You are on page 1of 5

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 1/ 2021

Tarikh : 18 JANUARI 2021 (ISNIN)

Masa : 11.30.00 PAGI

Tempat : Google Meet (https://meet.google.com/gqq-yztd-cfb)

Pengerusi : EN. SHARUZA BIN HASIM

Kehadiran(Bilangan) : 23/23 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) :

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi meminta semua guru dan akp untuk menyemak minit mesyuarat yang lalu

1.2. Pengerusi menyampaikan kata alu-aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas
kehadiran para guru ke mesyuarat kali ini.

Tindakan : Untuk makluman


guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS


Dialog Prestasi Bil.7 /2020 telah dibentang dan disahkan tanpa sebarang pindaan.

Dibentang oleh : En. Sharuza bin Hasim


Dicadangkan untuk pengesahan : Pn. Nor Asbahadiah binti Ramli
Disokong oleh : En. Muhammad Hasif bin Mohd Padzil

Tindakan : Untuk makluman


guru
3
PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa duit panitia kebanyakkannya telah diserahkan kepada
KP masing-masing dan ketua panitia perlu menyerahkan resit pembelian kepada Pn. Julilina.

3.2 Pengerusi juga meminta supaya Pn. Siti Madiaha selaku penyelaras PBD untuk
membuat analisis yang berkaitan bagi keseluruhan kelas dan menghantar laporan kepada
GPK 1.

3.3 Berkenaan dengan cuti bersalin, pengerusi meminta GPK 1 untuk merujuk kepada PPD
bagi mendapatkan guru ganti untuk sekolah.
3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat guru dan dialog prestasi adalah dua
perkara yang berbeza.

3.5 PPD memaklumkan bahawa guru-guru perlu berada di setesen masing-masing sebelum
20/Januari/2021

3.6 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua murid akan mendapat QR kod masing-
masing untuk perekodan data kehadiran dan suhu.

Tindakan : Untuk makluman


4 guru

FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengurusan Pentadbiran

4.1.1 Guru besar memaklumkan kepada semua guru dan staf supaya berhati-hati
semasa kembali ke kawasan Pengerang dan sila ikut SOP yang telah ditetapkan.
4.1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa pembukaan sekolah akan diputuskan
setelah mendapat makluman daripada pihak KPM.
4.1.3 Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa PDPR akan dilaksanakan sehingga
diberitahu kelak.
4.1.4 Guru besar memaklumkan bahawa LADAP perancangan strategik ditangguhkan
sehingga masa yang akan ditentukan nanti.
4.1.5 Mesyuarat mengambil maklum mengenai Visi dan Misi sekolah, pengerusi
meminta guru-guru maklum dengan dua perkara ini.
4.1.6 Mesyuarat mengambil maklum bahawa slogan SK Pengerang ialah SKP BEST.

4.1.7 Berkenaan dengan tatacara pemakaian ke sekolah adalah seperti ketetapan


berikut :

Ahad : Baju Korporat Putih


Isnin : Formal
Selasa : Baju 1M1S
Rabu : Baju Kokurikulum (T-Shirt atau Unifom)
Khamis : Pakaian baju melayu berkasut penuh.

4.1.8 Mesyuarat mengambil maklum mengenai pengurusan kehadiran ke sekolah.


Guru-guru hendaklah berada selewat-lewatnya jam 7.20 pagi di sekolah dan
pulang 15 minit selepas murid pulang dari sekolah.
4.1.9 Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah ketika waktu bertugas
kecuali dengan kebenaran dan perlu mengisi buku rekod keluar.
4.1.10 Guru besar meminta supaya guru-guru yang berada dalam situasi kecemasan
perlu memaklumkan lebih awal kepada guru besar atau GPK 1.
4.1.11 Mesyuarat mengambil maklum bahawa perhimpuanan mingguan berjalan seperti
biasa setelah PKP tamat.
4.1.12 Guru besar memaklumkan bahawa cuti rekat khas yang layak bagi guru-guru
adalah berjumlah 10 hari setahun. Jika ingin memohon cuti perlu seminggu lebih
awal dan cuti rehat khas tidak boleh digunakan untuk melancong.
4.1.13 mesyuarat mengambil maklum mengenai cuti sakit perlu dapatkan daripada
pihak klinik atau hospital.

4.1.14 Guru besar memaklumkan bahawa guru-guru boleh datang ke sekolah untuk
aktiviti keceriaan kelas sebagai persediaan buka sekolah. Pihak sekolah
memperuntukkan rm 100 untuk setiap kelas dan diingatkan supaya mengikut SOP
Covid 19 yang ditetapkan.
4.1.15 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan jadual waktu dan lain-lain perlu
dilengkapkan di setiap kelas.
4.1.16 Mesyuarat mengambil maklum mengenai tatacara pembelian barang
menggunakan duit panitia adalah seperti berikut :

i) Guru perlu tahu jumlah duit panitia yang di terima


ii) Guru perlu dapatkan kelulusan daripada Guru besar
iii) Guru perlu elak daripada menggunakan duit sendiri
iv) Selepas mendapat kelulusan, guru perlu menggunakan nota minta dan
serahkan kepada pembantu tadbir
v) Isi maklumat peralatan yang d beli ke dalam borang KEW PA masing- masing

