You are on page 1of 3

马六甲圣玛利亚华文小学

SJKC ST MARY
Ayer Salak, 75250 Melaka.
Kod Sekolah: MBC2074
Tel& Faxs: 06-3516586
Emel: MBC2074@moe.edu.my
______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 1 / 2024

TARIKH : 27 Mac 2024 (Rabu)


TEMPAT : Bilik Mesyuarat
MASA : 1:30 p.m.
KEHADIRAN : 8/9
TIDAK HADIR : Pn.Ngan Tau Lee

1.0 UCAPAN PENGERUSI / GURU BESAR

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi
menghadiri mesyuarat bil 1/2024 kali ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4. Perkara-perkara Berbincang

4.1 PBD
4.1.1 Pengoperasian PBD dengan penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP)
sepanjang tahun dan perekodan yang terkumpul dikemaskini dari semasa ke
semasa.
4.1.2 Ketika PdP dijalankan, guru perlu menggunakan Borang Transit untuk
merekodkan perkembangan murid.
4.1.3 Pelaporan PBD yang dibuat perlu dimuat naik ke ‘Google Drive’ rasmi sekolah
pada bulan Ogos dan Februari. Keseluruhan pelaporan PBD perlu dicetak
dan disimpan dalam pejabat mengikut kelas.

4.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


4.3.1 Elemen TMK perlu merentasi kurikulum.
4.3.2 Elemen Sivik perlu diserapkan dalam RPH pada akhir minggu setiap bulan.

Tindakan: Semua guru


5.0 PERBINCANGAN PROFESIONAL

5.1 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PELAJARAN (DSKP)


5.1.1 Guru harus merancang Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) berdasarkan
DSKP Semakan KSSR 2017.
5.1.2 Dokumen DSKP dan RPT perlu dihantar untuk semakan Guru Besar sebelum
pada 29 Mac 2024.
Tindakan: Semua Guru

5.2 Rancangan / Pertandingan / Aktiviti Tahunan 2024


5.2.1 Pertandingan Ejaan Bahasa Melayu akan dijalankan pada 3.6 2024 –
7.6.2024.
Tindakan: Semua Guru
5.2.2 Pertandingan Mendeklamasi Puisi akan dijalankan pada 17.6.2024 –
21.6.2024.
Tindakan: Cik Teh Seau Cheng
5.2.3 Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Melayu akan dijalankan pada
17.6.2024 – 21.6.2024.
Tindakan: Pn. Yong King Hee, Pn. Ong Sher Yin, Pn. Tan Qiu Yuan
5.2.4 Pertandingan Susun Perkataan Jadi Ayat, Membina Ayat dan Karangan
Bahasa Melayu akan dijalankan pada 24.6.2024 – 28.6.2024.
Tindakan: Semua guru
5.2.5 Wakil setiap kelas bagi setiap pertandingan adalah minimum 4 orang dan
maksimum 5 orang.
5.2.6 Salinan laporan pertandingan atau aktiviti perlu dihantar kepada Guru Besar
atau GPK 1, dan Ketua Panitia.
5.2.7 Ketua panitia perlu mengisi SISPEK setelah pertandingan tamat.
Tindakan: Ketua Panitia BM

5.3 Pertandingan Luar Sekolah


Pertandingan Guru yang Bertanggungjawab
Bercerita Cik Teh Seau Cheng (tahap 1)
Pn. Ong Sher Yin (tahap 2)
Syarahan Pn. Ong Sher Yin
Bertulis Pn. Ong Sher Yin
Pemahaman Cik Teh Seau Cheng

5.4 Papan Kenyataan Buletin


Guru yang bertanggungjawab menghias papan kenyataan Bahasa Melayu(sebelah
kantin) adalah seperti berikut:

Bulan Guru
Mac & Sept Pn. Ong Sher Yin
5.5 Kekerapan Latihan Bertulis
Kekerapan Latihan Setiap Tahun
1 2 3 4 5 6
1 Tulisan 1 1 1 1 1 1
2 Ejaan/Rencana 1-2 2 2 2 2 2
3 Latihan Tambahan - - - 1 1 1
4 Karangan - - - 1 1 1
5 Bina Ayat /Latihan 1 1 1 1 1 1
Tindakan: Semua Guru

6.0 Hal-hal Lain


6.1 Langkah Peningkatan Prestasi
6.1.1 Langkah-langkah mempertingkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
a) Program Bacaan Pagi Bahasa Melayu dijalankan pada setiap hari Selasa,
Khamis & Jumaat untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan murid.
b) Program Mentor Mentee
c) Program Hari Bahasa Melayu diadakan pada hari Selasa. (Semua guru dan
murid bertutur dalam Bahasa Melayu)
6.2 Semua murid digalakkan membaca surat khabar yang diletakkan di sudut
dewan sekolah setiap hari.
6.3 Peruntukan PCG Bahasa Melayu tahun ini ialah RM351.07. Jika guru Bahasa
Melayu perlu membeli BBM yang baharu, guru harus memberitahu Ketua
Panitia sebelum bulan April agar Ketua Panitia dapat mencatat dalam nota
minta yang dihantar kepada Guru Besar.

Tindakan: Semua Guru


UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 p.m.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ __________________
TEH SEAU CHENG ONG SHER YIN
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJKC St Mary, Melaka. SJKC St Mary, Melaka.

You might also like