You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Sentosa,


Taman Bandar Baru
31900 Kampar.
No. Tel/Fax: 05-466958 Emel : ABA9015@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM KALI PERTAMA 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN SK SENTOSA

Hari : Isnin
Tarikh : 18 Januari 2021
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Di stesen masing-masing ( kediaman sendiri )

Kehadiran : Rujuk Senarai

Tidak Hadir : Pn. Farahdilla Binti Mohd Zahari ( Cuti Bersalin )

Pengerusi Mesyuarat : Encik Shahrom bin Hussien


Guru Besar SK Sentosa

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2020
3. Perkara Berbangkit
4. Perbincangan/ Laporan/ Isu & Permasalahan
5. Pengerusi Membentangkan Dasar-dasar Kurikulum
6. Jaringan dan Jalinan
7. Ucapan PK Pentadbiran
8. Hal-hal Lain
9. Penutup
10. Ucapan Penangguhan

1
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana
menghadirkan diri di mesyuarat kali ini secara Google Meet serta
mengalu-alukan semua ke alam pengajaran dan pemudahcaraan bagi
sesi 2021.
1.2 Bacaan doa, dipimpin oleh Ustaz Mohd Masri bin Aznan.
1.3 Pengerusi memaklumkan hala tuju sekolah yang perlu menjadi pegangan
semua guru:
1.3.1 Meningkatkan keupayaan guru dalam PdP.
1.3.2 Melestarikan penggunaan ICT sebagai sumber ke arah
membudayakan PAK 21.
1.3.3 Mengoptimumkan keupayaan dan kemenjadian guru pada tahap
yang lebih cemerlang.
1.3.4 Gelombang ke 3 (2021 hingga 2025)
1.4 Pengerusi meminta perhatian semua ahli untuk mengambil tindakan
kepada perkara-perkara yang berikut:
1.4.1 Memastikan suasana kondusif untuk semua murid agar murid
dapat belajar dalam suasana yang ceria.
1.4.2 Memikirkan bagaimana kaedah untuk melaksanakan PdPR kepada
murid-murid yang berada di rumah.
1.4.3 Persediaan RPH melalui CIDS.
- Semua guru perlu belajar menggunakan aplikasi CIDS dan
kepada guru-guru yang baru mengenali sistem ini boleh merujuk
kepada guru-guru yang telah mahir menggunakan CIDS atau
berpandukan url yang dikongsikan dalam telegram.
1.4.4 Pentaksiran Bilik Darjah akan dipantau oleh Tuan Guru Besar dari
masa ke semasa.
1.4.5 Kehadiran guru, sebelum 7.30 pagi. Jika ada sebarang kecemasan,
sama ada cuti sakit atau CRK, sila berhubung dengan Pn. Aziani
untuk urusan penggantian kelas. Tuan Pengerusi juga
mengingatkan bahawa CRK adalah bukan hak guru, tetapi ia satu
hak keistimewaan yang diberi dengan kebenaran guru besar.
1.4.6 Pengemaskinian Maklumat Peribadi, dalam eOperasi
- boleh maklumkan kepada Puan Aziani, sekiranya ada
perubahan.
1.4.7 Pengemaskinian Pengistiharan Harta, dalam HrMIS:
a) Cuti
b) Isytihar Harta
- boleh merujuk kepada Pembantu Tadbir, En. Ahmad
Azizuddeen.
1.5 Makluman kepada semua KP bagi setiap matapelajaran untuk
memasukkan setiap minit mesyuarat ke dalam sites sekolah.
1.6 Penyerahan dan pengedaran buku teks, akan ditetapkan oleh pihak
sekolah mengikut tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

2
1.7 Pergerakan guru-guru pada tahun semasa:
1.7.1 Guru-guru yang berpindah keluar –
i) Puan Izyani binti Othman Bakar ke SK Jati, Ipoh.
ii) Puan Nurul Azura binti Hamil ke SK St.Paul,Tg.Tualang
iii) Puan Herniza binti Abdul Razak ke SK Gopeng, Taman
Gopeng.
1.7.2 Guru-guru yang berpindah masuk –
i) En. Mohd Fadil bin Ahmad dari SK Tawakal, Daerah Subis ,
Sarawak
ii) Pn. Anora binti Ab Hamid dari SK Kampar, Perak
iii) Pn. Wan Aznizan binti Wan Abdullah dari SK Air Panas, Kuala
Lumpur
iv) Pn. Azlina binti Mohamed Izhar dari SK Air Papan, Tg.Tualang
v) Pn. Farahdilla binti Mohd Zahari dari SK Gunung Panjang,Perak
1.7.3 Guru-guru dan AKP yang akan naik pangkat berdasarkan “time
based” –
i) En. Suhaidi bin Nijar – DG48
ii) Pn. Suziana binti Saidin - DG48
iii) Pn. Wan Norsharina binti Othman – N22

