You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU

JALAN BERJAYA, 14000 BUKIT MERTAJAM,


SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
Tel: 04-5393623 / Fax : 5385794 E-MEL :pbb0021@jpnpp.edu.my

SEKOLAH TRANSFORMASI KOHORT 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1/2021


SK KAMPUNG BARU

TARIKH : 08 FEBRUARI 2021 (ISNIN)


MASA : 2.30 PETANG – 3.30 PETANG
TEMPAT: RUMAH MASING-MASING

KEHADIRAN :

Hadir
Pn. Norfaizah bt Abdullah Guru Besar
En. Mohd Kassim bin Kordi PK Pentadbiran
Pn. Sari Nurulrita bt Md Daud Ketua Panitia(Pengerusi)
Pn. Shafiza bt Idrus Setiausaha
Pn. Punitha a/p Vadeveloo Ajk
Pn. Zainab bt Idris Ajk

AGENDA

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn. Sari Nurulrita bt Md Daud selaku pengerusi mengucapkan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam mesyuarat yang pertama untuk
tahun 2021.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang tahun 2020 dan mengucapkan tahniah kepada semua guru
Pendidikan Moral kerana memberikan komitmen dan sangat komited dalam
menjalankan tugas walaupun pengajaran dijalankan secara online.
1.3 PdP adalah co-business kita , oleh itu guru-guru haruslah berusaha untuk
meningkatkan PdP supaya pencapaian pelajar meningkat.
Tindakan : makluman

2.0 UCAPAN ALUAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar, Pn. Norfaizah bt Abdullah mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Moral kali
pertama bagi sesi 2021. Beliau berharap semua guru meneruskan
komitmen dan memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan
aktiviti yang dirancang bagi 2021.
2.2. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana komitmen dan
sangat komited dalam memastikan murid-murid SK Kampung Baru dapat
terus belajar dalam norma baru walaupun secara online. Beliau juga berharap
semua guru dapat meneruskan dan meningkatkan kerjasama antara guru
agar guru membantu bersama-sama untuk meningkatkan prestasi murid-
murid dalam subjek Pendidikan Moral.
2.3 Guru Besar meminta semua guru agar mengambil maklum dan tindakan segera
di atas segala perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Kurikulum
Sekolah yang lalu.

Tindakan : makluman
3.0 PENGESAHAN MINIT

3.1 Tiada

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5.0 SUKATAN PELAJARAN, DSKP 2021 Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0

5.1 Semua guru diminta untuk merujuk Sukatan Pelajaran dan DSKP yang
terkini sebelum merancang Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan
Rancangan Pelajaran Harian. Kedua-dua dokumen tersebut boleh
dimuat turun dari laman sesawang BPK.

5.2 Pandermik Covid-19 masih belum reda dan semua aktiviti PdPc ditangguhkan
dan diganti dengan aktiviti PdPr. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan (KPM) telah menjajarkan kandungan semua mata
pelajaran ,KSPK dan KSSM di dalam Dokumen Penjajaran
Kurikulum
2.0 yang menyediakan panduan dan maklumat kepada guru untuk merancang
pelaksanaan PdPr yang bersesuaian dengan keperluan semasa mata
pelajaran.

5.3 Semua guru diminta untuk memuat turun Dokumen Penjajaran kurikulum 2.0
mengikut keperluan mata pelajaran masing-masing.

Tindakan : makluman semua guru

6.0 e-RPH TAHUN 2021


6.1 Ustaz Kassim selaku PKP memaklumkan mulai tahun 2021 semua sekolah di
PulauPinang disarankan menggunakan e-RPH bagi menggantikan RPH yang
biasanya ditulis di dalam buku BRM.

6.2 Semua guru telah diberi taklimat tentang pengoperasian e-RPH ini oleh Cikgu
Zulhilmi pada 22 Disember 2021.
Laman sesawang yang diguna pakai ialah:- https://www.eprema.com.my/sk

6.3 Bagi memudahkan guru-guru membuat e-RPH, guru-guru disarankan untuk


memuat naik RPT masing-masing.

