You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SAUK

33500 KUALA KANGSAR, PERAK


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEEMPAT 2022/2023
Tarikh : 31 Januari 2023
Hari : Selasa
Masa : 1.30pm– 3.30 pm
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI


1.1 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Guru Besar menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.
TINDAKAN: MAKLUMAN

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG


LALU
2.1 Pn. Dayang Rosdiah membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Ustazah Siti Nur mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Puan Goh Ai
Ling
TINDAKAN: SETIAUSAHA

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT


Tiada
TINDAKAN: SEMUA GURU BM
AGENDA 4: PENCERAPAN DAN PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID
4.1 Guru Besar meminta semua guru menyemak hasil kerja murid dengan teliti.
4.2 Guru Besar juga meminta semua guru memberi latihan yang berkesan dan berkualiti kepada murid-
murid sepanjang tahun.
4.3 Guru besar menggalakkan guru-guru menjalankan PdPc dengan berkesan.
TINDAKAN: SEMUA GURU BM

AGENDA 5: PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PDP


5.1 Pengerusi menyeru guru-guru membudayakan KBAT dalam PDPC untuk meningkatkan kemahiran
berfikir dalam kalangan murid.
5.2 Guru Besar menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu digunakan semaksimum
mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan untuk tujuan P&P.
5.3 Guru Besar juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik minat murid.
TINDAKAN: SEMUA GURU BM
AGENDA 6: UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHAP 2
6.1 Pentaksiran murid tahap 2 telah diadakan dengan melibatkan seramai 27 orang murid.

AGENDA 7: POST MORTEM PENTAKSIRAN UJIAN AKADEMIK SEMESTER AKHIR


7.1 OPPM
Pencapaian Bahasa Melayu (Pemahaman) mengikut tahun:
Tahun A B C D ABCD %Lulus E %Gagal TH
4 2 0 0 3 5 83.3 1 16.7 -
5 1 3 0 2 6 85.7 1 14.3 -
6 0 1 1 1 3 42.8 4 57.2 -

Pentaksiran PBD mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 2:


Tahun Tahap Penguasaan (TP)
1 2 3 4 5 6
4 - 2 2 2 - -
5 - - 1 1 2 -
6 - 3 2 1 1 -

7.2 Isu dan Intervensi


Kebanyakan murid belum mencapai TP3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah murid berbangsa
Cina dan Melayu. Ini kerana Bahasa Melayu bukan Bahasa ibunda dalam kalangan murid berbangsa
Cina. Tambahan pula,murid berbangsa Cina kurang bertutur dalam Bahasa Melayu.
Manakala murid Melayu yang tidak menguasai 3M terdiri daripada murid yang jarang hadir ke sekolah.
Selain itu, sikap murid yang tidak ambil peduli dan tidak mementingkan pelajaran turut menyumbang
kepada isu murid yang tidak menguasai 3M.
Antara pelan intervensi yang digunakan untuk meningkatkan prestasi murid-murid termasuk
memperbanyakkan latihan berfokus terutamanya penulisan Bahasa Melayu, mengulangi isi-isi
kandungan penting agar memperkukuhkan pemahaman murid, mengadakan program bacaan pagi, satu
hari satu peribahasa , menjalankan pengukuhan dan pemulihan diadakan selepas PdPc dan ejaan kosa
kata.
TINDAKAN: SEMUA GURU BM
AGENDA 8 : PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN
8.1 Pelbagai program telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tahun 2022. Antara program tersebut
ialah:
I. Program Bacaan Pagi untuk Tahap 1 dan 2 pada setiap hari Isnin.
II. Program membaca anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 9 September hingga 30
November 2022
III. Minggu Bahasa Melayu yang diadakan pada 14 hingga 18 November 2022
IV. Karnival Bahasa Melayu SJKT/SJKC pada bulan April dan Jun 2022 dan seorang murid telah
berjaya mendapat tempat keenam dalam Ujian Bertulis iaitu adil Lau Jia Chen.
V. Persatuan Bahasa Melayu menjalankan aktiviti sepanjang tahun dengan jayanya.
VI. Program Pemulihan antaranya termasuklah Outreach Pengesanan Berkeperluan Khas yang
dianjurkan oleh PPD

AGENDA 9: HAL-HAL LAIN


9.1 Ujian Akhir Sesi Akademik telah diadakan untuk tahap 2 bermula 6 Januari 2023 hingga 13 Januari
2023
9.2 Pengisian Data Program Membaca anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia pada 5 Disember 2022
9.3 Memastikan semua buku aktiviti disiapkan sebelum sesi persekolahan baru bermula.
9.4 Mengemaskini RPH dalam CIDS

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________ _______________ _______________


(PN. DAYANG ROSDIAH (PN. GOH AI LING) (PN. HOR SOK LENG)
BINTI AWANG MASRI) GPK KURIKULUM GURU BESAR
KETUA PANITIA BAHASA SJKC SAUK SJKC SAUK
MELAYU
SJKC SAUK

You might also like