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat Kurikulum Bil.4/2020 telah dicadangkan untuk
pengesahan oleh Puan Sarimah Binti Abdullah dan disokong oleh Encik
Mohd Mustafa Bin Dato’ Haji Ahmad Razali.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rujuk borang maklum balas Minit Mesyuarat Bil.4 Tahun 2020.

4. PERBINCANGAN/ LAPORAN/ ISU DAN PERMASALAHAN


4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
4.1.1 Puan Aziani memaklumkan bahawa guru-guru hendaklah mengisi
Modul Perekodan Pembelajaran Murid secara offline. Rekod
pentaksiran hendaklah dibuat oleh guru mata pelajaran.
4.1.2 Pentaksiran sekolah hendaklah dibincangkan di dalam mesyuarat
panitia. Pentaksiran hendaklah dirancang, dibina, ditadbir,
diperiksa, direkod dan dilaporkan oleh guru mata pelajaran agar
dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dengan
segera.
4.1.3 Surat pelantikan guru PBS akan dimasukkan dalam Sites sekolah.

3
4.1.4 Semua ketua panitia hendaklah membuat post mortem pada bulan
Jun untuk menentukan bilangan murid yang belum menguasai
tahap penguasaan 1.
4.1.5 Pemantau PBD dijalankan 2 kali setahun mengikut pentadbir yang
telah ditetapkan.
4.1.6 Minggu Pentaksiran – Minggu Pentaksiran 1 (Jun), Minggu
Pentaksiran ke-2 (November)
4.1.7 Analisis PBD 2020 telah dimasukkan ke Sites sekolah.

4.2 Cuti peristiwa - Cuti Berganti Hari Raya Puasa pada 10 Mei 2021
4.3 Waran sekolah, semasa – 51/52 orang guru/9/10 orang kakitangan
4.4 Bilangan kelas, bagi sesi persekolahan tahun 2021:
i) 2 kelas pra (50 orang), 1 kelas pra pendidikan khas (2 orang)
ii) Kelas PPKI (37 orang murid)
iii) Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3 kelas), Tahun 3 (3 kelas), Tahun 4 (3
kelas), Tahun 5 (3 kelas), Tahun 6 (2 kelas).

Tindakan : Makluman

5. PENGERUSI MEMBENTANGKAN DASAR-DASAR KURIKULUM :


5.1 Semua guru diminta mengetahui dan menghayati visi, misi dan moto JPN,
PPD dan sekolah.
5.1.1 Tuan Pengerusi meminta semua Ketua Panitia bersedia dengan
Perancangan Strategik mengikut panitia masing-masing. Ketua
panitia perlu sesuaikan perancangan strategik masing-masing
berpandukan perancangan strategik JPN.
5.2 Beliau amat berharap semua guru mematuhi dan melaksanakan semua
dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam usaha
merealisasikan visi sekolah.
5.2.1 Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:
a) Menjadi garis panduan yang jelas kepada semua ketua panitia
dan setiap warga sekolah.
b) Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
c) Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah.

5.3 Mesyuarat Panitia Kali Pertama


5.3.1 Tuan Pengerusi mengingatkan bahawa tempoh melaksanakan
mesyuarat panitia kali pertama adalah selama 2 minggu. Pihak
pentadbir diwajibkan hadir dalam mesyuarat pertama panitia
tersebut. Beliau mahu semua mesyuarat dilaksanakan sepanjang
bulan Januari ini.
4
5.3.2 Program panitia perlu dirancang bagi memastikan murid-murid
masih mendapat manfaat walaupun ketika pandemik Covic-19.
5.3.3 Semua ketua panitia diingatkan untuk mengemaskini Sites sekolah
setelah selesai melaksanakan mesyuarat.
5.3.4 Penggunaan Sites akan diperkasakan lagi dalam penyediaan
dokumen panitia.

