You are on page 1of 4

Charles Darwin, seorang ahli biologi dan geologi yang berasal dari Britain adalah nama yang

tidak boleh dipisahkan lagi daripada teori ini. Darwin sebenarnya bersama-sama Alfred Russel
Wallace telah mencetuskan kontroversi dalam dunia sains apabila mencadangkan prinsip Natural
Selection ataupun Pemilihan Semulajadi sebagai mekanisma utama dalam teori evolusi. Secara
ringkasnya, mengikut prinsip Pemilihan Semulajadi ini, semua hidupan, termasuk manusia,
tumbuhan, haiwan dan lain-lain berasal dari organisma unisel (single celled organism) yang
berevolusi secara kebetulan. Teori ini mempunyai akarnya daripada Teori Permulaan Hidupan
atau The Beginning of Life yang cuba merungkai persoalan kewujudan bahan asas kehidupan di
muka bumi ini iaitu air.

Faktor utama yang menyumbang kepada pencetusan teori pemilihan semulajadi


oleh Darwin ini ialah selepas cerapan yang dijalankan oleh beliau sendiri di Pulau
Galápagos di dalam pengembaraan H.M.S. Beagle dengan melihat burung-burung yang
memiliki jenis paruh yang berbeza-beza. Pada mulanya, Darwin menganggap bahawa
burung di Pulau Galápagos itu hanyalah jenis yang berbeza sahaja dari burung yang
dicerap di tempat lain, tapi tidak mengetahui bahawa ianya adalah spesies endemik
berbeza yang hanya terdapat di Pulau Galápagos. Setelah pulang dari pengembaraan
H.M.S Beagle, beliau telah menyerahkan spesimen burung-burung Pulau Galápagos
kepada John Gould yang merupakan pakar taksonomi burung, yang seterusnya
menyatakan bahawa burung-burung itu merupakan spesies endemik yang belum pernah
direkodkan. Perkara ini (selain pemerhatian Darwin terhadap teritip, burung merpati dan
Orang Utan) menjadi punca utama Charles Darwin menggariskan 5 teori asas yang perlu
berlaku secara serentak bagi membolehkan prinsip Pemilihan Semulajadi untuk berlaku
di dalam bukunya ‘On the Origin of Species’:

i) Prinsip yang pertama ialah evolusi, iaitu sebarang hidupan (spesies) boleh
wujud dan bertahan merentas masa, dan sepanjang kewujudan mereka,
mereka berevolusi atau berubah.
ii) Prinsip kedua ialah, asas keturunan yang sama atau common descent iaitu
setiap organisma adalah terhasil dari satu moyang (ancestor) yang sama atau
beberapa moyang yang telah mencapah menjadi organisma yang berbeza-
beza.
iii) Prinsip ketiga ialah kebolehan organisma untuk berganda, iaitu kepelbagaian
hidupan yang ada pada hari ini adalah berasal dari satu populasi induk yang
telah berganda yang seterusnya berpecah menjadi dua populasi dan berpecah
lagi seterusnya berbillion tahun yang lampau
iv) Prinsip keempat ialah pengumpulan, iaitu perubahan evolusi yang berlaku
secara perlahan-lahan di dalam populasi merentas masa.
v) Prinsip terakhir ialah pemilihan semulajadi, iaitu perubahan evolusi yang
membuatkan individu berbeza, menjadi titik tolak sama ada individu itu
mampu bertahan untuk hidup atau tidak (survival of the fittest).
PADA tahun 1859, penyelidik amatur Inggeris, Charles Robert Darwin,
mengemukakan Teori Evolusi hidupan yang rentetannya mencetuskan
tanggapan kontroversi kononnya manusia berasal daripada keturunan
monyet!

Menerusi bukunya The Origin of Species, By Means of Natural Selection,


Darwin antara lain menjelaskan semua haiwan dan tumbuhan pada hari ini
berasal daripada spesies hidupan purba yang berevolusi sejak jutaan tahun
lalu.

Secara umumnya, Darwin berpandangan segala spesies makhluk hidup tidak


diciptakan secara terpisah oleh Tuhan tetapi berasal daripada nenek moyang
yang sama dan menjadi berbeza antara satu sama lain akibat keadaan alam.
Darwin menamakan proses ini sebagai 'evolusi melalui seleksi alam'.

