You are on page 1of 3

SEK JEN KEB ( TAMIL ) NIGEL GARDNER

45600 BESTARI JAYA , SELANGOR DARUL EHSAN.


BBD5055

Minit Mesyuarat Guru


Persediaan Awal
Bil 01/2021

Tarikh : 08.01.2021 (Jumaat)


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : 12/12
1. En. Damodaran A/L Perumal, A.M.N ( Guru Besar )
2. Pn. Vijiah a/p Rajoo ( Penolong Kanan Tadbir )
3. Pn. Anita a/p Uthamaputhiran ( GPK HEM )
4. En. Thayal a/l Munusamy (GPK KOKU)
5. Pn Anbuchelvi A/P Kannan
6. Cik Satya Vani a/p Bathumalai
7. Pn Salini a/p Krishnan
8. Pn Vasugi A/P Periasamy
9. Pn Panimalar A/P Darmalingam
10. Pn S. Vaisnavy sri
11. En Zakaria
12. En Verasenan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan kadavul vaalthu. Mengucapkan terima kasih
atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru yang kedua.
1.2 Pengerusi memperkenalkan diri beliau kepada semua guru.
1.3 Pengerusi amat mengharapkan guru-guru dapat memberikan komitmen
sepenuhnya untuk meningkatkan pencapaian murid.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lepas dan disokong oleh Pn
K.Anbuchelvi
Tindakan : Makluman

3.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

-Tiada-
4.0 PERKARA –PERKARA BERBANGKIT

Kurikulum

4.1 Fail Rancangan Harian Mengajar dan Rancangan Pangajaran Harian perlu
diserahkan pada 18.01.2021 kepada guru besar. Fail kulit tebal boleh diambil dari
pejabat.

4.2 Guru-guru pastikan kandungan dalam fail RPH lengkap sebelum hantar kepada
guru besar.

4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu dihantar kepada guru besar pada setiap hari
melalui telegram.
4.4 Guru-guru diminta agar mengisi pelaporan harian yang disediakan oleh JPS selepas
PDPR dilaksanakan pada setiap hari. Pelaporan Harian peringkat sekolah juga perlu
diisi oleh semua guru.

4.5 Guru kelas juga diminta mengemaskini group whatApps kelas masing-masing. Guru
kelasTahun 1 diminta membuka group WhatsApp baru.

Tindakan : semua guru


Hem

4.6 Guru Besar meminta kepada guru kelas agar keceriaan kelas perlu mengikut Abad
ke 21.
4.7 Semua kelas dan bilik-bilik khas disediakan mengikut SOP yang ditetapkan. Meja
dan kerusi perlu disusun mengikut penjarakan sosial yang ditetapkan.

4.8 Dengan sebulat suara mesyuarat mengambil keputusan agar semua murid sekolah
kecuali murid pra sekolah makan di dewan sekolah disebabkan ancaman monyet
di persekitaran sekolah demi menjaga keselamatan murid.

4.9 Pembekal kantin lama ditetapkan pada tahun ini juga. Keputusan diambil selepas
perbincangan di mesyuarat.

Tindakan : semua guru

5.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

5.1 Pengerusi meminta agar guru-guru menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan


mengikut Dokumen Penjajaran 2.0. Masa minimum yang perlu dipatuhi ialah 42
minggu.
5.2 Bagi pra sekolah dan tahun 1 pula guru-guru menggunakan DSKP lama untuk
merancang Rancangan Pengajaran Tahunan.
5.3 Program Transisi tahun 1 akan diadakan selama 43 hari. Penyelaras tahun 1 perlu
menyediakan kertas kerja dan jadual perlaksanaan Transisi Tahun 1. Gunakan kit
Transisi 2021 yang diberi oleh KPM.
5.4 Sekiranya murid lelaki berambut panjang, itu bukan kesalahan.Guru diminta jangan
ambil tindakan.

Tindakan : semua guru

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Semua fail panitia perlu dikemaskini oleh ketua panitia.


6.2 Perjumpaan Ibubapa murid tahun satu akan diberitahu.
6.3 Permohonan guru ganti perlu dibuat untuk mengantikan guru cuti bersalin.
6.4 Pemberian dan penghantaran buku teks akan diberitahu kemudian sekiranya
terima arahan daripada pihak atasan.

Tindakan : Makluman

6.0 PENUTUP

4.1 Pengerusi berharap agar segala perancangan akan berjalan dengan lancar untuk
mencapai KPI sekolah.
4.2 Pengerusi juga berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan
sokongan penuh dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.
4.3 Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.
4.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

You might also like