You are on page 1of 3

SK. ABANG LEMAN KABONG.

Kod Sekolah : YBA 2208


JALAN SRK ABG LEMAN, Tel/Fax : 083-411294
94650 KABONG, email : skabangleman@yahoo.com
SARAWAK

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2022


Tarikh : 31 Mac 2022
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Abang Leman & Kediaman masing-masing
Kehadiran : Rujuk Lampiran A

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru dan semua staf untuk berkhidmat
semula serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Beliau
mengucapkan selamat atas kedatangan guru baharu di SKAL.

1.2 Beliau menekankan mengenai tugas dan tanggungjawab setiap individu di sekolah.

1.3 Beliau menarik perhatian guru-guru terhadap pematuhan pekeliling ikhtisas dan
arahan:
1.3.1 Kehadiran bertugas.
1.3.2 Cuti (CRK) PP Bil.8 Tahun 2017
1.3.3 Etika berpakaian ketika bertugas

1.4 Guru Besar mengingatkan agar guru-guru sentiasa menepati masa dan elak
daripada terlewat.

Tindakan :Semua guru

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Cadangan sah minit mesyuarat oleh Cikgu Salasiah dan disokong oleh Cikgu Idris.
Tindakan : Semua guru

1
3. Pengurusan Kurikulum 2022 (Maklumat daripada GPK Pentadbiran)

3.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnani Binti Bujang turut mengalu-alukan
kehadiran semua guru ke mesyuarat pada hari ini.

3.2 Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
semua guru yang telah bertungkus-lumus bagi bersama-sama menjayakan semua
program kendalian unit kurikulum SK Abang Leman, terutamanya Ahli Jawatankuasa
Unit Kurikulum sesi 2021.

3.3 Beliau menyentuh mengenai jawatankuasa dalam Unit Pengurusan Sekolah dan
Pentadbiran bagi sesi 2022/2023. Boleh rujuk Lampiran B.

3.4 Jawatankuasa Unit Kurikulum Sesi 2022 telah dibentuk dan setiap guru diedarkan
satu fail untuk rujukan masing-masing yang mengandungi maklumat-maklumat
berikut:
i. Jawatankuasa Unit Kurikulum 2022
ii. Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran
iii. Takwim Perancangan Unit Kurikulum
iv. Minit Mesyuarat Bil 2 2021

3.5 Berikut merupakan perkara yang harus diambil perhatian oleh semua Ketua Panitia
Mata Pelajaran.
3.5.1 Sasaran (ETR) hendaklah ditetapkan untuk Tahun Satu hingga Tahun Lima.
3.5.2 GPMP hendaklah membuat KPI subjek masing-masing dan failkan.
3.5.3 Program intervensi bagi mata pelajaran terlibat hendaklah ditekankan dalam
mesyuarat panitia.
3.5.4 Keputusan ujian juga mesti dianalisis dan dibincangkan bagi mencari
kelemahan dan cara mengatasinya.

3.6 Penghargaan kepada guru jawatankuasa yang menguruskan jadual waktu. Selain
itu, turut dimaklumkan bahawa jadual akan ada pertukaran sekiranya terdapat guru
baru.
Tindakan: Semua guru

2
4. Hal-hal lain

4.1 Masa rehat untuk sesi persekolahan sepanjang bulan Ramadhan dipendekkan
menjadi 10 minit sahaja.

4.2 Bahan-bahan ABM untuk CEFR hendaklah disimpan di perpustakaan sekolah untk
rujukan semua.

4.3 Pengumuman mengenai pertandinagan Bicara Buku oleh Cikgu Rafidawati.

4.4 PKKK meminta guru untuk meminta maklumat rumah sukan adik-beradik murid
tahun 1 sebagai rujukan pembahagian rumah sukan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ..........................................................

(AININA SYAHIRAH BT MAHDA) (ROSNANI BINTI BUJANG)

Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran

SK Abang Leman Kabong. SK Abang Leman Kabong.

Disahkan oleh,

.................................................

(GHAZALI BUN MAT DAUD)

Guru Besar

SK Abang Leman Kabong.

You might also like