You are on page 1of 5

________________________MINIT MESYUARAT TMK KALI 1 2019______________________

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2019


Tarikh : 27 Januari 2019
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Kampung Rahmat

HADIR :

En Azihan b Che Wil Guru Besar


Pn Andik Emiliza bt Alimin GPK Pentadbiran
En Wan Abd Khalis b Wan Ibrahim Ketua Panitia
En Zaini b Said Ajk
Pn Najahiyah bt Abdul Aziz Ajk

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi/Ketua Panitia TMK

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadiri mesyuarat panitia
TMK kali pertama 2019.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, En. Azihan kerana dapat
menghadirkan diri
1.3 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat perancangan sepanjang tahun untuk panitia disamping
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam matapelajaran ini
1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kerana panitia telah mengadakan mesyuarat dan berharap agar
segala permasalahan dapat dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Tindakan : Semua guru TMK

Agenda 2 – Ucapan Guru Besar

2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana panitia TMK telah menjemput beliau ke mesyuarat hari ini.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada panitia TMK kerana berjaya meningkatkan semula
peratusan kelulusan matapelajaran TMK dalam keputusan Pentaksiran 2018 yang lalu.

2.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru

Matapelajaran TMK yang telah mengadakan projek-projek mengikut tahun pada tahun lepas dan
berharap dapat dipertingkatkan lagi pada tahun ini.

2.4 Menurut beliau, tujuan sesebuah panitia ialah untuk :

i. memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut PA


21.

ii. berusaha mendapatkan strategi yang inovatif.


iii. membaiki prestasi pelajar.

2.5 Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kali pertama ini ialah:

i. Rancangan tahunan untuk semua matapelajaran.

ii. Membincangkan strategi PdP yang akan digunakan untuk meningkatkan pencapaian
murid,

iii. Mengenalpasti masalah dan membincangkan jalan

penyelesaian,

iv. Membuat analisis ujian dan langkah-langkah

mengatasi kelemahan murid,

v. Merancang aktiviti panitia sepanjang tahun 2019

vi. Menganjurkan bulan atau minggu panitia

vii. menyediakan laporan untuk aktiviti-aktiviti yang

telah dijalankan.

Tindakan : Semua guru TMK

Agenda 3 – Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

3.1 En. Wan Abd Khalis mencadangkan agar minit mesyuarat panitia TMK kali keempat 2018 disahkan.

3.2 En Zaini menyokong.

Agenda 4 – Perkara Berbangkit

4.1 Pengerusi memaklumkan pengagihan tugas bagi tahun 2019:

1. Ketua Panitia : En. Wan Abd Khalis Bin Wan Ibrahim


Setiausaha : En. Zaini Bin Said

AJK : Pn Andik Emiliza bt Alimin


Pn Najahiyah bt Abdul Aziz

4.2 Pengerusi berharap agar semua guru dapat melaksanakan tugas

yang di amanahkan dengan baik dan sempurna.

Tindakan : Semua guru TMK


Agenda 5 – Perkara-perkara Baharu

5.1 KSSR

5.1.1 KSSR telah bermula pada tahun 2011 dan telah memasuki fasa tahap 2 bermula dengan tahun 4
pada tahun 2014 diteruskan dengan tahun 5 pada 2015 dan tahun 6 pada tahun 2016. Jika
sebelum ini tahap satu penggredan murid melalui band namun bagi tahun 4, 5 dan 6 bermula
2014, 2015 dan 2016 ini, pemarkahan adalah melalui tahap penguasaan dan dibuat secara
offline. Guru tahun 4,5 dan 6 boleh mengisi markah secara manual di dalam borang transit
sebelum mamasukkan markah ke dalam komputer mengikut format yang disediakan dan
dihantar apabila di minta.
5.1.2 Pada Tahun ini merupakan permulaan untuk semakan semula KSSR tahun 1. Semua murid perlu
dapat pencapaian dalam PBS ini sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan (TP) 4 iaitu tahap
pengetahuan. Semua guru perlu berusaha memastikan kemenjadian murid dengan minima TP 4
dalam PBS.
5.1.3 Sekolah tidak perlu membuat sebarang ujian atau peperiksaan akhir tahun namun jika sekolah
berkehendak, ianya boleh dilaksanakan dan bersepakat peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun akan diadakan untuk matapelajaran ini.