Contoh berdasarkan Teori Evolusi Darwin menolak tanggapan burung


sememangnya diciptakan sebagai burung tetapi haiwan itu pada awalnya
berasal daripada dinosaur purba yang berevolusi selama jutaan tahun
sehingga menjadi burung pada masa kini.

Contoh lain yang lebih kontroversi ialah manusia kononnya tidak wujud pada
jutaan tahun lalu sebaliknya yang wujud pada zaman purba itu ialah spesies
monyet primat.

Melewati masa yang amat lama sehingga menjangkau jutaan tahun, spesies
monyet itu berevolusi menjadi makhluk separuh manusia dan separuh monyet
seterusnya secara beransur-ansur menjadi manusia moden pada hari ini.
Darwin juga menyatakan manusia adalah hasil paling maju daripada proses
evolusi ini.

Tanggapan sesat berkenaan mencetuskan konflik kepercayaan yang


berpanjangan lantaran ramai manusia terutama umat Islam mempercayai
bahawa asal kejadian manusia ialah daripada Nabi Adam AS dan bukannya
monyet.

Bagaimanapun, ada segelintir penyelidik dan saintis fanatik yang meyakini


Teori Evolusi Darwin dan berusaha selama ratusan tahun untuk membuktikan
pandangan itu sebagai benar.

Tiada bukti saintifik


Penyelidik Islam, Adnan Oktar, dalam bukunya Penipuan Teori Evolusi
menjelaskan teori Darwin itu tidak berdasarkan sebarang penemuan saintifik
sebagai bukti sebaliknya berdasarkan tanggapan akal semata-mata.

Menurut beliau, sejak Teori Evolusi dikemukakan, saintis yang taksub dengan
Darwin cuba melakukan pelbagai eksperimen dan penyelidikan arkeologi
untuk cuba membuktikan bahawa teori berkenaan berasas.

Akan tetapi sehingga kini, segala eksperimen dan penyelidikan arkeologi itu
gagal sekali gus membuktikan Teori Evolusi sebenarnya satu tanggapan
menyesatkan.

Secara logiknya, jika benar manusia berasal daripada keturunan monyet,


pasti penyelidikan arkeologi akan menjumpai fosil makhluk peralihan separuh
manusia dan separuh monyet yang wujud jutaan tahun lalu.

TEORI Evolusi yang dikemukakan Charles Robert Darwin cetus kontroversi. - Foto hiasan
Tiada evolusi monyet, manusia

Adnan menjelaskan, penyelidikan arkeologi tidak pernah menjumpai bukti


terpenting itu di mana-mana lokasi di dunia ini sekali gus membuktikan
monyet tidak pernah berevolusi menjadi manusia atau mana-mana makhluk
purba tidak pernah berubah menjadi haiwan moden.

"Jika makhluk peralihan evolusi seperti ini memang pernah ada, maka
seharusnya mereka muncul dalam jumlah dan variasi sampai berjuta
banyaknya. Lebih penting lagi, tinggalan makhluk aneh ini seharusnya ada
pada catatan fosil.

Jumlah bentuk peralihan ini pun semestinya jauh lebih besar daripada spesies
binatang masa kini dan fosil tinggalan mereka seharusnya ditemukan di
seluruh penjuru dunia," jelas Adnan dalam bukunya itu.

Akan tetapi, lantaran terlalu taksub kepada Teori Evolusi Darwin, penyelidik
evolusi terus berusaha melakukan penggalian untuk mencari makhluk
peralihan itu di seluruh penjuru dunia sejak pertengahan abad ke-19.

Walaupun penyelidik terbabit bekerja keras, tiada satu pun fosil makhluk
peralihan itu yang ditemui. Sebaliknya, semua fosil yang ditemui membuktikan
bahawa kehidupan muncul di bumi dalam bentuk yang sudah lengkap.

Bagaikan enggan mengakui kegagalan mereka, Adnan menjelaskan bahawa


pendokong Teori Evolusi terus menghidupkan propaganda menerusi lukisan
gambaran kewujudan makhluk separuh manusia dan separuh monyet yang
disebarkan ke seluruh dunia.

You might also like