You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Kurikulum kali ke 3 / 2017

Sekolah Kebangsaan Teroi

Tarikh : 18 September 2017


Tempat : Makmal komputer
Hari : Isnin
Masa : 1.30 petang

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Kata alu-aluan
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas kehadiran guru-
guru ke mesyuarat kurikulum kali ketiga bagi sesi persekolahan 2017.
Semua unit sibuk pada semester ini dan terdapat beberapa kekangan yang
menyebabkan mesyuarat kali ketiga ini lambat dijalankan.
Walaubagaimanapun perkara-perkara penting telah disampaikan semasa
taklimat perhimpunan pagi Isnin.
1.3 Pengerusi menyatakan kepada guru bahawa kurikulum merupakan tugas
utama guru yang perlu dilaksanakan walaupun dalam pelbagai kesibukan
tugasan yang lain.
1.4 Para guru perlu peka dengan perubahan sekeliling terutamanya dalam
aspek pendidikan kerana bidang pendidikan masa kini lebih mencabar.
Selalu berusaha memperbaiki kelemahan diri dan jangan persalahkan
murid dan persekitaran.
1.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan guru-
guru tahun 6 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
persediaan peperiksaan UPSR. Beliau berharap agar SK Teroi dapat
mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
1.6 Pengerusi berpesan supaya guru bersedia dengan laporan pembentangan
pada setiap kali mesyuarat.
Tindakan Semua Guru
2 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu
2.1 Pencadang: En. Nuzul Hakim b Mohd Ali
2.2 Penyokong: Pn. Tn. Zunaida bt Raja Ismail

3 Perkara-Perkara Berbangkit

3.1 KSSR
 Semua guru KSSR tahun 1 hingga 5 sila pastikan pelaporan offline
PBS di isi dengan sekurang-kurangnya penilaian kali kedua.
 Semua guru perlu fahami dengan pelaksanaan KSSR
 Semua guru KSSR perlu sentiasa mengemas kini fail dan bersedia
sekiranya terdapat pemantauan daripada mana-mana pihak. .
 Pengerusi berpesan kepada semua guru supaya merujuk kepada
mentor-mentor sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan
pelaksanaan PBS KSSR.

Tindakan : Semua guru


3.2 LINUS
3.2.1 Pn. Sarimah menyatakan data terkini Linus Sekolah Kebangsaan
Teroi (2017)

Bil Tahun Kemahiran Bilangan Murid


Menguasai
Literasi BM 55
1
Literasi BI 38
(62 org)
Numerasi MT 57
Literasi BM 42
2
Literasi BI 44
(44 org)
Numerasi MT 39
Literasi BM 41
3
Literasi BI 41
(42 org)
Numerasi MT 37

Tindakan : Guru BM dan Matematik tahun 1,2 dan 3


guru pemulihan Linus

Tindakan : En. Sarimah

3.3 SKPMG2 (Standard Kualiti Pendidikan Gelombang 2)


3.3.1 Penilaian SKPMG2 telah memasuki suku ke tiga iaitu daripada bulan
Ogos hingga November.
3.3.2 Senarai Guru GPK Penilai telah dilekatkan di bilik guru.
3.3.3 Guru-guru diharap dapat melengkapkan RPH sebagai eviden dan
juga Menghantar 10 buah buku latihan berkaitan dengan kelas yang
dinilai kepada GPK yang akan menilai untuk disemak.

Tindakan : Semua guru

4.0 Peperiksaan Akhir Tahun

4.1 Cadangan tarikh peperiksaan akhir tahun ialah pada 29 Oktober 2017-
2 November 2017 (Ahad – Khamis).Jadual peperiksaan dan jadual
bertugas guru akan dikeluarkan. Oleh itu, guru perlu patuhi jadual yang
telah dikeluarkan dan sekiranya terdapat masalah boleh merujuk
kepada Guru Penolong Kanan 1 atau setiausaha peperiksaan.
4.2 Pengerusi memalumkan bahasa semua kertas soalan bagi setiap
tahun telah ditempah dan guru-guru diminta menyemak kertas soalan
yang akan diterima sekiranya bilangan tidak cukup.
4.3 Bagi subjek Muzik dan Pendidikan Seni daripada tahun 1-5 kertas
soalan tidak ditempah dan guru subjek berkenaan diminta
menyediakan kertas soalan.
4.4 Pengambilan kertas soalan akan dimaklumkan oleh pihak MGB Negeri
dan daerah.
4.5 Pastikan juga murid-murid telah dimaklumkan dan bersedia dengan
peperiksaan yang akan datang.

