You are on page 1of 6

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH (A),


42960 PULAU CAREY, KUALA LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA


BILANGAN 1/2023

Tarikh : 30 Mac 2023

Masa : 12.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1 Encik Samsul Fadilah Bin Asmara Guru Besar


2 En Mohd Shamsurizal bin Hassan PK Pentadbiran
3 Pn Azmilah bt As’ad PK Hal Ehwal Murid
4 Pn Maisita binti Udang Ketua Panitia
5 En Ahmad Kamal Ariffin bin Abdullah Guru
6 Puan Nur Hidayah Binti Mahat @ Kassim Guru
7 Pn Noor Asma binti Hussain Guru
8 Cik Allis a/p Samad Setiausaha
9 En Muhammad Nur Firdaus bin Azman Setiausaha
10 Pn Farah binti Saparuddin Setiausaha
11

Tidak Hadir

1 Muhamad Izzuddin Bin Zulkefle Urusan Bank

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan aluan dan terima kasih kepada guru-guru dan pentadbir-
pentadbir yang turut hadir. Ucapan aluan oleh pentadbir-pentadbir.

Tindakan:Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 08 Februari 2021 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadang untuk disahkan oleh Allis a/p Samad


Disokong untuk pengesahan oleh Muhammad Nur Firdaus bin Azman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4.0 PERBINCANGAN

4.1 PERLANTIKAN AJK

4.1.1 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa panitia-


panitia telah digabungkan menjadi satu panitia seperti Panitia
Bahasa yang menggabungkan Panitia Bahasa Melayu, Panitia
Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab.
4.1.2 Guru Besar memaklumkan ketua panitia haruslah dilantik mengikut
kekananan seperti di dalam pekeliling.
4.1.3 Penolong Kanan Pentadbiran mengedarkan senarai gabungan
panitia beserta ketua panitia dan setiausaha-setiausaha di
bawahnya.
4.1.4 Penyediaan minit mesyuarat perlulah mengikut giliran oleh
setiausaha-setiausaha yang ada.
4.1.5 surat pelantikan Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia dikeluarkan
oleh Setiausaha Kurikulum. Setiap surat perlantikan hendaklah
dibuat 2 salinan (1 salinan diberikan kepada guru berkenaan dan 1
salinan lagi dimasukkan ke dalam fail panitia).

Tindakan : Makluman

4.2 PERSEDIAAN RPH DAN RPT

4.2.1 RPH pada Tahun 2023 menggunakan e-RPH sepenuhnya


seperti tahun sebelumnya.

4.2.2 Setiausaha boleh mula membuka folder baru bagi pengurusan fail
panitia 2023 di dalam Google Classroom.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 08 Februari 2021 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

4.2.3 Guru-guru boleh membuat persediaan awal untuk memuat naik


DSKP, RPT dan jadual waktu peribadi ke dalam e-RPH yang akan
dibuka seminggu sebelum tarih pembukaan sekolah.

4.2.4 Setiap guru haruslah mempunyai salinan DSKP dan RPT di dalam
FRPP masing-masing dan hendaklah sentiasa bersama guru
semasa PdPC dan pastikan DSKP dan RPT adalah yang terkini.

4.2.5 Penulisan RPT 2023 hendaklah 39 minggu keseluruhannya dan


dihantar kepada pentadbir

4.2.6 Setelah RPT disemak, guru-guru perlu memberikan soft copy RPT
kepada setiausaha untuk dimasukkan ke dalam gc panitia.

4.2.7 Format muka surat hadapan RPT adalah selaras bagi semua mata
pelajaran.

4.2.8 Penulisan RPH bagi CEFR adalah mengikut format yang


dikeluarkan BPK.

4.2.9 Penulisan impak ringkas dan tepat dengan menyatakan bilangan


murid yang mencapai dan tidak mencapai objektif dan nyatakan
tindakan susulan.