5.4 Jadual Waktu 2021


5.4.1 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada J/K Jadual Waktu
kerana telah berjaya membentuk jadual waktu PDPR sepanjang
tempoh PKP dan PKPB serta Jadual Waktu Persekolahan Sesi
2021. Jadual waktu bersemuka akan diserahkan pada bila-bila
masa sebelum sekolah dibuka.

Tindakan : Semua guru

6. JALINAN DAN JARINGAN :


6.1 Pengerusi mohon semua guru untuk memahami dan ambil maklum
tentang bahan yang dikongsikan dalam portal PPD.
6.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan panitia hendaklah dijalankan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan setiap mesyuarat perlu ada minit
yang akan diletakkan ke dalam sites sekolah. Pengurusan setiap
mesyuarat perlu diuruskan dengan sempurna,ada surat panggilan
mesyuarat , agenda , maklum balas dan menyediakan minit mesyuarat.

Tindakan : Setiausaha Kurikulum dan Semua Ketua Panitia

6.3 Template myFolio, harapan Tuan Pengerusi untuk tahun 2021:


a) Pencapaian UPSR 100% (sekiranya ada)
b) Semua murid Tahap 1 boleh menguasai tahap minima 3M
c) SKPMg2, peratus kualiti guru hendaklah mencapai tahap minimum
sebanyak 80%
6.4 Pemantauan daripada PPD sempena Operasi Buka Sekolah telah
dilaksanakan sebanyak 2 kali ke sekolah.

Tindakan : Makluman

5
7. UCAPAN PN.AZIANI BINTI MOHAMAD (PK PENTADBIRAN)
7.1 Perubahan Ketua Panitia :
a) Pend.Moral – Pn.Nur Hanani Binti Ibrahim
b) Pend.Kesenian – Pn.Azlina Binti Mohamed Izhar

7.2 Peringatan kepada semua guru tentang Rancangan Pengajaran Tahunan


2020, sekiranya masih ada silibus yang belum diajar perlu disisipkan ke
dalam Rancangan Pengajaran Tahunan 2021. Pn. Aziani juga
memaklumkan 20 Januari – 22 Januari 2021 dikira sebagai Minggu
Pertama Persekolahan. Program Transisi Tahun 1 bermula pada minggu
pertama persekolahan dan akan berakhir pada akhir bulan Mac 2021
mengikut arahan yang telah diterima daripada KPM.

7.3 Agihan tugas guru-guru dalam bidang kurikulum boleh dirujuk di dalam
kumpulan rasmi Telegram, kelak. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan kepada guru-guru dari semasa ke semasa.

7.4 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 2021.


7.4.1 Rujuk Lampiran Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 2021.

7.5 Jadual Guru Ganti


7.5.1 Guru yang tidak hadir atau datang lewat sila maklumkan di dalam
kumpulan whatsapps rasmi sekolah.
7.5.2 Jadual guru ganti yang tidak hadir seboleh-bolehnya diganti oleh
guru yang mengajar kelas yang sama. Guru yang menghadiri
kursus mesti meninggalkan lembaran kerja.
7.5.3 Urusan peribadi dilakukan di luar waktu pdpc. Contoh temujanji
hospital sekiranya lebih daripada 4 jam guru perlu ambil CRK.
Borang keluar perlu diisi dan perlu menerima pengesahan daripada
pihak pentadbir.

7.6 Agihan Jadual Waktu


7.6.1 Agihan jadual waktu 2021 adalah berdasarkan kalender akademik
sebanyak 37 minggu. Dimaklumkan juga satu petak jadual waktu
adalah 30 minit.
7.6.2 Kalender akademik akan dimasukkan di dalam buku takwim
sekolah, Telegram rasmi dan Sites Sekolah.
7.6.3 Pn Aziani akan mengedarkan jadual waktu kelas dan jadual waktu
peribadi kepada semua guru melalui Telegram rasmi.

Tindakan : Makluman

6
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Tuan Pengerusi menasihatkan kepada semua guru agar menjaga
keselamatan diri dan keluarga masing-masing sepanjang tempoh PKP.
8.2 Tuan Pengerusi mengingatkan kepada semua guru jika sesi persekolahan
secara bersemuka akan dibuka kelak, setiap guru kelas hendaklah
memberi maklumat dan penerangan kepada murid-murid berkaitan
pelaksanaan P&P, peraturan sekolah, adab belajar dan sebagainya.
Begitu juga dengan guru kelas perlu menguruskan bilik darjah dengan
baik bagi menggalakkan pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja
mencukupi mengikut bilangan murid dan dalam keadaan baik serta
selamat digunakan oleh murid.
8.2 Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah di atas perlantikan Pn. Siti Azni
sebagai Guru Media yang baharu. Beliau berharap agar dapat
menghidupkan Pusat Sumber Sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang
menarik.
8.3 En. Saiful Azhar mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang
baru bertukar ke SK Sentosa.
8.4 Beliau meminta semua guru kelas mewujudkan kumpulan WhatApps.
APDM, telah dibuka pada 18.1.2021 dan guru kelas boleh mengemaskini
maklumat murid.
8.5 Beliau juga memaklumkanTransisi Tahun 1, akan dijalankan selama 43
hari dan akan diketuai oleh Pn.Norhidayah.