6.4 eRPH mesti dihantar setiap hari Jumaat kepada Pentadbir untuk disemak.

Tindakan : makluman semua guru

7.0 RPT Dan RPH 2021

7.1 Semua guru perlu menyediakan RPT dan RPH seperti yang termaktub dalam
Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1999.

7.2 RPT dan RPH perlulah mengikut format yang telah ditetapkan dan mestilah
selaras dengan kehendak kurikulum semasa iaitu kurikulum KSSR dan
berpandukan kepada Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0.

Tindakan : makluman semua guru

8.0 Pelaporan PdPr 2021

8.1 Semua guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
sepanjang tempoh PdPr dilaksanakan. Rancangan pengajaran harian guru
semasa Pdpr dibuat dalam eRPH.

8.2 Guru-guru juga perlu melaporkan semua aktiviti PdPr yang dilaksanakan di
laman sesawang:- http://gg.gg/pdprpenang2021.

Tindakan : makluman semua guru

9.0 Post Mortem dan Laporan Aktiviti Panitia Tahun 2020

9.1 Panitia Pendidikan Moral SK Kampung Baru telah merancang beberapa aktiviti
dan program untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2020 tetapi
disebabkan Pandemik Covid-19, beberapa aktiviti tersebut terpaksa ditangguhkan.

9.2 Aktiviti yang dapat dijalankan adalah Program Kolaboratif Panitia Pendidikan
Moral dan Panitia Pendidikan Islamyang dijalankan pada 6 November 2020.
Program yang dilaksanakan dilakukan di dalam kelas dan mengikut SOP yang
ditetapkan.

10.0 Perancangan Aktiviti Panitia Pendidikan Moral 2021


10.1 Panitia Pendidikan Moral SK Kampung Baru telah berbincang dan memutuskan
untuk meneruskan pelaksanaan beberapa aktiviti panitia yang terpaksa
ditangguhkan pada tahun 2020.

PEGAWAI
BIL. AKTIVITI
BERTANGGUNGJAWAB
01.  Mesyuarat Panitia Ketua Panitia
Semua Guru Pendidikan Moral

02.  Program Kerohanian Sahsiah Ketua Panitia


Murid
Semua Guru Pendidikan Moral

03  Pertandingan menghasilkan Ketua Panitia


Buku Besar
Semua Guru Pendidikan Moral

04.  Pertandingan membuat folio Ketua Panitia


Projek Pokok Nilai Murni
Semua Guru Pendidikan Moral

10.2 Pelaksanaan aktiviti panitia ini adalah berdasarkan kepada situasi semasa dan
tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan
MKN.

Tindakan : makluman

11.0 Prosedur Pembelian Dan Pengurusan Stok Panitia 2021

11.1 Ketua Panitia menjelaskan peruntukan kewangan untuk tahun 2021 masih belum
lagi diketahui dan akan dimaklumkan oleh Pn. Maidah kemudian nanti.

11.2 Pn. Sari meminta guru pendidikan moral memberikan cadangan mengenai
barangan dan alatan yang akan dibelanjakan menggunakan peruntukan
panitia.

11.3 Berdasarkan kepada kehendak kurikulum dan keperluan semasa murid, pihak
panitia telah memutuskan untuk membeli beberapa bahan BBM berikut :-

11.3.1 Kertas warna


11.3.2 plastik laminate
11.3.3 Kertas A4

Tindakan : makluman
12.0 Hal-hal lain

12.1 Tiada

13.0 Penangguhan Mesyuarat

13.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Di semak oleh:

….…………………………. …………………………………….
(SHAFIZA BT. IDRUS) (SARI NURULRITA BT MD DAUD)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia P. moral, Panitia P. moral,
SK Kampung Baru SK Kampung Baru.

You might also like