You are on page 1of 20

SK Kampong Pasir, Merbok, Kedah Darul Aman

Ahad • 26 Jun 2022 • 2:00 petang • Dewan Semerbak Warisan

1
3 Ucapan Aluan Tuan Guru Besar
4 Ucapan Aluan YDP PIBG
5 Aturcara Majlis
6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
7 Notis Mesyuarat Agung
8 Minit Mesyuarat Yang Lalu
13 Program & Aktiviti PIBG 2021/2022
16 Laporan Kewangan
17 Usul dan Cadangan
19 Jawatankuasa PIBG 2022/2024
20 Penghargaan

2
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
Assalamu’alaikum w.b.t.
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Kampong Pasir kali ke-26 tahun 2022 secara kembali
bersemuka. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021-2022
serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana MAT ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir ke
mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran tuan puan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah murid.
Pembelajaran secara bersemuka juga membolehkan interaksi dua hala iaitu murid dengan
guru dijalankan secara lebih berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa pelajar akan belajar
lebih banyak apabila mereka bersemuka di sekolah. Murid yang menerima pengajaran secara
bersemuka kurang mempunyai gangguan, meningkat dari segi tumpuan dan boleh menerima lebih
langsung pengalaman pembelajaran yang menghalang mereka daripada ketinggalan. Oleh itu,
keprihatinan dan sokongan emosi daripada ibu bapa amat penting dalam memastikan anak-anak
hadir kesekolah dan memanfaatkan sebaik-baiknya masa ketika pembelajaran secara bersemuka
di sekolah.
Alhamdulillah, sebagai Sekolah Transformasi (TS25), seluruh warga PIBG SK Kampong
Pasir seharusnya sentiasa peka dan sedar bahawa cabaran dalam dunia pendidikan kini kian
berganda. PIBG SKKP perlu berganding bahu dengan pihak pengurusan sekolah untuk bertindak
peka dan sentiasa responsif terhadap transformasi pendidikan mutakhir yang dirangka melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang merangkumi pendidikan prasekolah
hingga lepasan menengah. Berdasarkan sebelas anjakan sistem dan anjakan strategi yang
utama, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan
bagi sistem Pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan,
dan kecekapan.

PIBG SKKP perlu memastikan hasrat murni KPM dapat direalisasikan kerana kita
merupakan pemangkin kepada sistem pendidikan ini. Hakikatnya, kita perlu berusaha untuk
mencapai matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia. Namun demikian,
usaha-usaha yang radikal harus sentiasa difikirkan dan dilaksanakan secara bersepadu, di
samping doa yang tidak pernah putus ke hadrat Allah SWT agar kita diberikan taufik dan hidayah
agar kita mampu meletakkan diri sebaris dengan PIBG sekolah-sekolah terbaik di peringkat global.
Sokongan dan sumbangan PIBG SKKP dari segi material mahupun idea-idea yang bernas
merupakan nadi penggerak kepada semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana
sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. Di sini saya
ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan ahli Jawatankuasa
PIBG sesi 2021/2022 yang telah menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan
dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Semoga jaringan serta kolaboratif yang kuat ini dapat dikekalkan dan mampu dijadikan
pentas utama dalam mencipta resipi kegemilangan bagi sekolah ini. Insya-Allah bersama-sama
kita berdoa dan merealisasikannya.

Sekian, terima kasih.

Puan Shahrifah binti Mat Zahari


Guru Besar Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 3
SK Kampong Pasir, Merbok Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kepada Ilahi kerana kita dapat berkumpul semula selepas melepasi
cabaran pendemik bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 pada tahun ini. Saya
mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa pada hari ini.
Kehadiran ibu bapa akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa untuk melibatkan
diri secara aktif dalam program pendidikan yang dirancang oleh pihak sekolah.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada semua AJK PIBG serta Ahli
Jawatankuasa Pelaksana kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung
PIBG secara bersemuka.. Mesyuarat Agung ini merupakan medan terbaik untuk semua ibu
bapa berkongsi idea dan pendapat yang bernas demi melonjakkan kecemerlangan akademik
dan kokurikulum SK Kampong Pasir. Saya menyeru kepada ibu bapa agar membantu anak-
anak dalam proses pembelajaran di rumah selepas mereka melalui proses pembelajaran
PDPR yang panjang . Sokongan daripada ibu bapa penting sebagai pemangkin kejayaan
anak-anak. Begitu juga kehadiran anak-anak kesekolah tanpa ponteng.
Saya yakin dengan barisan pentadbiran baru yang berwibawa akan memberikan
kejayaan kepada anak-anak di sekolah ini. PIBG memainkan peranan yang sangat penting
dalam menjalinkan pemuafakatan dengan pihak sekolah supaya SK Kampong Pasir dapat
mencapai visinya. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa, tidak mungkin pihak sekolah
berjaya melahirkan murid yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. PIBG juga
merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak
sekolah dengan komuniti. PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan
perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan sekolah.
Akhir kata, saya selaku YDP PIBG berharap agar kita sebagai ibu bapa dapat
memberi sokongan terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Kerjasama daripada ibu bapa akan memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk
terus maju dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Saya mewakili ibu bapa mengucapkan
tahniah kepada warga pendidik dan murid SK Kampong Pasir atas kejayaan yang telah
dicapai pada tahun ini.
Semoga SK Kampong Pasir terus menempa kejayaan yang cemerlang pada masa
akan datang.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohd Amin bin Che Ani


Yang Dipertua PIBG
SK Kampong Pasir, Merbok.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 4


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 5
6
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 7
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 8
9
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
10
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
11
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
12
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 13
14
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
15
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 16
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 17
18
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022
BIL NAMA AJK PIBG JAWATAN
01 PN. SHAHRIFAH BINTI MAT ZAHARI PENASIHAT
02 EN. MOHD ROZAIMI BIN MOHD FADZIL PK PENTADBIRAN
03 EN. SULAIMAN BIN ABDUL RAOF PK HEM
04 PN. KOMALA A/P MUTTIAH PK KOKURIKULUM
05 PN. HASLINA BINTI KHALID PK PEND.KHAS
YDP/ PENGERUSI
06
(WARIS)
07 NYDP (WARIS)
SETIAUSAHA
08
(GURU)
09 BENDAHARI (GURU)
10 AJK WARIS
11 AJK WARIS
12 AJK WARIS
13 AJK WARIS
14 AJK WARIS
15 AJK WARIS
16 AJK WARIS
17 AJK WARIS
18 AJK GURU
19 AJK GURU
20 AJK GURU
21 AJK GURU
22 AJK GURU KAFA
23 PEM. KIRA-KIRA
24 PEM. KIRA-KIRA

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 19


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 2022 20

You might also like