Tindakan : Makluman

9. PENUTUP
9.1 Tuan Pengerusi memaklumkan akan ada guru dari aliran perdana akan
mengambil alih tugas Puan Farahdilla binti Mohd Zahari yang sedang cuti
bersalin bagi kelas Prasekolah, buat sementara waktu. Bagi membantu
mengendalikan kelas Prasekolah, Pn Azlina Binti Mohamed Izhar telah
dipilih oleh pihak sekolah untuk menjalankan tugas tersebut.

10. UCAPAN PENANGGUHAN


Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2021 ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari
ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan Oleh,
Pn. Suziana Saidin
Setiausaha Kurikulum
SK Sentosa, Kampar

7
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : ABA9015.600-3/2/1(1)
Tarikh : 18 Januari 2021

SENARAI KEHADIRAN GURU

Bil. NAMA GURU T/Tangan


MESYUARAT KURIKULUM 1. EN. SHAHROM BIN HUSSIEN /
/
BIL.1/2021 2. PN. AZIANI BINTI MOHAMAD
3. EN. SAIFUL AZHAR BIN SHAARI /
TEMPAT : STESEN SENDIRI 4. EN. YUSAINI BIN AHMED /
TARIKH : 18/01/2021 5. TN. HJ. MOHAYADIN BIN TASRIPIN /
MASA : 9.00 PAGI 6. TN. HJ. ROSLI BIN SUHAIME /
7. PN. RAHIMAH BT MOHD KHALID /
AGENDA MESYUARAT
8. PN. HJH. ZANARIAH BT. MOHD SAAID /
KURIKULUM BIL.1/2021
9. EN. AMIRUDDIN BIN AB. SUKOR /
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit
10. PN. ZAITUN BINTI SHAARI /
Mesyuarat Kurikulum
Bil.4/2020
11. EN. MOHD DAUT BIN NGAH DENIN /
3. Perkara Berbangkit
4. Perbincangan/Laporan/ /
12. PN. PARIMALAH A/P MADHAVAN
Isu&Permasalahan
5. Pengerusi
Membentangkan Dasar- 13. PN. HALIDAH LAILI BT SHAARANI /
dasar Kurikulum
6. Jaringan dan Jalinan
14. PN. SARIMAH BINTI ABDULLAH /
7. Ucapan PK Pentadbiran
8. Hal-hal lain
15. PN. SUZIANA BINTI SAIDIN /
9. Penutup
10. Ucapan Penangguhan 16. PN. NOREHAN BINTI ABD. AZIZ /
17. PN. ANNE CHRISTINA A/P VINCENT /
18. PN. NUR HANANI BINTI IBRAHIM /
19. PN. HJH. SABARINA BINTI MD GHANI /
20. PN. ZALINA BINTI RAMLI /
21. PN. NOOR HAZANI BINTI SUNGALI /
22. PN. SITI SHAM LEE BINTI BAKAR /

