You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYOH

24210, KEMASEK, KEMAMAN


TERENGGANU DARUL IMAN Tel : 09-8881342/1340
No. Faks : 09-8881341
______
______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-6 / 2018

Tarikh : 14 November 2018


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat An-Nur SK Payoh

Kehadiran :
1. Cikgu Hjh. Wan Akma binti Wan Yusof (Guru Besar)
2. Cikgu Hjh Fatimah binti Embong (GPK Pentadbiran)
3. Cikgu Asmawi Bin Abu Bakar (GPK HEM)
4. Cikgu Huslisham bin Che Hussin (GPK Kokurikulum)
5. Ustaz Haji Ahmad Shukri bin Abdul Kadir
6. Cikgu Che Wan Aizan binti Che Wan Azmi
7. Cikgu Mohd Khairil bin Daud
8. Cikgu Noraini binti Ismail
9. Cikgu Norazni binti Haji Ali
10. Cikgu Norhafidah binti Hanapiah
11. Cikgu Nur Syamshaera binti Mustapar
12. Ustazah Noorliza binti Abdul Rahman
13. Cikgu Ramona binti Mohamad
14. Ustazah Siti Mastura binti Mat Husin
15. Cikgu Siti Sarah binti Sekeri
16. Ustazah Siti Zuraida binti Ahmad Yusoff
17. Cikgu Suryati binti Abdul Latiff
18. Cikgu Suzana binti Yusof
19. Ustazah Suliana binti Jaafar
20. Cikgu Syahidah Binti Mohd Shah
Tidak hadir :

1. Ustazah Rohani binti Jusoh (Kursus bimbingan dan kaunseling)


2. Cikgu Rosnani binti Ismail (Kursus)
3. Cikgu Siti Aishah binti Ramli (Sakit)
4. Cikgu Nor Aswa binti Mustafar (Cuti Bersalin)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al – Fatihah dan bacaan doa.


1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat guru ini merupakan
mesyuarat guru yang terakhir bagi tahun 2018.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Pengesahan minit nesyuarat lalu dicadangkan oleh Cikgu Norhafidah binti


Hanafiah dan disokong oleh Cikgu Suryati binti Abdul Latiff.

3. Ucapan Guru Besar

3.1 Guru Besar mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua guru
yang hadir pada mesyuarat kali ini.
3.2 Guru besar memaklumkan bahawa penggunaan panggilan guru
dikuatkuasakan pada tahun 2019 bagi menggantikan penggilan tuan atau
puan bagi guru.
3.3 Semua warga SK Payoh telah mencapai LADAP 100%.
3.4 Key in markah untuk LINUS telah pun dikunci.
3,5 E- operasi.Semua guru dikehendaki mengemaskini data dalam E-operasi.
Contohnya seperti berlaku penambahan ahli keluarga, kenaikan pangkat
dalam perkhidmatan dan naik gred sekiranya ada berlaku perubahan.
Tindakan : semua guru

3.6 Keputusan peperiksaan UPSR 2018 Belum ada maklumat rasmi yang
menyatakan tarikh keputusan peperiksaan UPSR 2018 dikeluarkan. Pada
22 November 2018, jangkaan tiada upacara rasmi dan penghargaan
kepada murid yang terlibat.
Tindakan : makluman

3.7 SAPS telah selesai dikunci markah murid dan guru boleh mencetak dan
membuat analisis bagi mata pelajaran yang diajar untuk disimpan di
dalam fail panitia.
3.8 PBS. Setiap guru boleh melaksanakan PBS dan mencetak untuk disimpan
dalam fail panitia.
Tindakan : semua guru

3.9 Fail panitia perlu disiapkan mengikut maklumat yang telah diberikan.
Tindakan : semua guru

3.10 Borang senarai semak penyempurnaan tugas pada akhir tahun 2018 akan
diberikan kepada semua guru dan segala dokumen hak milik kerajaan
perlu diserahkan kepada pihak sekolah.
Tindakan : makluman

4. Ucapan GPK Pentadbiran

4.1 Penggunaan rasmi ucapan cikgu dalam apa-apa majlis rasmi akan
bermula.
Tindakan : makluman

4.2 GPK Pentadbiran mengucapkan tahniah kepada Cikgu Norhafidah di atas


kelulusan pertukarannya ke Selangor dan mengucapkan terima kasih di
atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat di SK Payoh.
4.3 Ucapan terima kasih kepada Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia untuk
pencerapan fail bersama GPK Pentadbiran.
Tindakan : semua guru

