You are on page 1of 7

Minit mesyuarat sksk 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS,


PETI SURAT 66, 91207 KUNAK, SABAH.
E-mail: xba3209@gmail.com

Rujukan : XBA 3209/100-01/1/7


Tarikh :

MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN AWAL TAHUN 2018


SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS, KUNAK.

Tarikh : 24hb. Nov, 2017 ( Selasa )


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kelas Tahun 4 SK Skim Kokos, Kunak

Kehadiran :

01. Cik Mahani binti Haji Mickley ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran )
02. Encik Azlan bin Isnirul ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
03. Ros Midar binti Che Kar ( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
04. Puan Sadarisman binti Sabur ( Guru Penolong )
05. Puan Norlina binti Mat Ali ( Guru Penolong )
06. Puan. Norlilah binti Dasmon ( Guru Penolong )
07. Puan. Halizah binti Adap ( Guru Penolong )
08. Encik Sahril bin Saburahim ( Guru Penolong )
09. Puan Almasriyah binti Saidal ( Guru Penolong )
10. Puan Nursita binti Oltis ( AKP )
11. Puan Zaleha binti Lastam ( Guru Penolong )
12. Puan Wanaliza binti Zakan ( Guru Penolong )
13. Puan Asniah binti Imam ( Pembantu Pra Sekolah )

Tidak Hadir :

01. Puan Nor Hayati binti Dawood ( Guru Besar )


02. Cik Azila binti Muhamad ( Guru Penolong )
03. Encik Said Bin Saidal ( Tiada Makluman )

Agenda :
Minit mesyuarat sksk 2

3.1 Ucapan Aluan dan Perutusan Pengerusi


3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Persediaan Sesi Persekolahan 2018
3.5 Pengurusan Kurikulum
3.6 Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.7 Pengurusan KoKurikulum
3.8 Hal-hal Lain

01. Ucapan Aluan dan Perutusan Pengerusi


Minit mesyuarat sksk 3

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Cik Mahani selaku pengerusi
mengucapkan salam keagamaan, Salam Satu Malaysia, Salam PPD Kunak Terus
Unngul di Negeri Sabah, Salam Aspirasi SK Skim Kokos Bertekad Gemilang
kepada semua guru yang hadir.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa kerjasama penting dalam meningkatkan
kecemerlangan di samping dapat mencapai matlamat dan kesepakatan..
1.3 Beliau kemudian menyampaian beberapa perutusan KPPD semasa menghadiri
Mesyuarat d Pejabat Pendidikan pada 28.12.2017. Antaranya:
1.3.1.Keputusan UPSR. Daerah Kunak berada di tempat 9 daripada 24 daerah
dengan 4 orang murid mendapat 6A.
1.3.2 Pelaksanaan e-rph diwajibkan walaupun masih menunggu surat arahan.
1.3.3 Kenalpasti masalah dan membuat penambahbaikan di dalam Peperiksaan
Percubaan UPSR.
1.3.4 Cuti PGB
1.3.5 E-RPH Perintis
1.3.6 Menggunakan sebaik-baiknya peruntukan kewangan tanpa baki.
1.3.7 Pentadbir perlu peka terhadap Takwim PPD.
1.3.8 Tidak ada pengasingan mengikut prestasi semasa penempatan murid.
1.3.9 Kehadiran online hendaklah melebihi 98%.
1.3.10 Bekalan Buku teks telah dihantar ke sekolah-sekolah. Tarikh akhir adalah
pada 30.12.2017.
1.3.11 4 orang daripada 57 permohonan tidak layak mendapat KWAP.
1.3.12 Maklumat Penataran perlu dilengkapkan.
1.3.13 ABM Perjawatan perlu di pamerkan.
1.3.14 Perabot sekolah perlu direkod dan dihantar ke PPD.
1.3.15 Perutusan Tahun Baharu akan disampaikan oleh Pegawai Unggul pada
08.01.2018.

