You are on page 1of 2

Pada 27 Januari 2014 bersamaan dengan hari Isnin merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke SK Pedas.

Hari ini bermulalah tanggungjawab untuk saya menjalani praktikum 3 selama tiga bulan bermula dari 27 Januari 2014 hingga 25 April 2014. Pada semester ini saya akan mengajar subjek major iaitu Sains dan subjek elektif iaitu Bahasa Inggeris Setelah melaporkan diri, saya dimaklumkan supaya turun ke tapak perhimpunan bagi perhimpunan rasmi hari Isnin. Selesai perhimpunan, saya dan rakan praktikum lain diberi taklimat oleh guru besar SK Pedas iaitu Encik Razali bin Yassin. Pada hari pertama, saya hanya melihat persekitaran sekolah di samping merancang untuk menyiapkan tugasan semasa praktikum. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan guru-guru di sini untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Secara tidak langsung saya mengetahui serba sedikit tentang pengurusan sekolah dan murid-murid di sini. Saya telah mendapat 12 waktu mengajar iaitu 8 waktu mengajar Sains bagi tahun 4 dan 4 waktu mengajar Bahasa Inggeris bagi tahun 5. Saya berharap agar sepanjang saya melaksanakan praktikum, saya dapat dan menggunakan peluang yang ada untuk menjadi guru yang inovatif, kreatif dan yang paling penting ilmu yang hendak disampaikan tidak hanya

diaplikasikan dalam kelas sahaja.

You might also like