You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

08110 BEDONG, KEDAH


MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI KE 1/2023

Tarikh : 26 Mac 2023 ( Ahad )

Masa : 12.50 Tengahari


Tempat : Bilik Transformasi, SK Singkir
Kehadiran 1. En. Khairulnizam Bin Abd Aziz ( PK HEM )
2. Pn. Hussalwa Binti Hussain
2. En. Badrul Hisyam Bin Ahmad
4. En. Muhammad Yusof Farhan Bin Hilme

Agenda

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat kerana dapat menghadirkan diri pada hari ini.
1.2. Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan tentang beberapa perkara
berkaitan dengan pengurusan panitia.
1.3 Guru-guru perlu menyediakan QR Code Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
mengikut minggu berdasarkan takwim sekolah.
1.4 Guru-guru juga perlu mempunyai DSKP KSSR SEMAKAN 2017 yang perlu disertakan
bersama dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) di dalam Fail eRPH.
1.5 Mohon semua guru mengemaskini Fail eRPH. Penghantaran Fail eRPH hendaklah
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
1.6 Sebarang masalah tentang eRPH boleh berhubung dengan PK HEM atau Cikgu Yusof.

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh En. Badrul Hisyam Bin Ahmad
Dicadangkan untuk disahkan oleh : Pn. Hussalwa Binti Hussain
Disokong oleh : En.Muhammad Yusof Farhan
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Agenda 5, para 5.2 Peralatan untuk Projek Reka bentuk dan Teknologi Tahun 4
ialah projek Pen 3D. Tahun 5 ialah projek Kipas Solar dan projek
tahun 6 ialah Robot Penyiram Tanaman.
3.2 Agenda 4, para 4.2 Soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru perlu disemak
skema jawapan terlebih dahulu, sebelum memeriksa kertas soalan murid.

4.0 Pelantikan AJK Baru


4.1 Pelantikan AJK baru untuk tahun 2023 adalah seperti berikut :

Penasihat 1 : Pn. Che Tom Binti Shaari (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Norhafizah Binti Ajlan ( PK Kurikulum)
Naib Pengerusi : En. Khairulnizam Bin Abd. Aziz
: Pn. Azrina Binti Mohamed Ridza
Ketua Panitia : Pn Hussalwa Binti Hussain
Setiausaha :En. Badrul Hisyam Bin Ahmad
AJK :En. Muhammad Yusof Farhan Bin Hilme ( Tahun 6)
:Pn. Hussalwa Binti Hussain( Tahun 5)
:En. Badrul Hisyam Bin Ahmad ( Tahun 4)
Makluman : Guru RBT

5.0 Perancangan Panatia 2023


5.1 Pengurusan fail panitia
5.1.2 Pengerusi mengingatkan agar fail fail panitia diuruskan bermula seawal
bulan Februari ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.
5.1.2 Beliau mengingatkan agar fail tersebut mestilah mengandungi senarai
jawatankuasa, pelan strategik, biodata guru, aktiviti tahunan dan juga RPT
serta DSKP yang lengkap.
Tindakan: Ketua Panitia RBT

5.2 Pelaksanaan PBD dan UASA


5.2.1 Pelaksanaan PBD RBT perlu dilaksanakan secara berterusan. Rekod transit
untuk setiap tema perlu dilengkapkan setiap kali selepas selesai pdp unit-
unit tersebut.
5.2.2 Pentaksiran Sumatif 1 akan dilaksanakan pada bulan Jun dan Ujian Akhir
Sesi Akademik akan diadakan pada bulan Januari. Pentaksiran ini diadakan
bagi mengukur tahap pencapaian murid.
5.2.3 Pelaksanaan Pentaksiran Sumatif dan Ujian Akhir Sesi Akademik adalah
dibawah guru RBT kelas masing-masing.
5.2.3 Cikgu Mohamad Yusuf Farhan mencadangkan supaya Penyediaan kertas
Soalan Pentaksiran juga dibawah guru RBT mengikut kelas masing-masing.
Semua guru bersetuju sebulat suara.
5.2.3 PK HEM mengucapkan tahniah kepada Panitia RBT berdasarkan analisis
PBD 2022 kerana semua murid tahun 4,5 dan 6 mencapai tahap penguasaan
100%
5.2.4 Jadual agihan semakan kekerapan latihan murid tahun 2023/2024 bagi
matapelajaran RBT tahun 4,5 dan 6 ialah pada bulan Ogos. Penyemak ialah
Guru Besar.
Tindakan: Semua guru RBT

5.3 Aktiviti Tahunan


5.3.1 Telah diedarkan kepada semua guru RBT dan dibentangkan oleh Ketua
Panitia. Semua Ahli Mesyuarat Bersetuju sebulat suara.
5.3.1 Bengkel RBT tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana tiada kerusi.
5.3.3 Cadangan projek untuk panitia mata pelajaran RBT :
1. Tahun 4 - Reka cipta Projek Kereta Idaman
2. Tahun 5 - Reka Cipta Projek Kipas Solar
3. Tahun 6 - Reka cipta Robot penyiram Tanaman
Pembelian Bahan dan Alatan difokuskan untuk projek tersebut.

Tindakan :Semua guru RBT


5.4 PLC
5.4.1 Cikgu Hussalwa memaklumkan, PLC yang ditetapkan untuk Panitia RBT ialah
8 kali.
5.4.2 Mencadangkan aktiviti PLC untuk panitia ialah
1. Teacher Study Group : Perancangan Panitia - 1
2. Data Analysis : PBD dan UASA- 1
3. Lesson Study: RBT Tahun 4- 1
4. Peer Coaching - RBT Tahun 5 - 1
5. Teacher Sharing Session - Penggunaan SMART TV, PdPC RBT - 2
6. Learning Walk - ABM dan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah - 2
Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Semua guru RBT

6.0 Hal-hal Lain


6.1 Cikgu Hussalwa memaklumkan, peruntukan pada tahun ini akan dibelanjakan secara
berhemah dan teliti kerana Bengkel RBT perlu digunakan sepenuhnya pada tahun ini
dan memerlukan kos yang tinggi seperti pembelian kerusi.
6.2 Cikgu Badrul memaklumkan pembelian Alatan Dan Bahan RBT boleh dipesan melalui
Koperasi Warga Sekolah Kebangsaan Singkir (KOWASKS)
6.3 Cikgu Hussalwa juga meminta guru RBT menyenaraikan alatan dan bahan yang
diperlukan untuk projek RBT.
6.4 Penggunaan Buku Tulis Panjang untuk RBT. Tiada buku kerja yang khusus digunakan.
Tindakan : Semua guru RBT

7.0 Penagguhan
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

.................................................... ................................................
(BADRUL HISYAM BIN AHMAD) (NORHAFIZAH BINTI AJLAN)
Setiausaha Panitia RBT Penolong Kanan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Singkir Sekolah Kebangsaan Singkir

You might also like