4.4 Keputusan UPSR 2018 akan dicetak oleh pihak sekolah dan juga borang
kemenjadian murid dan juga sijil psikometrik.
Tindakan : makluman

4.5 Tarikh terakhir penyerahan borang senarai semak penyempurnaan tugas


pada akhir tahun 2018 ialah pada 22 November 2018 (Khamis)
Tindakan : makluman

4.6 Tarikh – tarikh penting:


a. 14 November 2018 – Mesyuarat guru kali ke-6 / 2018
b. 15 November 2018 – Majlis Anugerah Cemerlang
c. 19 November 2018 – Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
d. 22 November 2018 – Keputusan UPSR / Majlis temu murni kali kedua
e. 26 Disember 2018 – Mesyuarat guru kali 1/2019
f. 27 Disember 2018 – Mesyuarat JKS / Mesyuarat HEM dan kokurikulum
g. 02 Januari 2019 – Mesyuarat Panitia BM/BI/BA/PAI
h. 03 Januari 2019 – Mesyuarat Panitia MT/SN/Sejarah
i. 06 Januari 2019 – Mesyuarat Panitia TMK/RBT/PSK/PJK
Tindakan : makluman
5. Ucapan GPK HEM

5.1 Makluman dan tindakan guru kelas


Buku kehadiran murid hendaklah dihantar. Nama murid di bahagian
belakang buku perlu ditanda tangan kerana buku kehadiran merupakan
bahan yang akan diaudit.
Meja dan kerusi perlu disusun semula, bahan PdPc perlu dicabut dan
papan kenyataan perlu dibiarkan kosong bagi segi persekolahan 2019.
5.2 Senarai murid yang tidak bayar yuran pada tahun 2018 akan diambil
tindakan.
Tindakan : guru kelas

5.3 Buku teks akan diberikan pada awal persekolahan 2019.


Tindakan : guru SPBT

5.4 Senarai penerima RMT juga telah selesai.


Tindakan : guru bertugas

5.5 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru, kepada Cikgu
Norhafidah dan untuk unit disiplin.
Tindakan : makluman

6. Ucapan PK Kokurikulum

6.1 Mantan GPK Kokurikulum, Cikgu Azleeyanti mengucapkan terima kasih


kepada semua guru. Terima kasih juga bagi program merentas desa.
6.2 PK Kokurikulum yang baru juga turut mengucapkan terima kasih kepada
pihak sekolah.
Tindakan : makluman
7. Hal – Hal lain

7.1 Cikgu Siti Sarah memaklumkan bahawa bilik RBT perlu penyelenggaran
akibat tiada elektrik.
Tindakan : makluman

7.2 Cikgu Hafizi, penyelia sukan PPD Kemaman akan merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang
Tindakan : makluman

7.3 Yuran KAFA perlu dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran.


Tindakan : makluman

7.4 Cikgu Norhafidah memaklumkan beberapa perkara :


Buku rekod nilam tidak boleh dibeli dengan pembekal luar.
Bagi guru yang mengambil alih PSS, buku stok yang lengkap adalah pada
tahun 2015, 2016, 2017, 2018
Terdapat surat lantikan baru bahawa GPM boleh dapat 8 – 12 waktu
mengajar.
Penyelenggaran aircond dan wiring.
Tindakan : semua guru dan pentadbir

7.5 LINUS. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru pemulihan


Tahun 3 – 100% linus BM dan BI
Tindakan : makluman

7.6 Cikgu KHairil memaklumkan bahawa untuk SAPS, guru kelas akan
mencetak slip dan semasa hari temu murni, guru kelas mesti bersedia
dengan penjaga, sekolah tidak berikan slip yang besar kepada murid,
namun sekolah hanya menyediakan dan memberi slip peperiksaan
sahaja.
Tindakan : semua guru dan pentadbir

7.7 Guru besar memaklumkan berkenaan dengan MY PORTFOLIO perlu


diselesaikan sebelum 29 November 2019.
Tindakan : makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dan disudahi dengan


surah Al – Asr’.

Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh :

…………………………….. ………………………………………..
(SITI SARAH BINTI SEKERI) (HAJAH FATIMAH BINTI EMBONG)
Guru Bertugas Mingguan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Payoh SK Payoh

You might also like