Tindakan : Makluman

4.3 PENGURUSAN FAIL PANITIA

4.3.1 Encik Mohd Shamsurizal menegaskan pengurusan sistem fail


panitia mengikut sistem pengurusan SPSK. Beliau telah
mengedarkan soft copy sistem fail panitia kepada semua Ketua
Panitia.

4.3.2 Pengurusan Panitia akan menggunakan sepenuhnya dalam


Google Classroom.

4.3.3 Ahli-ahli perlu bersama-sama menyediakan Pelan Strategik


Organisasi dan diserahkan kepada Encik Shamsurizal untuk
semakan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 08 Februari 2021 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

4.3.4 Panitia perlu memastikan kurikulum KSSR semakan 2017 terkini


ada dalam fail panitia (Google Classroom) bagi memudah rujukan.

Tindakan : Makluman

4.4 KETETAPAN BILANGAN BUKU LATIHAN DAN KADAR KERJA RUMAH

4.4.1 Tahap 1 dan 2 akan menggunakan sebuah buku latihan pendek.

4.4.2 Kerja rumah diberi sesuai mengikut kemampuan murid. Objektif


utama adalah untuk membimbing murid mencapai tahap minimum
kemahiran 3M.

4.4.3 Latihan bagi murid-murid tahap 1 dalam bentuk ulangkaji serta


pengukuhan daripada apa yang dipelajari pada hari tersebut.
Latihan fokus kepada 3M.

4.4.4 Buku-buku murid perlu sentiasa disemak. Guru-guru hendaklah


menghantar buku mengikut bilangan murid setiap kelas kepada
Guru Besar dan PK untuk semakan berdasarkan jadual semakan
buku murid.
Tindakan : Makluman

4.5 PERANCANGAN PBD

4.5.1 PBD perlu dilaksanakan secara berterusan walaupun semasa PdPr


dan rekod transit perlu disediakan setiap kali pentaksiran dilakukan.

4.5.2 Rekod transit perlu dimasukkan di dalam gc panitia.

4.5.3 Evidens pentaksiran perlu disimpan secara sistematik. Contohnya


gambar-gambar kerja rumah yang dihantar murid dalam group
Whatsapp sebagai platform pembelajaran atas talian.

Tindakan : Makluman

4.6 PLAN

4.6.1 Guru-guru perlu cakna murid-murid yang terlibat dengan Plan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 08 Februari 2021 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

4.6.2 Guru-guru perlu bersedia mengumpul data bagi mengenalpasti


murid-murid tahun 1 yang akan terlibat dengan Plan

4.7 URUS BELANJA PANITIA

4.7.1 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan baki semasa panitia.


Sebarang pertanyaan boleh rujuk Puan Nurul Ain.

4.7.2 Guru-guru boleh maklumkan perkara-perkara yang ingin


dimasukkan di dalam perbelanjaan panitia kepada ketua panitia
terlebih dahulu.

4.8 PEMULIHAN
4.8.1 Turut dibentangkan pelaporan murid-murid pemulihan oleh Puan
Hidayah.
4.8.2 Bilangan murid pemulihan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

BAHASA MELAYU

TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

JAN MAC OGOS JAN MAC OGOS JAN MAC OGOS PELEPASAN MAC OGOS PELEPASAN

7 8 8 5 6 5 5 0 0 0 0 0 0

4.8.3 Isu-isu dan intervensi telah dikenalpasti seperti berikut:

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 08 Februari 2021 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010
SPSK PK 07/3

5.0 HAL LAIN

5.1 Program Transisi Tahun 1 akan berjalan selama 4 minggu dan akan
menggunakan modul transisi. Jadual telah diedarkan.

5.2 Pemulihan Tahun 4 akan bersambung seperti tahun lepas Guru


Bahasa Inggeris Tahun 4 perlu mengumpul data bagi
mengenalpasti murid yang akan terlibat.

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang


menghadiri mesyuarat pada kali ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 p.m.

Disediakan oleh,

......................................
Farah Binti Saparuddin
Setiausaha

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 08 Februari 2021 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like