You are on page 1of 4

Sekolah Kebangsaan St Anthony

MINIT MESYUARAT

SK .........................................................

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 4 /TAHUN 2019

Tarikh : 24 OKTOBER 2019

Masa : 2:00 Petang

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : ......................................................

Kehadiran : 21 / 21 Orang

Tidak Hadir :-

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua
guru untuk mesyuarat HEM Bil 4 / 2019
1.2 Pengerusi berharap semua guru menyediakan laporan setiap aktiviti unit HEM
kepada setiausaha untuk dimasukkan ke dalam fail induk.
1.3 Pengerusi juga memohon agar unit kecil HEM meneruskan aktiviti yang belum
dilaksanakan mengikut takwim perancangan sekolah.
Tindakan : Semua guru

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2019

2.1 Mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh …………………… dan disokong oleh
…………………………………………
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Bilangan keluarga murid adalah seramai 172 keluarga daripada 203 orang murid.
3.2 Latihan kebakaran siri kedua tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca jerebu.

1
Sekolah Kebangsaan St Anthony

4.0 LAPORAN AKTIVITI UNIT HEM 2019

4.1 LAPORAN BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS

4.1.1 Tiada kes disiplin berat dilaporkan sepanjang tahun 2019.


4.1.2 Pengerusi memohon agar Unit Pengawas sekolah dapat menyenaraikan
senarai nama murid yang akan dilantik sebagai pengawas sekolah untuk
tahun 2020 pada awal November.
4.1.3 Surat lantikan dan persetujuan ibu bapa perlu diserahkan sebelum cuti
sekolah bagi memudahkan ibu bapa membeli kelengkapan yang diperlukan.
4.1.4 Setiap pengawas sekolah perlu ada buku panduan tugas bagi memudahkan
pengawas untuk menjalankan tugas.
4.1.5 Pengerusi memohon guru disiplin untuk mengemaskini SSDM bagi tahun
2019.
Tindakan: Guru Disiplin dan Pegawas

4.2 LAPORAN UNIT KAUNSELING

4.2.1 Program guru penyayang berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.2.2 Program mentor mentee telah dapat dijalankan sebanyak 11 kali mengikut
jadual minggu ke 3 setiap bulan. Buku laporan telah dikemaskni oleh semua
mentor dan akan diserahkan untuk semakan sebelum cuti sekolah.
4.2.3 Pengerusi mengingatkan agar semua guru yang bertugas semasa program
guru penyayang perlu berada di pintu pagar mengikut waktu yang telah
ditetapkan.
Tindakan: Semua guru

4.3 LAPORAN UNIT BANTUAN SEKOLAH

4.3.1 Borang bantuan PB1 dan PB2 telah diedarkan kepada semua murid. Mohon
bantuan semua guru kelas untuk mengemaskini maklumat murid dalam
APDM, terutamanya pada bahagian pendapatan penjaga dan tanggungan.
4.3.2 Guru kelas juga diminta agar menyemak borang yang diterima, lengkap dan
disertakan dengan lampiran maklumat yang dikehendaki dan disahkan.
4.3.3 Pengerusi berharap tiada murid layak mendapat bantuan tercicir.
4.3.4 Bilangan murid RMT bagi tahun 2019 adalah seramai 35 orang.
4.3.5 Pengagihan makanan kepada murid RMT adalah mengikut kriteria dan
arahan surat pekeliling dari masa ke semasa.
4.3.6 Semua maklumat berkaitan RMT telah dikemaskini dan direkodkan di dalam
fail yang disediakan.
4.3.7 Maklumat terkini, bagi tahun 2020 Program Sarapan Pagi (PSP) untuk
semua murid. Program Sarapan Pagi akan dijalankan pada jam 7.20 setiap
hari dijangkakan akan bermula pada tahun hadapan.
4.3.8 Tindakan AJK:
i. Berbincang untuk memilih set menu yang dicadangkan.
ii. Memilih tempat yang sesuai untuk dijalankan program.
iii. Mencadangkan aktiviti-aktiviti nilai-nilai murni yang sesuai untuk
diterapkan kepada murid semasa program berjalan.

Tindakan : Guru Penyelaras Bantuan dan guru kelas

2
Sekolah Kebangsaan St Anthony

4.4 LAPORAN SPBT

4.4.1 Semua murid menerima buku SPBT bagi tehun 2019.


4.4.2 Bekalan buku untuk tahun 2020 masih belum diterima untuk murid tahun 4.
Penyelaras SPBT telah memohon buku dari bilik BOSD untuk murid tahun 6
yang bertambah bilangan bagi tahun 2020.
4.4.3 Jadual pemulangan dan pemberian buku SPBT ( rujuk lampiran surat)
4.4.4 Semua murid akan dibekalkan dengan Surat Akuan Pemulangan Buku Teks
2019 yang perlu disertakan bersama-sama buku teks yang akan
dipulangkan kepada guru kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.4.5 Tindakan guru kelas:
I. Menyemak buku teks dalam keadaan baik dan berbalut.
II. Jika buku hilang atau rosak, pelajar perlu menggantikan dengan buku
yang baharu atau wang mengikut harga buku.
III. Buku perlu diikat dan disusun di dalam kelas untuk diserahkan kepada
murid tahun berikutnya.
Iv Melengkapkan borang G dan menyerahkan kembali kepada guru
penyeralaras SPBT.

Tindakan: Penyelaras SPBT dan guru kelas

4.5 LAPORAN KANTIN

4.5.1 Proses baik pulih kantin telah selesai dan lebih selesa untuk murid dan
guru.
4.5.2 Ruang makan guru juga telah semakin ceria.
4.5.3 Tindakan AJK :
I. perlu membuat survey jumlah wang yang dibawa oleh murid dan makan
yang hendak dimakan oleh murid dikantin.
Ii. Program keceriaan kantin
Iii.Program Inovasi kantin

Tindakan : AJK Kantin

5.0 KELAS TAHUN 2020

5.1 Kelas pada aras 1 - 1 Perkasa dan 2 Perkasa


5.2 Kelas pada aras 2 - 6 Perkasa, 6 Wawasan, 5 Perkasa, 4 Perkasa dan 3 Perkasa.
5.3 Kelas 5 Wawasan akan dikosong untuk kegunaan kelas Pendidikan Moral.
5.4 Program naik kelas akan dilaksanakan pada 20 November 2019 selepas rehat, guru
ikut murid.

Tindakan : guru kelas

6.0 PROGRAM ORENTASI TAHUN 1 / 2020

6.1 Pengerusi memohon agar penyelaras dapat menyediakan borang-borang berkaitan


sebelum 15 November 2019. Semua borang-borang ini disediakan dalam bentuk
booklet dan diletakkan di pejabat sekolah.
6.2 Booklet ini akan diberi kepada ibu bapa semasa cuti sekolah untuk dilengkapkan
dan diserahkan kembali semasa hari orentasi iaitu pada 31 Disember 2019.

3
Sekolah Kebangsaan St Anthony

Tindakan : Penyelaras Orentasi Tahun 1

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Semua fail-fail HEM perlu dikemaskini dan diserahkan kepada HEM sebelum cuti
sekolah.
7.2 Laporan setiap aktiviti perlu dihantar sebelum 8 November 2019.

Tindakan : Semua guru

PENUTUP
a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

Disahkan oleh:

…………………………………

You might also like