You are on page 1of 5

[ SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAS

21500 PERMIASURI, TERENGGANU


TBA6084@moe.edu.my

MESYUARAT GURU BIL 6 BAGI TAHUN 2020

TARIKH: 7 DISEMBER 2020


HARI: AHAD
MASA: 09.30 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER

1. UCAPAN TUAN GURU BESAR

1.1 Tn. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
kakitangan sekolah yang dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat
terakhir pada tahun 2020.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Encik Mohd Hisyamuddin bin Nasir dan
disokong oleh Pn. Midah Bt. Mamat

Makluman / Tindakan :Semua Guru dan kakitangan

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit yang dikemukakan.

Makluman / Tindakan :Semua Guru dan kakitangan

4. MAKLUMAN GURU BESAR

4.1 Beliau berharap agar guru-guru dapat menyelesaikan kerja mengikut SOP
sebelum berakhirnya sesi persekolahan.
4.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana telah
menjalankan PDPR dengan baik.
4.3 Beliau meminta agar segala pelaporan unit-unit pentadbiran segera
didokumentasi.
4.4 Tugasan yang belum selesai diminta dikemaskini.
4.5 Semua guru hendaklah membuat persediaan untuk tahun 2021.
4.6 Semua guru diingatkan agar mengikut SOP semasa PDPR dijalankan. Guru
hendaklah berada di rumah dari jam 08.00 sehingga 1.00 petang.
4.7 Tugas guru semasa PDPR adalah beri tugasan dan menyemak. Ibu bapalah
yang memberi peranan di rumah untuk membantu anak masing-masing.
4.8 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah menjayakan
aktiviti gotong royong tempoh hari. Beliau mengharapkan sekali lagi gotong
royong dapat dijalankan.
4.9 Kejayaan tahun 2019 yang telah diperolehi adalah Anugerah Pusat Sumber
Sekolah Negeri Terengganu. Tahniah kepada semua guru atas pencapaian itu.
4.10 Beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan acara perbarisan mendapat
tempat ke-3 dalam Temasya Sukan peringkat Daerah dan berharap akan lebih
berjaya tahun hadapan.
4.11 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru dan penglibatan murid
yang telah mendapat tempat ke-6 dalam Pertandingan Pidato Peringkat
Negeri Terengganu.
4.12 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana berjaya membuat
lawatan ke Pesta Buku pada awal tahun. Dan berharap dapat melakukan
lawatan 1x setahun.
4.13 Tahniah di atas penglibatan 15 orang murid dalam Merentas Desa
Peringkat Daerah.
4.14 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Erra kerana mengekalkan
kebersihan kantin.
4.15 Dari aspek kebersihan dan keceriaan, semuanya baik. Perlu baikpulih
tandas;tukar pintu dan mangkuk tandas duduk.
4.16 Aspek Pengurusan Kewangan 2019 semuanya berjalan dengan baik,sebab
tidak bersyarat. Setiap kewangan juga mempunyai baucer.
4.17 Dalam aspek Pengurusan Fail pula,haruslah dikemaskini dan mudah
dicapai. Data HRMIS hendaklah dicetak pada hujung bulan dan disimpan
dalam fail. Sila simpan surat-surat lama yang penting. Beliau mengingatkan
bahawa surat pendaftaran PIBG hendaklah disimpan rapi kerana akan
digunapakai dalam tempoh masa 15 tahun akan datang.
4.18 Beliau memohon agar semua berdoa dan redha atas ujian ke atas kita serta
patuhi SOP yang telah ditetapkan.
4.19 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua kerana sifar aduan Ibu bapa
ke PPD. Kita juga tiada rekod laporan disiplin ke PPD. Amaran secara
pentadbiran sudah tiada. Sebaliknya tindakan tatatertib,potong gaji,turun
pangkat,tangguh gaji dan turun gaji. Sekolah yang dikesan menyorok
laporan,akan diambil tindakan.

Makluman / Tindakan :Semua Guru dan kakitangan

5. PERANCANGAN TUGASAN PPM,KERANI,PAR DAN P.O.

5.1 Tugasan kerani adalah seperti berikut:


5.1.1 kemasikini akaun, tugasan kewangan,data ,gaji dan markah. Duit
Bimbingan dan Kaunseling tidak boleh dicampur dengan duit
Prasekolah. Mohon rujuk lampiran 1–Laporan Penerimaan dan
perbelanjaan akaun kerajaan dan SUWA berakhir pada 30.11.2020.
5.1.2 HRMIS –untuk pengurusan cuti,guru-guru sila rujuk Kak Dah (Kerani).
5.1.3 Isytihar harta 2016,kebanyakkan guru kemaskini gaji dan tambah
harta.
5.1.4 Ucap tahniah kepada guru-guru kerana berjaya menyiapkan JD.
5.1.5 Semua guru tiada masalah dengan Profil Perkhidmatan kecuali Puan
Maziah kerana ralat menyatakan tidak boleh ubahsuai selagi tidak
lulus periksa.
5.1.6 ASET;Pegawai Aset Sekolah (En.Azizi),Pemeriksa Aset(Hafizulma
Sani),Pelupusan Aset (Ustaz.Fayrus,Mimi ) dan Penjaga Stor (Kak Dah).
5.1.7 Laporan Aset ,fail KEW PA 3-12 ,sila ambil tindakan (Cikgu Sani).
5.1.8 Gaji untuk bulan 12 telah diselesaikan oleh kerani. Dan kenaikan
pangkat cikgu Nik dan Cikgu Sarah telah diselesaikan juga.
5.1.9 Untuk kenaikan pangkat tahun hadapan,guru diminta untuk
memaklumkan kepada kerani.
5.2 Tugasan Pembantu Operasi (P.O)
5.2.1 Kemaskini fail telah siap 80% pada tahun ini.
5.2.2 Tugasan harian P.O adalah menerima surat,kemudian minit kepada
Guru Besar,edarkan jadual relief kepada guru.
5.3 Tugasan P.A.R
5.3.1 Menjaga harta benda sekolah.
5.3.2 Mencetak bahan,menghantar surat dan kerja mekanikal.
5.4 Tugasan P.P.M Prasekolah
5.4.1 Membantu guru
5.4.2 Memasak dan tugasan lain berkaitan Prasekolah (Rujuk Buku
Pengurusan Prasekolah).

