You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SATU SULTAN ALAM SHAH

JALAN BUKIT 11/2 46200 PETALING JAYA


KOD SEKOLAH : BBB 8312

TEL/FAX : 03-79566941

MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI (BIL 1 / 2022)

Tarikh : 18 Mac 2022

Masa : 3.00 petang

Tempat : Pelantar Google Meet

Pengerusi : Pn Wan Ajrina Binti Wan Ahmad

Kehadiran (Bilangan) : Semua guru-guru SK Satu Sultan Alam Shah

1.0 UCAPAN ALU – ALUAN

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dengan Program
Transisi pada tahun 2022.
1.2 Program ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau pra sekolah kepada pendidikan yang lebih
formal diperingkat sekolah rendah.
1.3 Program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari
latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan
proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
1.4 Penggunaan buku teks dan aktiviti tidak dibenarkan sepanjang program ini dijalankan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Puan Nur Farini Binti Md Marzuki mencadangkan Minit Mesyuarat Bil 1/2021
disahkan dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1.


4.1.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menetapkan program ini
berlangsung selama 4 minggu.

1
4.1.2 Guru hendaklah merujuk Kit Program Transisi 2.0 untuk memudahkan cara
perlaksanaan program.
4.1.3 Guru mata pelajaran Tahun 1 hendaklah bekerjasama antara satu sama lain
untuk menyediakan modul atau bahan-bahan bagi melancarkan program ini.
4.1.4 Guru juga diminta untuk menonton webinar atau sebaran ilmu melalui sebarang
aplikasi bagi mendapatkan info dan ilmu berkaitan dengan program ini.
4.1.5 Guru juga hendaklah sentiasa bersedia akan pengajaran dan pembelajaran yang
akan dilaksanakan secara bersemuka.
Tindakan : Semua guru

4.2 Program Transisi ( 2 fasa )


4.2.1 FASA PENYESUAIAN (DUA MINGGU)
4.2.1.1 Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan
4.2.1.2 Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti
pembelajaran, perbualan awal dan rehat
4.2.1.3 Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran
A)
4.2.2 FASA KESEDIAAN (DUA MINGGU)
4.2.2.1 Mengikut jadual Tahun 1
4.2.2.2 Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
4.2.2.3 Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid
4.2.2.4 Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan
tahap kesediaan murid dan kreativiti gur
4.2.2.5 Melaksanakan pelbagai kaedah PBD
4.2.2.6 Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperlukan untuk pembelajaran seterusnya
Tindakan : Semua guru
4.3 Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka
4.3.1 Pastikan kelas Tahun 1 sentiasa dalam keadaan baik.
4.3.2 Pastikan meja dan kerusi cukup dengan bilangan terkini murid.
4.3.3 Pastikan guru dan murid patuhi SOP yang telah ditetapkan

Tindakan : Semua guru

5.0 HAL – HAL LAIN

5.1 Tarikh pembelian buku tulis Tahun 1akan diberitahu menerusi whatsapp Tahun 1 2021.

5.2 Tarikh pengambilan buku teks akan diberitahu menerusi whatsapp Tahun 1 2021.
5.3 Ibu bapa/penjaga yang hadir harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tindakan : Semua guru

2
6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.


6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh,
Wan Ajrina Binti Wan Ahmad
Penyelaras Program Transisi Tahun 1/2021
SK Satu Sultan Alam Shah

You might also like