You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA HIP SJKT LADANG COALFIELDS


BIL. 1/2019
Tarikh : 12 April 2019 (Selasa)
Masa : 12 tengahari - 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 11 orang guru

1. Ucapan Aluan Tuan Pengetua


1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan
yang dapat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa HIP kali pertama bagi tahun 2019.
1.2 Beliau memperkenalkan program HIP kepada semua kakitangan sekolah.
1.3 Tuan Guru Besar meminta guru-guru dan staf untuk mengambil tahu akan program ini
kerana melibatkan semua pihak termasuk pihak kantin.
1.4 Beliau juga menyeru kepada semua guru dan staf agar bertindak mengikut arahan dan
masa semasa menjalankan tugas.
1.5 Tuan Guru Besar memberi peringatan kepada semua guru dan staf mengenai semua
program perlu direkodkan dan dibukukan dengan lengkap agar dijadikan bukti bukan
lisan.

Tindakan : Makluman Semua Guru dan Staf Sokongan


2. Cik. Tamil Arasi Subrayan
2.1. Pengenalan HIP
2.1.1Guru-guru diingatkan untuk ambil perhatian terhadap program HIP yang merupakan
cabang daripada program MBMMBI.
Tindakan : Semua Guru
2.2. Maklumat Pengurusan Sekolah
2.2.1 Guru-guru dimaklumkan bahawa 76 orang guru dan masih 4 kuota kekosongan guru
bagi tahun 2019.
Tindakan : Semua Guru
4.3 Takwim 2019
4.3.1. Guru-guru boleh merujuk Takwim 2019 bagi melancarkan proses PdP
sepanjang tahun agar tidak berlakunya percanggahan aktiviti.
4.3.2 Kontraktor pembersihan telah melakukan pembersihan semasa cuti sekolah.
Jawatankuasa Perabot Kelas juga perlu memastikan setiap murid akan dapat
kerusi dan meja yang mencukupi. Oleh itu, guru-guru perlu memantau kelas

1
masing-masing berkenaan dengan kebersihan dan kelengkapan kerusi dan meja
serta memaklumkan dengan segera kepada jawatankuasa yang berkenaan.
4.3.3 Tiada perubahan bagi pengelolaan majlis sekolah seperti yang telah
dibincangkan bersama dengan semua Ketua Jabatan bagi tahun 2016.
4.3.4 Bagi Jawatankuasa Majalah Sekolah, Cikgu Rajjemah diperlukan dalam
bahagian grafik, Cikgu Muhammad Badrul Hisham dan Cikgu Syaiful Amri
Jusof diletakkan dalam Jawatankuasa Fotografi. Selain itu, ahli Jawatankuasa
Fotografi perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Majalah Sekolah.
4.3.5 Setiausaha bagi Jawatankuasa Aset Sekolah ialah Encik Mohd. Ridzuan dan
dibantu Cikgu Ling Mee Jow dalam pengurusan aset sekolah.
4.3.6 Cikgu Mohd. Shukri diminta melihat cadangan yang sesuai dari pihak guru
bagi meningkatkan prestasi terutamanya Kelas Rancangan Khas. Guru-guru juga
diingatkan supaya murid-murid KRK ini harus memegang mana-mana jawatan
dalam sekolah agar murid mampu meningkatkan nilai kepimpinan diri masing-
masing.
4.3.7 Sebagai makluman, Cikgu Liew Yen Yiin telah melaksanakan Jawatankuasa
Kesihatan dan Kebersihan Murid dengan lebih awal semasa cuti akhir tahun yang
lepas dengan mengumpul keperluan seperti ubat-ubatan.
4.3.8 Cikgu Ranggie dilantik sebagai Penolong Ketua Guru Disiplin dan Cikgu Piry
Bunan dilantik sebagai guru disiplin yang baharu dalam Jawatankuasa Lembaga
Disiplin dan Sistem Merit Demerit. Selain itu, tugas guru disiplin dibahagikan
mengikut sebelum dan selepas rehat pada setiap hari persekolahan.
4.3.9 Cikgu Azizah masih dalam Jawatankuasa Biasiswa sehingga serah tugas
dimaklumkan kepada yang berkenaan disebabkan atas dasar keperluan dalam
jawatankuasa ini.
4.3.10 Semua guru tingkatan perlu mengenal pasti murid yang telah kehilangan ahli
keluarga terutamanya pada cuti akhir tahun yang lepas bagi mengelakkan
berlakunya keciciran maklumat dan maklumkan kepada Jawatankuasa Kebajikan
untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan : Makluman

4.4 Perancangan Strategik 2016

2
4.4.1. Guru-guru dimaklumkan tahun 2016 merupakan fasa kedua Pelan
Pembangunan Pendidikan. Oleh itu, guru-guru diminta untuk merancang pelan
dalam jawatankuasa masing-masing dan dihantar selepas cuti Tahun Baru Cina.
Tindakan : Semua Guru
4.5 e-Operasi
4.5.1 Guru-guru diingatkan untuk mengemaskini data peribadi dalam sistem
tersebut terutamanya guru yang sudah bertukar status supaya mengisi maklumat
peribadi pasangan masing-masing.
Tindakan : Makluman

3. Hal-hal lain
3.1. Jika guru-guru ingin menukar jawatankuasa, sila maklumkan dengan Tuan Pengetua
dan Puan Melin dengan segera untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan
kelancaran pelaksanaan tugas bagi tahun 2016.
Tindakan : Makluman

3.2. Tuan Pengetua juga berharap kerusi dan meja murid mencukupi dan lengkap bagi
memenuhi keperluan dan keselesaan semua pihak terutamanya dalam menjalankan
proses PdP di dalam kelas.
Tindakan : Makluman

4. Penutup
4.1. Tuan Pengetua meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap guru-guru dalam
melaksanakan tugas masing-masing dan mampu meningkatkan lagi prestasi pada
tahun ini.
4.2. Beliau juga berharap semua kakitangan menjalankan tugas dengan baik dan
mengikut masa yang telah ditetapkan.
3
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

(Elizabeth Enjop)
Setiausaha Mesyuarat Staf Sekolah
SMK Suai
Tarikh: 02/01/2016

You might also like