Tindakan : Makluman

02. Pengesahan Minit Mesyuarat Akhir Tahun / 2017


Minit mesyuarat sksk 4

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat tersebut.

2.1 Dicadangkan oleh : Encik Mohd Azlan bin Isnirul


2.2 Disokong oleh : Puan Norlilah Binti Dasmon

03. Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat menghadirkan diri semasa bertugas pada cuti
hujung tahun.
3.2 Para 8.3 Akhir Tahun / 2017: Hal-hal Lain
3.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari
Apresiasi Tahun 6 dan Menandatangani Rekod pada minggu pertama
persekolahan iaitu pada hari Sabtu, 06 Jan 2017.
3.2.3 Mesyuarat AJK akan di tentukan selepas ini.
3.3 Para 8.8 Akhir Tahun / 2017: Hal-hal Lain
3.3.1Setakat ini dua orang guru telah menghantar laporan iaitu Pn. Zaleha dan
Ustazah Norlina.
3.3.2 Pengerusi berharap kerjasama semua guru untuk menghantar laporan
semasa sesi persekolahan dibuka.
3.4 Para 8.10 Akhir Tahun / 2017: Hal-hal Lain
Pengerusi menjelaskan bahawa pengurusan akan lebih sistematik berdasarkan
keadaan sekolah.

Tindakan : Makluman

04. Persediaan Sesi Persekolahan 2018

4.1 Pengerusi membentangkan Instrumen PSP


4.1.1 Dimensi 1 – Rujuk Lampiran
4.1.2 Dimensi 2 – Kerusi dan meja. Cukup dan mencukupi untuk Tahun 2018
walaupun dalam keadaan uzur. Kerusi dan meja baru masing-masing 40 buah.
4.1.3 Kebersihan sekolah dalam keadan bersih dan ceria.
4.1.4 Kebolehgunaan Bilik
4.1.5 Pengurusan Sumber Manusia
4.1.6
4.1.7 Buku Teks – Tahun 2 dan Tahun 3 masih tidak mencukupi.
4.1.8
4.1.9 Isu dan masalah.
- Permohonan Pertukaran AKP
Minit mesyuarat sksk 5

- Lawatan Pegawai Unggul mendapati bahawa semua kelas dan kawasan


persekitaran telah dipersiapkan untuk sesi persekolahan 2018.

Tindakan : Makluman / Semua Guru

05. Pengurusan Kurikulum oleh Cik Mahani binti Hj. Mickley.

5.1 Tidak banyak perubahan untuk bahagian pengurusan kurikulum.


5.2 Beliau memaklumkan bahawa Ketua Panitia adalah Penyelaras Nota Minta.
5.3 Pelaksanaan PBPKBM akan diadakan pada 2018.
5.4 Guru-guru kelas masih kekal.
5.5 Jadual Waktu Persendirian akan di serahkan selepas ini.
5.6 Jadual guru ganti untuk Pra Sekolah akan dibuat kerana guru pra sekolah telah
berpindah dan belum ada guru pengganti.
5.6.1 Puan Almasriyah memberikan respon tentang data pemulihan iaitu seorang
murid Tahun 2 dan seorang murid Tahun 3.
5.6.2 Sistem penggiliran akan diadakan untuk hari Isnin, Selasa dan Rabu untuk
guru-guru dan beliau akan berada di Pra Sekolah pada hari Khamis dan Jumaat.