5.1.4 Pengerusi memaklumkan DSKP dan RPT untuk semua tahun ada dalam simpanan panitia TMK.

5.1.5 Diharap semua guru mempunyai DSKP dan RPT yang terkini.

5.1.6 Pengerusi juga mengedarkan silibus TMK untuk tahun 4 hingga 6 untuk dijadikan panduan
Pengajaran.

5.1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa RPT bagi tahun 4,5 dan 6 perlu ada dalam minggu pertama

persekolahan. Jika ada masalah boleh berjumpa dengan Ketua Panitia untuk makluman.

5.1.8 Format penulisan RPH adalah mengikut dokumen standard prestasi bagi KSSR di buat didalam

5.1.9 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru mesti menggunakan bahan bantu belajar di

dalam kelas. Guru-guru boleh menghasilkan sendiri atau dapatkan dari simpanan sekolah.

5.1.10 Semua guru perlu mengisi head count dalam buku rancanga Mengajar masing-masing untuk

rujukan sepanjang tahun.

5.1.11 Penggunaan buku tulis murid perlu untuk latihan dan nota murid.
5.1.12 Pengerusi meminta guru menggunakan buku teks sebagai bahan Rujukan wajib agar tidak

tersasar dari landasan. Guru-guru boleh dapatkan pinjaman buku teks dari Ustazah Azmaliza.

Tindakan : Semua guru TMK

5.2 Pelaksanaan Pdpc

5.2.1 PA 21 dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran TMK.

5.2.2 Volume Kerja Murid - Pengerusi juga meminta agar guru-guru menanda buku murid dan

mengarahkan murid membuat pembetulan yang salah. Diharap juga guru-guru dapat

Memberi latihan mencukupi.

5.3 PPSR ( PBD, PAJSK, SEGAK, UPSR )

Pesanan Guru Besar bahawa semua guru perlu menyiapkan murid untuk keperluan di sekolah

menengah dan sukatan di sekolah menengah adalah kesinambungan dari sekolah rendah

terutama semasa di tahap 2.

5.4 Kewangan Panitia

5.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan panitia belum sampai walau bagaimanapun

di dalam mesyuarat ini bolehlah diputuskan tentang keperluan panitia.

5.4.2 Pengerusi akan berjumpa dengan pembantu tadbir untuk tindakan selanjutnya dan semua

guru sila lengkapkan borang senarai permohonan alatan dan kembalikan secepat mungkin.

5.5 Program Panitia

5.5.1 Minggu TMK- Setiap guru TMK akan memilih satu projek yang akan

dipamerkan atau dijalankan semasa minggu TMK .Pada minggu ini Makmal Komputer akan

dibuka bagi member peluang kepada semua murid masuk dan melihat di samping

membaca info yang ada di dalam Makmal Komputer ini terutama untuk murid tahap 1 bagi

menerapkan minat dalam matapelajaran ini kelak.


5.5.2 Minggu TMK ini dicadangkan untuk di adakan pada bulan September 2019.

Tindakan : Semua guru TMK

5.6 Laporan Panitia

Semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia perlu dibuat laporan dan post-mortem selepas aktiviti
tersebut.Disamping itu fail panitia perlu dikemaskini dan perkara di dalam minit kurikulum perlu
di bincangkan semasa mesyuarat panitia.

Agenda 6 – Hal-hal Lain

6.1.1 Ustaz Wan Abd Khalis memaklumkan waktu TMK tahun 4, 5 dan 6 tahun ini masih 2 masa
seminggu tetapi bergilir dengan RBT. Namun begitu, beliau berharap semua guru-guru RBT dan
TMK berusaha untuk menghabiskan sukatan mengikut tempoh yang diberi.

6.1.2 Pengerusi berharap semua guru-guru TMK dapat bekerjasama membantu menceriakan,
mengemas selepas penggunaan dan menjaga Makmal Komputer.

6.1.3 Setiap kali selepas masuk ke dalam Makmal Komputer perlulah tulis nama dan kelas di
dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

Tindakan : Semua guru TMK

Agenda 7 – Penutup

7.1 Semoga semua guru dapat memberikan kerjasama bagi memastikan PdP murid berjalan
dengan lancar dan terbaik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh :

………………………………………………………….. …………………………………………….
(WAN ABD KHALIS BIN WAN IBRAHIM) (AZIHAN BIN CHE WIL)
Ketua Panitia Guru Besar

You might also like