Tindakan : Semua guru / Ketua Panitia


5.0 SAPS
5.1 SAPS berkumungkinan akan dibuka sekitar pada bulan
Oktober/November
5.2 Guru-guru diharap dapat mengisi markah mengikut tarikh pengisian
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah walaupun Majlis Anugerah
Cemerlang bagi tahun ini telah diadakan kerana pihak sekolah akan
mengadakan perjumpaan waris bagi semester kedua sebelum cuti
sekolah.

Tindakan : Semua guru matapelajaran.

6.0 Pengurusan Panitia


6.1 Mesyuarat panitia perlu dilaksanakan 4 kali setahun. Oleh itu, setiap
panitia perlu memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan pada masa
yang telah ditetapkan.
6.2 Panduan pengurusan mesyuarat panitia dan pengurusan fail panitia
akan diberikan kepada semua panitia. Setiap panitia perlu mematuhi
panduan tersebut supaya setiap perkara penting dapat dibincangkan
dengan teliti dan teratur dalam mesyuarat panitia.
6.3 Setiap panitia matapelajaran perlu membuat post mortem peperiksaan
pertengahan tahun bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid. Panita juga perlu merancang kaedah untuk mengatasi setiap
kelemahan yang ada dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia.Guru
tahun 6 perlu memaklumkan masalah murid tahun 6 dalam mesyuarat
panitia untuk makluman dan tindakan guru yang mengajar pada tahun
4 dan tahun 5.
6.4 Ketua panitia perlu melengkapkan fail panitia dengan aktiviti panitia
yang telah dilaksanakan. Dinyatakan juga dalam laporan tersebut
kekuatan dan kelemah setiap aktiviti yang telah dilaksanakan.
Nyatakan punca, masalah atau kekakangan bagi aktiviti yang tidak
dapat dijalankan.
6.5 Senarai agihan matapelajaran untuk tahun 2018 perlu dibincangkan
dalam panitia semasa mesyuarat panitia kali ke tiga. Ketua panitia
perlu memastikan guru yang telah mengikuti kursus mengajar
matapelajaran tersebut.
Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru

7.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


7.1 Pengerusi menyatakan maklumat daripada Pn Sharifah Wahidda
Haneem bahawa penilaian dalam talian bagi subjek teras telah
dimasukkkan di dalam komputer di dalam bilik guru tetapi perlu
dikemas kini untuk penilaian suku ketiga tahunan.
7.2 Namun begitu, bagi subjek elektif masih terdapat ramai guru yang
masih belum mengemas kini band murid secara dalam talian.
7.3 Pengerusi berharap agar guru terlibat dapat mengambil tindakan untuk
mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Tindakan : Guru KSSR


8.0 Hal-hal lain
4.1 Pengerusi membuat sedikit teguran tentang sikap guru yang tidak
masuk ke kelas tetapi berada di dalam kawasan sekolah dan tiada
beban tugas yang dijalankan . Oleh itu, guru perlu mematuhi jadual
kelas atau jadual ganti yang telah diberikan. Harap semua guru dapat
mengambil tindakan dan memberikan kerjasama kerana guru
bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah yang berlaku di dalam
kelas seperti kecederaan murid.
4.2 Guru yang keluar daripada kawasan sekolah perlu dimaklumkan
kepada pihak pentadbiran sekolah. Sekiranya guru tidak
memaklumkan kepada pihak pertadbiran dan berlaku kecelekaan
diluar kawasan sekolah, pihak pentadbiran tidak akan
bertanggungjawab.

Tindakan : Semua Guru

4.3 Perbincangan bagi Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan akan


dibincangkan selepas ini
4.4 Perbincangan bagi Majlis Persaraan Guru Besar juga akan
dibincangkan.
4.5 Kursus KSSR Semakan bagi Tahun 2 akan dijalankan pada akhir
tahun 2017

Mesyuarat ditanggungkan pada jam 3.30 petang.

Tindakan : Semua guru

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................ ................................................

(SHARIFAH WAHIDDA HANEEM BT (JEMILAH BT AHMAD)


SYED JAMALIL) Penolong Kanan Kurikulum
Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Teroi
Sekolah Kebangsaan Teroi

You might also like