4.1.17 Berkaitan dengan takwim sekolah, sila rujuk di telegram rasmi sekolah.
4.1.18 Guru besar minta dicadangkan aktiviti sahsiah yang sesuai untuk murid-murid
4.1.19 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan dapatan daripada pihak PPD seperti
berikut:

 Pelaksanaan PKP di 6 buah negeri,justeru guru-guru diingatkan supaya


mengikut SOP yang ditetapkan.
 Apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah perlu mendapat
kebenaran daripada pihak atasan.
 KPM sentiasa menyokong dasar yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan.
 Penggunaan media sosial : jangan sewenang-wenangnya menyiarkan
atau mengongsi maklumat atau perkara yang tidak sahih.
 Guru-guru diingatkan bahawa amanah yang diberikan perlu dilaksanakan
dengan jujur.
 Punca kuasa semasa PKP perlu merujuk pada arahan yang diberi.
 Ibubapa tidak dibenarkan untuk mengambil gambar semasa hari pertama
persekolahan.

4.1.20 Mesyuarat mengambil maklum mengenai jadual PDPR – semua murid perlu
dimasukkan ke dalam group kelas masing-masing.

4.2 Pengurusan Kurikulum

4.2.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa guru-guru boleh merujuk jadual waktu di
telegram sekolah.
4.2.2 GPK 1 memaklumkan senarai guru kelas dan pembantu guru kelas.
4.2.3 Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai buku pengurusan sekolah telah
disiapkan, justeru guru-guru boleh dapatkan di pejabat sekolah.
4.2.4 Mesyuarat mengambil maklum mengenai Modul transisi tahun 1 telah disediakan
dan program transisi sesi 2021 adalah
melalui 3 fasa.
4.2.5 Mesyuarat mengambil maklum bahawa modul transisi tahun telah disediakan oleh
Pn. Munirah sebanyak 52 muka surat.
4.2.6 Berkenaan dengan cadangan PDPR sesi 2021, guru-guru diminta menyediakan
modul untuk murid-murid untuk mengelakkan daripada ada di kalangan murid-
murid yang tercicir.

4.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

4.3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa jumlah murid terkini bagi sesi 2021 ialah
seramai 132 orang.
4.3.2 Data APDM perlu disahkan pada setiap hujung bulan.
4.3.3 Senarai kehadiran murid perlu di isi di dalam portal APDM sebelum jam 9.00
pagi.
4.3.4 Berkaitan dengan fail peribadi murid-murid, guru kelas perlu sentiasa
mengemaskini segala maklumat murid-murid dari semasa ke semasa.
4.3.5 Mesyuarat mengambil maklum mengenai keceriaan dan kebersihan kelas perlu
mengikut tatacara PAK21.
4.3.6 Mesyuarat mengambil maklum mengenai pengurusan poteng sekolah perlu di
ambil cakna berkaitan surat amaran dan sebagainya.
4.3.7 Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa buku kawalan kelas telah siap
disediakan di pejabat.
4.3.8 GPK HEM memaklumkan bahawa guru perlu memaklumkan sebarang kesalahan
disiplin di kalangan murid perlu dilaporkan kepada guru disiplin dan segala
bentuk denda melibatkan “Body Contact” adalah tidak dibenarkan.
4.3.9 Guru-guru perlu mengambil perhatian mengenai kebajikan murid seperti SPBT,
biasiswa, kaunseling dan sebaginya.
4.3.10 Guru yang berkaitan perlu mengambil perhatian berkenaan rekod kesihatan
murid.
4.3.11 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua sekolah dipertanggungjawabkan
untuk melakasanakan program 3K.
4.3.12 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua aktiviti luar sekolah perlu
mendapatkan kebenaran daripada pentadbiran sekolah.
4.3.13 Mesyuarat mengambil maklum bahawa latihan kebakaran perlu dilaksanakan
setiap tahun.
4.3.14 GPK HEM memaklumkan bahawa semua tugasan guru boleh dirujuk di dalam
takwim sekolah.

4.4 Pengurusan Kokurikulum

4.4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa maklumat berkaitan program SEGAK dan
PAJSK telah disediakan di pejabat.
4.4.2 Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa modul program 1M1S telah
disediakan dan dilaksanakan seperti biasa apabila sekolah di buka nanti.
4.4.3 Mesyuarat mengambil maklum baju 1M1S dimasukkan di dalam yuran sekolah
murid-murid.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1 GPK 1 memaklumkan bahawa rancangan pengajaran harian adalah


menggunakan fail

5.2 GPK 1 juga memaklumkan bahawa fail RPH perlu dilengkapkan dan disiapkan
pada awal sesi persekolahan 2021.

5.3 GPK 1 memaklumkan kepada guru-guru agar memuat turun DSKP bagi panitia
masing-masing.

5.4 Guru besar memaklumkan bahawa fail RPH telah di tempah tetapi belum sampai.

5.5 Cik Amilah memaklumkan mengenai perkongsian borang metrik Splkpm

5.6 Pn. Aznita meminta kebenaran daripada guru besar untuk hadir ke sekolah.

5.7 Guru besar memaklumkan bahawa surat kebenaran untuk hadir ke sekolah akan
diberikan kepada guru-guru yang ingin hadir ke sekolah.

6 PENUTUP

- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

You might also like