You are on page 1of 6

SK BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI , JOHOR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)


SK BANDAR PENAWAR
BIL 1 /TAHUN 2021

Tarikh : 12 Januari 2021

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bandar Penawar.

Pengerusi : Cikgu Rosman Bin Md Sidek (GPK Hal Ehwal Murid)

Kehadiran(Bilangan) : 42 orang guru.

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul
Hadi bin Hamzah.

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat kembali bertugas untuk sesi 2021, dan
ucapan terima kasih kepada guru-guru dan semua warga sekolah amnya atas
perjalanan sesi persekolahan bagi tahun 2020. Terima kasih juga atas
perlaksanaan tugas dan tanggungjawab guru, AKP, pekerja am dan juga pengawal
keselamatan yang memberikan bantuan dan komitmen yang tinggi terutama
sebelum dan semasa sesi persekolahan Pasca Covid-19. Pengerusi
mengharapkan sokongan padu dan kerjasama daripada semua guru dalam hal
ehwal murid untuk tahun 2021.

Makluman

1.3 Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang bertugas semasa cuti untuk
urusan pemulangan buku teks dan juga penjualan buku sekolah sesi 2021.

Makluman

1.4 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah berkaitan pengurusan HEM
dan tanggungjawab jawatankuasa HEM yang telah disusun dan berharap semua
yang hadir dapat memberi tumpuan dan kerjasama sepenuhnya supaya maklumat
yang disampaikan diterima dengan jelas.

Makluman
2 PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT HEM 2021

2.1 Bentang Jawatankuasa Unit Hem 2021

1. Hanya 5 unit yang disusun semula ahli jawatankuasanya.


(Rujuk Buku Manual Pengurusan Sekolah Tahun 2021).
2. Setiausaha/Penyelaras dan ajk dapat menerima tugasan yang diberikan
dengan sewajarnya.
Makluman

3 TAKWIM UNIT HEM 2021

3.1 Bentang Takwim Hem 2021

1. Takwim HEM adalah mengikut pindaan semasa sekiranya berlaku


perubahan program dan tarikh yang akan dilaksanakan.
2. Perancangan program turut mengambilkira isu semasa yang berkaitan
dengan Covid-19.
Makluman

4. PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN UNIT HEM 2021

4.1 Jawatankuasa Pendaftaran dan APDM

1. Pengerusi memaklumkan urusan Kemasukan murid tahun 6, 2020 ke


Tingkatan 1 telah selesai. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru tahun 6 yang terlibat.
2. Pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 dan murid prasekolah akan
dimaklumkan bergantung kepada keadaan semasa dan mengikut
arahan dari pihak PPD.
3. Bagi murid bukan warganegara dan warganegara tanpa dokumen perlu
mendapatkan permohonan di JPN dan hendaklah mendapatkan pas
kebenaran pelajar daripada JPN. Bayaran levi boleh dibuat di PPD dan
tidak perlu ke JPN.
4. Pengerusi memaklumkan murid Tahun 1/2021 dan juga murid baru yang
pindah masuk ke SK Bandar Penawar perlu didaftarkan dalam buku
daftar murid.
Makluman

4.2 e-Kehadiran

1. e-Kehadiran perlu diambil setiap hari dan dihantar sebelum jam 8:30 pagi.
Kehadiran murid Prasekolah direkod secara manual menggunakan Buku
Kedatangan Murid.
2. Guru kelas hendaklah mencetak kehadiran bulanan kelas melalui sistem
APDM dan diletakkan di dalam fail di bilik GPK HEM.
3. Guru kelas hendaklah sentiasa prihatin dan peka dengan murid yang tidak
hadir tanpa kenyataan untuk diambil tindakan segera.
4. Surat amaran pertama, kedua dan ketiga hendaklah dikeluarkan oleh guru
kelas kepada murid yang tidak hadir mengikut SOP yang betul dan satu
salinan difailkan untuk tindakan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
5. Murid yang hadir lewat hendaklah ditulis namanya mengunakan buku rekod
khas dan juga dalam buku rekod kawalan kelas.
6. Guru kelas hendaklah memaklumkan dan melaporkan kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling untuk diberikan amaran displin mengikut SOP.

Makluman

4.3 APDM dan SSDM

1. Guru kelas perlu mengemakini data dan maklumat murid apabila sistem
APDM tahun 2021 dibuka kelak.
2. Guru kelas bertanggungjawab membuat pengesahan setiap kali ada
pendaftaran murid baru/ murid berpindah masuk.
3. Guru kelas hendaklah menyelaraskan maklumat di APDM (online) dengan
merujuk borang maklumat murid.
4. Murid tahun 2 hingga tahun 6 hanya perlu cetak maklumat sedia ada dan
dikemaskini oleh ibu bapa atau penjaga murid.
5. Perkasakan SSDM -Guru-guru digalakkan untuk mengisi amalan baik atau
sahsiah terpuji murid dalam sistem SSDM.
6. PK HEM memohon kebenaran penyelaras SSDM untuk guru-guru
menggunakan ID Log in ke dalam Sistem SSDM.
Makluman