6. TAKLIMAT OLEH GURU PENOLONG PENTADBIRAN


6.1 Ucapan alu-aluan oleh GPK 1.
6.2 Makluman tentang LADAP;guru yang belum melepasi mata kredit setahun
iaitu En.Sani dan En.Shazzuan pada bulan November telah dapat diselesaikan.
6.3 SKPMG2- Semua guru boleh meyerahkan borang dan rujuk portal untuk
mengisi dan seterusnya menyerahkan kepada Ustazah Syamimi.
6.4 Pengurusan Bencana telah selesai dan laporan telah dihantar ke PPD.
6.5 PBD- Slip akhir tahun dan analisa akhir tahun telah siap diisi dan dicetak.
6.6 PDPR- DSKP Penjajaran dirujuk dalam pelaksanaan PDPR. Guru
menggunakan RPH masing-masing dan laporan PDPR dilaporkan dalam
TReMs. Untuk makluman,Negeri Terengganu mencatat kedudukan paling
bawah dalam pelaporan PDPR pada minggu ini. Ini mungkin disebabkan
capaian server yang lemah. Diminta semua guru megambil tindakan.
6.7 Fail UPSR ,terima kasih kepada Guru Besar kerana telah menyerahkan fail
UPSR yang mengandungi sijil tamat sekolah,psikometrik,kad kesihatan dan
sedikit cenderahati. Untuk kad kesihatan,beberapa orang murid tidak
menghantar semula kepada guru.
6.8 Laporan Panitia-Perancangan Strategik Kurikulum 2021 perlu ada pelan
taktikal dan pelan operasi akan disiapkan.
6.9 Program Transisi 2021. Guru Besar telah menempah bahan-bahan transisi
melalui MGB. Diminta Cikgu Nik menyerahkan kertas kerja Transisi.
6.10 Pengurusan am-rujuk lampiran 2.

Makluman / Tindakan :Semua Guru dan kakitangan


7. TAKLIMAT OLEH GPK HEM
7.1 Ucapan alu-aluan oleh GPK Hem.
7.2 APDM- Guru perlu menekan butang kemaskini untuk penjaga 1 dan penjaga 2
dan pastikan tiada tanda seru pada paparan skrin untuk elak ralat.
7.3 Pendaftaran Prasekolah 2021 ,sila ambil maklum daripada kerani untuk
pendaftran 2021.
7.4 14 perkara di bawah HEM : (Sila rujuk lampiran 3)
7.4.1 APDM
7.4.2 SPBT/BOS
7.4.3 Disiplin Lembaga Pengawas
7.4.4 RMT
7.4.5 Kantin
7.4.6 KWAMP
7.4.7 Susu RMT
7.4.8 Kesihatan
7.4.9 Bimbingan dan Kaunseling
7.4.10 PPDa
7.4.11 Lawatan
7.4.12 Keselamatan dan keceriaan
7.4.13 Pengurusan murid
7.4.14 Doktor Muda
7.5 GPK Hem mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah banyak
membantu tugasan HEM. Hal ini kerana tugasan HEM adalah tugasan
sepanjang tahun dan tugasan paling banyak.

8. TAKLIMAT OLEH PKKO


8.1 Kata alu-aluan.
8.2 Untuk makluman semua guru,pengisian dan laporan telah disiapkan oleh
PKKO memandangkan tugasan tersebut boleh dipikul.
8.3 Makluman, untuk penggunaan bilik studio green skrin boleh diguna oleh
semua guru.
8.4 Ucapan tahniah kepada semua atas kejayaan 2020.

9. HAL-HAL LAIN.
9.1 Gotong royong akan diadakan pada 13.01.2021 (Rabu) untuk menurunkan
barang dari tingkat 2 ke tingkat 1.
9.2 Pandaftaran murid dan mesyuarat guru akan diadakan pada 18.01.2021
(isnin).
9.3 Bayaran duit Kelab Guru,semua telah bayar dan baki duit kelab adalah
sebanyak RM 900.00. kutipan bayaran akan diputuskan dalam mesyuarat
akan datang kerana bayaran pada tahun ini tidak sama seperti tahun
sebelumnya akibat pendemik covid19. Kebiasaannya kita akan kutip RM
200.00 seorang.
9.4 Kerani memohon alat penghawa dingin dalam bilik perkhidmatan
diselenggara.
9.5 Duit hasil jualan timun berbaki RM 1500.00 di tangan.
10.UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Pengerusi majlis memohon semua guru dan kakitangan dapat
memberikan kerjasama dalam meningkatkan lagi prestasi sekolah.
10.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 1.00 petang dengan bacaan Surah al-Asr.

Makluman / Tindakan :Semua Guru dan kakitangan

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ _________________________

(MOHD HISYAMUDDIN BIN NASIR) (YUSOF BIN MAT AMIN)


SETIAUSAHA MESYUARAT GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
SK SUNGAI LAS SK SUNGAI LAS

DISAHKAN OLEH

_________________________

(ZAIDI BIN ISMAIL)


GURU BESAR
SK SUNGAI LAS

You might also like