5.6.3 Jadual waktu guru yang melebihi 30 masa akan dikecualikan.


5.6.4.Pn Asniah memaklumkan bahawa beliau akan membantu dengan membuat
salinan bahan bantu mengajar sebelum guru datang mengganti kelas

Tindakan : Makluman / Semua Guru yang terlibat

06. Pengurusan HEM oleh Pn. Ros Midar Che Kar

6.1 Beliau mengucapkan salam keagamaan untuk semua yang hadir.


6.2 Ucapan terima kasih di atas kerjasama semua guru semasa semua program dijalankan.
Beberapa program yang tidak dapat dilaksanakan akan dilaksanakan pada tahun 2018.
6.3 Terdapat sedikit sahaja perubahan dalam lantikan AJK.
6.4 Semua kelas telah dicat.
6.5 Beliau berharap agar guru-guru kelas telah menyediakan beberapa perkara asas
seperti Jadual Waktu Kelas, Jadual Bertugas dan Sudut-sudut Kelas.
6.6 Beliau memaklumkan bahawa murid-murid pra sekolah akan memakai baju putih
berkolar dan seluar biru gelap, lencana atas poket untuk lelaki, dan tanda nama 2cm dari
lencana pada tudung untuk murid perempuan bermula pada Tahun 2018.
Minit mesyuarat sksk 6

6.7 Murid pra sekolah pada Tahun 2018 adalah seramai 25 orang.
6.8 Semua kelas Tahap 2 dalam keadaan baik dan beliau meminta kerjasam En Jasman
untuk mengecat kelas Tahap 1 selepas ini.
6.9 Beliau juga menjelaskan bahawa semua langsir kelas hendaklah di jahit separuh
daripada tingkap kelas.

06. Pengurusan Ko-Kurikulum oleh Encik Azlan bin Isnirul

6.1 Encik Azlan mengucapkan salam kepada semua yang hadir.


6.2 Pembentangan Carta Organisasi Ko Kurikulum.
6.3 Rujuk Lampiran.
6.4 Encik Azlan memaklumkan bahawa perjumpaan akan diadakan bermula pada
Rabu, 17.01.2018 iaitu pada minggu ketiga.
6.4 Beliau berharap guru-guru penasihat akan menulis aktiviti KBAT di dalam fail
yang disediakan.
6.5 Bengkel penerapan KBAT akan diadakan untuk semua guru penyelaras.

Tindakan : Makluman / Guru Penyelaras

07. Hal-hal Lain

7.1 E-RPH
7.1.1 Encik Azlan akan menyediakan templet untuk diisi oleh guru-guru.
7.1.2 Beliau juga akan mengadakan Bengkel E-RPH dengan kerjasama Guru ICT
secepat mungkin.
7.1.3 Beliau berharap bengkel tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
7.2 SPBT
7.2.1 Ustazah Norlina memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima buku
teks untuk Tahun 2. Sekiranya buku tersebut sampai seperti dimaklumkan, ianya
akan memerlukan masa untuk pengurusan.
7.2.2 Oleh itu, buat masa ini buku lama masih digunakan.

7.3 Bahan Transisi


7.3.1 Telah dihantar dan diemel kepada
Minit mesyuarat sksk 7

7.4 Jawatankuasa Pengurusan Kualiti


7.4.1 Puan Nursita Oltis telah membentangkan Jawatankuasa Pengurusan Kualiti
dengan penambahbaikan dan perubahan perlantikan setiausaha setiap bahagian.
7.4.2 Rujuk Lampiran.
7.5 Menjalankan tugas Guru Besar
7.5.1 Pengerusi menjelaskan bahawa beliau sedang menunggu kelulusan daripada
Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjalankan tugas Guru Besar.
7.6 Takwim HEM
7.6.1 GPK HEM Pn Ros Midar Che Kar memohon maaf kerana tidak dapat
memperbanyakkan takwim HEM. Beliau akan memaklumkan sekiranya ada
perubahan.

Tindakan : Makluman dan tindakan guru terlibat

Penutup :

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi meluangkan masa
untuk hadir pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 0100 tengahari.

Pencatat dan Penyedia Minit, Disahkan Oleh,

(................................................) (...............................................)
HALIZAH BINTI ADAP Mahani Hj. Mickley
Setiausaha, GPK Pentadbiran,
SK Skim Kokos,Kunak. SK Skim Kokos, Kunak

You might also like