4.4 Unit Pengurusan Displin

1. Lantikan baru bagi Pemimpin kecil bagi tahun 2021 dibekukan buat
sementara waktu berikutan sesi persekolahan 2020 yang terjejas
disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik Covid-19.
2. Pemimpin kecil yang sedia ada dikekalkan.
3. Unit Displin hendaklah menyediakan buku/fail rekod salah laku displin murid.
4. Semua aduan atau salah laku murid sama ada kecil, besar, ringan,
sederhana atau berat hendaklah diambil tindakan dan direkodkan oleh unit
displin.
5. Pengerusi memaklumkan guru perlu bijak dan berhati-hati untuk mengambil
tindakan atau menghukum murid yang bermasalah dan elakkan dari
menyentuh murid (ikut SOP).
Makluman

4.5 Unit Bantuan dan Kebajikan

1. KWAMP / RMT / PSIM / BAP dan Tabungan dan Sumbangan disusun


dibawah Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan.
2. Guru-guru kelas diingatkan supaya sentiasa prihatin atas perubahan data
murid terutama untuk mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan
khas seperti RMT, KWAPM dan Bantuan awal Persekolahan.
Makluman

4.6 Unit Bimbingan dan Kaunseling

1. Persediaan pembukaan sekolah sesi 2021 pada 20 Januari 2021- Program


Guru Penyayang.
2. Kekalkan program yang telah dilaksanakan sebelum ini dan tambah aktiviti
sokongan bagi mengekalkan momentum sedia ada.
3. Perkasakan Program Guru Penyayang dan Ziarah Cakna.
Makluman

4.7 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

1. Cikgu Zurina memaklumkan masih terdapat murid yang belum


memulangkan buku teks tahun 2020.
2. Agihan pinjaman buku teks bagi tahun 2021 akan dimaklumkan setelah
mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak PPD dan pengagihan perlu
mengikut prosedur serta mengikut SOP semasa.
3. Isu berkenaan murid yang berpindah masuk selepas Mac 2020, perlu
memulangkan dan mendapatkan pinjaman buku teks dari sekolah lama
mereka.
4. Meningkatan penggunaan buku teks secara optimum dan penjagaannya.

Makluman

4.8 Unit Pendidikan dan Pencegahan Dadah

1. Merancang program yang berkaitan dengan Pencengahan dadah dan


bahan terlarang.
2. Mengadakan Minggu Anti-Dadah peringkat sekolah.
3. Menambahbaik sudut Pendidikan pencegahan Dadah (PPDa)
4. Menganjurkan ceramah dan pameran yang berkaitan.
Makluman

4.9 Unit Kebersihan dan Keceriaan (3K)

1. Peruntukkan sebanyak RM150/kelas untuk tujuan keceriaan kelas.


2. Perlu merangka program untuk keceriaan sekolah.
3. AJK perlulah membahagikan tugas dalam usaha menceriakan kawasan
sekolah seperti yang diminta oleh pihak sekolah.

Makluman

4.10 Unit Keselamatan – 3K


1. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: -
a) keselamatan lalu lintas
b) keselamatan bangunan dan perabot
c) keselamatan di makmal dan bilik-bilik khas yang lain.
d) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba,
JKR(Air), JKR (Elektrik), TNB, Majlis Perbandaran, dan
Persatuan Penduduk dan Masyarakat setempat
e) Latihan Kebakaran 2 kali setahun
f) Program Sekolah Selamat

2. Alat pencegah kebakaran yang baru telah selesai diselenggara dan


mencukupi untuk semua bangunan dalam sekolah.
Makluma
n

4.11 Unit Kesihatan dan Pergigian

1. Rekod Kesihatan murid secara online yang telah bermula dengan murid
tahun 1 tahun 2018.
2. Lawatan dan pemeriksaan kesihatan dan pergigian mengikut jadual dari
Klinik Kesihatan.
3. Merancang program untuk perkasakan sanitasi.
Makluman

4.12 RMT dan PSIM

1. Menyediakan senarai nama murid yang mendapat RMT dari Tahun 1 hingga
6. Tahun 2021 seramai 7 orang murid telah dikenalpasti untuk program
RMT.
2. AJK RMT sentiasa mengawasi murid semasa makan dan mencatat
kehadiran murid dalam jadual kedatangan yang disediakan.
3. Sentiasa menilai dan memerhati tentang mutu makanan yang disediakan.
4. Menyediakan laporan tahunan RMT untuk dihantar ke PPD/ JPN.
5. Program susu diteruskan untuk tahun 2021.

Makluman

3 HAL-HAL LAIN

3.1 Anggaran enrolmen murid Tahun 2021 seramai 690 termasuk prasekolah.

3.2 Pengurusan hari pertama persekolahan Unit HEM mengadakan Program


Guru Penyayang.

3.3 Taklimat Ibu bapa dan Penjaga bagi murid prasekolah dan Tahun 1 akan
diadakan tetapi bergantung pada kesesuaian situasi semasa dan mendapat
kebenaran dari pihak PPD.

3.4 Taklimat berkenaan dengan Program Transisi Tahun 1 dan Guru


Penyayang
akan disampaikan oleh Cikgu Hajah Jamyah binti Jamaludin secara atas
talian.

3.5 Jawatankuasa Pasca Covid-19 akan dikemaskini dan gerak kerja akan
dilaksanakan sebelum sekolah dibuka.

3.6 Penyelaras dan setiausaha memainkan peranan penting dalam menaikkan


KPI dan pembangunan sekolah serta kemenjadian murid.

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

Disediakan oleh :
Normalina Binti Abdul Rahman
Setiausaha
Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
SK Bandar Penawar.

19 Januari 2021

You might also like