You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA (JBA 3060)


BIL. 2/2017

TARIKH : 23 FEBRUARI 2017


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PETRI JAYA

KEHADIRAN :

1. En. Zakaria bin Ahmad (Pengerusi)


2. En. Paizal bin Shaari (Pengerusi Ganti)
3. Cik Nur Aziyah bt. Azib (Setiausaha HEM, Penyelaras RMT, dan
Penyelaras PS1M)
4. Pn. Noraishah bt. Salim (Penyelaras KWAMP)
5. Pn. Norliza bt. Salim (Penyelaras Bantuan dan Kebajikan Murid)
6. Pn. Mariah Bt. Abdul Rahman (AJK)
7. Pn. Siti Marwiyah bt. Embok Churah (AJK)

Perkara

1. Perutusan Pengerusi
En Zakaria Bin Ahmad selaku pengerusi majlis mengalu-alu semua yang
hadir dan menyatakan tujuan mesyuarat adalah untuk membuat pemilihan
murid yang yang layak menerima bantuan.

2. Kelulusan Permohonan Bantuan bagi tahun 2017


2.1 En. Paizal Bin Shaari selaku Guru Penolong Kanan HEM membentang
senarai nama yang layak dan menghantar borang untuk penilaian mesyuarat.
Beliau juga memaklumkan bahawa murid yang layak adalah mengikut
pengiraan pendapatan dan perkapita keluarga 2017.

3. Hal-hal lain
3.1 Puan Mariah bt Abdul Rahman dan Puan Marwiyah bt Embok Churah selaku
wakil AJK Ibu bapa akan memaklumkan kepada waris penerima agar dapat
mengisi surat kebenaran penjaga setelah mendapat keputusan dan kelulusan
Penerima bantuan.
3.2 En. Zakaria bin Ahmad memaklumkan agar pihak sekolah memastikan pihak
waris menyediakan salinan slip gaji untuk mengetahui data yang tepat untuk
pengesahan pendapatan dan beliau bersedia membantu dalam hal ini.
4. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kerjasama
yang telah diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan : Disemak : Disahkan :

............ ...............

(NUR AZIYAH BT. AZIB) (EN. MOHD PAIZAL BIN SHAARI) (EN ZAKARIA BIN AHMAD)

Setiausaha, GPK HEM, Guru Besar,

SK Petri Jaya SK Petri Jaya. SK Petri Jaya.

You might also like