGU MOHAMED SALEHIN BIN MOHAMED YASSIN

TIMBALAN PENGERUSI
PENOLONG KANAN KURIKULUM
CIKGU OTHMAN @ FAZRI BIN YUSOFF

NAIB PENGERUSI 1
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
CIKGU MOHAMAD YUSRI BIN YAAKOB

NAIB PENGERUSI 2
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
CIKGU MOHD ABDUL GHANI BIN MOHD NOOR

GURU PENYELARAS TRANSISI


CIKGU ZURIATI BINTI MUSA

SETIAUSAHA
CIKGU ROSYIDAH BINTI MAT NOR

6
AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU TAHUN 1


SEMUA GURU MATA PELAJARAN
SEMUA KETUA PANITIA

PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (PTTS 2.0)


SESI AKADEMIK 2023/2024
SK LKTP PEMANIS 1

BI PERKARA TARIKH CATATAN


L
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan 05 Mac 2023
Program Transisi Tahun 1

Pengerusi : Cikgu Mohamad Salehin bin


Mohamed Yasin
Penyelaras : Cikgu Zuriati binti Musa
Setiausaha : Cikgu Rosyidah binti Mat Nor
Ahli-ahli Jawatankuasa : Semua Guru &
Ketua Panitia Setiap Mata Pelajaran
Guru-guru Tahun 1 :
1. Cikgu Yuslizan bin Yahaya
2. Cikgu Aisah binti Ali
3. Cikgu Siti Nor Aishah binti Awang
4. Cikgu Mohamad Sawal bin Abd
Aziz
5. Cikgu Najian Syahira binti Mohd
Suhaimi
2. Merancang Aktiviti Program Transisi Tahun 9 Mac 2023 AJK Program Transisi
1 oleh Jawatankuasa Pelaksanaan
3. Taklimat Program Transisi Bersama Ibu 14 Mac 2023 AJK Program Transisi
Bapa
4. Pendaftaran Murid Tahun 1 19 Mac 2023 Semua Guru Kelas

7
Tahun 1
5. Pelaksanaan Program Transisi (Tahun 1) 19 Mac 2023 hingga Semua Guru Mata
13 April 2023 Pelajaran Tahun 1
6. Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 13 April 2023 Semua Guru Tahun 1

AHLI JAWATANKUASA KERJA TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI


TAHUN 1 (PTTS 2.0)
TARIKH : 14 MAC 2023
MASA : 7.30 – 10.30 PAGI

JAWATANKUASA KERJA DESKRIPSI TUGAS


Pengacara Majlis  Menyediakan teks mengikut atur cara
Cikgu Siti Mazidah binti Ahmad Zaki program.

Bacaan Doa  Menyediakan teks doa yang


Cikgu Muhammad Haziq b Mohd Noh bersesuaian.
 Memimpin bacaan doa.
Pendaftaran  Menyedia borang pendaftaran dan
Cikgu Zuriati binti Musa menguruskan yang berkaitan.

Teknikal dan Siar Raya  Menyediakan peralatan teknikal seperti


Cikgu Mohamad Sawal bin Abd Aziz LCD dan microfon untuk kegunaan
semasa taklimat.
 Sediakan lagu Negaraku, Bangsa Johor
dan Lagu Sekolah.
 Memastikan slaid ditayangkan mengikut
atur cara program.

Jurufoto  Merakamkan gambar sepanjang majlis


Cikgu Muizzuddin b Murshid berlangsung.

Dokumentasi  Membuat dokumentasi selepas


Cikgu Rosyidah binti Mat Nor program.

Persiapan Tempat  Menyediakan kerusi secukupnya bagi


Cikgu Yuslizan bin Yahaya ibu bapa atau penjaga yang hadir.

8
Cikgu Mohd Abdul Ghani binti Mohd  Menyediakan rostrum, kipas angin, meja
Noor pengacara dan meja bagi siar raya.
 Mengemas semula dewan dan peralatan
kepada keadaan asal selepas
digunakan.

Orientasi Tahun 1  Membawa murid-murid ke kelas Tahun 1


dan menjalankan aktiviti orientasi.
1 Imtiyaz :  Mengedarkan kertas soalan ujian
Cikgu Siti Nor Aisyah binti Awang kemahiran asas kepada murid-murid
Cikgu Aisah binti Ali Tahun 1.
 Berada bersama murid sepanjang ujian
1 Mumtaz : kemahiran dijalankan.
Cikgu Najian Syahira binti Mohd
Suhaimi
Cikgu Zaimoh binti Daleng

PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 2.0 bagi sesi akademik 2023/2024 ini diharap
dapat berjalan dengan baik hasil kerjasama daripada semua pihak. Selain itu,
program dan aktiviti yang dirangka ini juga dapat membantu murid-murid dalam
pembentukan diri yang seimbang bukan sahaja dalam akademik malahan aspek
sahsiah dan jati diri. Justeru, diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam
menjayakan program ini.

Disediakan oleh :

……………………………………………
( ZURIATI BINTI MUSA )
Penyelaras Transisi Tahun 1 2023,
SK LKTP PEMANIS 1.

Disemak oleh :

……………………………………………
( OTHMAN @ FAZRI BIN YUSOFF )
9
GPK Pentadbiran,
SK LKTP PEMANIS 1.
TENTATIF
TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2023/2024
SK LKTP PEMANIS 1

TARIKH : 14 MAC 2023


HARI : SELASA
MASA : 7.30 PAGI - 10.30 PAGI

ATUR CARA
07.30 pagi : Ketibaan Ibu bapa dan pendaftaran
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu Bangsa Johor
: Bacaan Doa

08.30 pagi : Ucapan GPK Kurikulum SK LKTP Pemanis 1


Cikgu Othman @ Fazri bin Yusoff
: Ucapan GPK Hal Ehwal Murid
Cikgu Mohamad Yusri bin Yaacub
: Tayangan video
Program Transisi Tahun 1 Sesi Akademik
2022/2023

10.30 pagi : Bersurai

10

You might also like