8
23. PN. KHALIJAH BT ABDULLAH /
24. PN. MARZITA BINTI MOHAMAD NOR /
25. CIK HJH. NOOR SHIDA BT MEOR ZAIMI /
26. PN. NOR ARIZAN BT MUHAMAD NOR /
27. PN. SITI MARIYAH BINTI ABDUL WAHAP /
EN. MOHD MUSTAFA BIN DATO’ HJ
28. /
AHMAD RAZALI
29. EN. RADUAN BIN ABDULLAH /
30. PN. MARIYA BT ARIFFIN @ ARIPIN /
/
31. PN. SELVI A/P MUNUSAMY
/
32. EN. SUHAIDI BIN NIJAR
33. PN. MAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ /
/
34. PN. SITI AZNI BINTI RAZALI
35. EN. MOHD AZRUL BIN MOHD AZLAN /
/
36. CIK NUR AFIQAH BINTI KHALID
/
37. PN. NOOR IRWANI BINTI ISMAIL
/
38. PN. SUMITHA A/P RAMULU
EN. MOHD SYAHRIL NIZAM BIN ABDUL
39. /
RASHID
PN. MARDYIAH HAYATI BINTI YAHYA
40. /
ARIF
41. EN. MOHD FAIZOL BIN ABDUL FATHAH /
PN. NORHIDAYAH BINTI MUHIDDIN @
42. /
YIDIN
43. PN. NURUL FATIHAH BINTI MISRAN /
44. PN. WAFA AMALINA BINTI ASAARI /
45. PN. NORSYAHEERA BINTI MAHMUD /
/
46. EN. MOHD FADIL BIN AHMAD
/
47. EN. MOHD MASRI BIN AZNAN
PN. WAN AZNIZAN BINTI WAN
48. /
ABDULLAH
49. PN. AZLINA BINTI MOHAMED IZHAR /

50 PN. ANORA BINTI AB. HAMID /

CUTI
51 PN FARAHDILLA BINTI MOHD ZAHARI
BERSALIN

9
BORANG MAKLUM BALAS /PELAKSANAAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MESYUARAT

Nama Mesyuarat: Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2021


Tarikh : 18 Januari 2021
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Google meet
Kehadiran: 51 Orang
Tidak Hadir : 1 orang ( Cuti Bersalin )

Bil Rujukan Perkara Tindakan Status


MInit
1. 1.4.3 Persediaan RPH melalui CIDS Semua Guru Telah diambil tindakan oleh semua guru.

2. 1.4.6 Pengemaskinian Maklumat Peribadi Semua Guru Telah diambil tindakan oleh semua guru
melalui eOperasi sebelum 23 Februari 2021.

3. 1.4.7 Pengemaskinian Maklumat Semua Guru Telah diambil tindakan oleh semua guru.
Pengistiharan Harta dalam HrMIS
4. 1.6 Penyerahan dan Pengedaran Buku Guru SPBT Telah dilaksanakan pada Februari mengikut
Teks jadual yang telah ditetapkan.

5. 4.1.1 Modul Perekodan Pembelajaran Murid Semua Guru Dalam proses tindakan semua guru.
secara offline.

6 4.1.2 Penolong Kanan Pentadbiran meminta Pelaksanaan PBD telah bermula pada hari
guru-guru melaksanakan PBD secara Guru Matapelajaran pertama persekolahan
lebih terancang dan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan murid agar
dapat diatasi dengan segera.

7. 4.2 Permohonan Cuti Berganti 10 Mei 2021 PK Pentadbiran Permohonan cuti berganti pada 10 Mei tidak
diluluskan oleh JPN dan digantikan dengan
Cuti Awal Ramadhan. Status cuti 10 Mei akan
diumumkan seminggu sebelum tarikh tersebut.
10
8. 5.1.1 Guru Besar meminta semua Ketua Semua Ketua Dalam proses tindakan Ketua Panitia
Panitia bersedia dengan Perancangan Panitia
Strategik mengikut panitia masing-
masing. Ketua panitia perlu sesuaikan
perancangan strategik masing-masing
berpandukan perancangan strategik
JPN.
9. 5.3 Mesyuarat Panitia kali pertama Semua Panitia telah bermesyuarat kali pertama
pada Januari dan Februari 2021.

Program panitia telah dirancang semasa


5.3.2 Merancang program panitia Ketua Panitia
mesyuarat panitia bil 1/2021

Telah muat naik ke Sites Sekolah dan


5.3.3 Pengemaskinian Sites
pengemaskinian akan dibuat dari semasa ke
semasa.
10. 7.6.3 Pn Aziani akan mengedarkan jadual PK1 dan semua Guru-guru telah menerima jadual sebelum 20
waktu kelas dan jadual waktu peribadi guru Januari 2021.
kepada semua guru melalui Telegram
rasmi.
11. 8.2 Guru Kelas tahun 2021 Semua Guru Kelas Semua Guru Kelas telah membuat persediaan
awal, sebelum sesi bersemuka bermula.
a) 1 Mac 2021 – Pra Sekolah/Tahun 1/Tahun2
b) 8 Mac 2021 – Tahun3 hingga Tahun 6

Disediakan Oleh,
Pn. Suziana Saidin
Setiausaha Kurikulum
SK Sentosa, Kampar
11

You might also like