You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MELAKA

KM 4 JALAN SEMABOK 75050 MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-4 TAHUN 2021/2022

TARIKH : 19 Januari 2022


HARI : Rabu
TEMPAT : Kamar Tun Fatimah
MASA : 3.00 petang
KEHADIRAN : HADIR
1. Mohd Zaki bin Baharom (Guru Besar)
2. Noriyati binti Kimin ( GPK 1)
3. Rosnani bt Muhammad ( GPK HEM)
4. Nor Azizah bt Salleh ( KP BM)
5. Nor Arulliza Suzani bt A. Rahman
6. Noorhayati bt Abdul Rahim
7. Nurul Hidayah bt Adnan
8. Norwanajriah bt Taib
9. Nor Shahirah bt Mokhtar

TIDAK HADIR
1. Rabiatuladawiah bt Muhammad ( CUCUK VAKSIN)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.

1.2 Ketua Panitia(KP) juga mengucapkan selamat datang kepada guru-guru

Bahasa Melayu

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Nurul Hidayah mencadangkan minit mesyuarat Bil 3 /2021 diterima
dan
disahkan.

2.2 Minit mesyuarat Bil 3/2023 diterima dengan sebulat suara.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi meminta maklum balas berkaitan laporan program yang telah

dilaksanakan Panitia Bahasa Melayu.

Tindakan : Makluman Ketua Panitia

4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Ketua Panitia meminta semua guru menghantar Catch-Up Plan (CUP) dan
memastikan CUP dimasukkan di dalam fail Rancangan Mengajar Harian(RPH).
4.2 Semua guru Bahasa Melayu hendaklah mengenal Tahap Penguasaan Murid dalam
Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
4.3 Guru Bahasa melayu hendaklah menyediakan RPH mengikut CUP dan sekiranya
Kemahiran Asas Kurikulum (KAK) masih belum habis, guru boleh meneruskan
dan menghabiskan KAK sehingga 28 Februari 2022.
4.4 Guru Bahasa Melayu hendaklah menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap kebolehan murid serta menentukan intervensi
mengikut Tahap Penguasaan(TP) murid.
4.5 Guru hendaklah membuat rujukkan di dalam SumberKU KPM melalui link
berikut:
http://sumberku.moe.dl.edu.my

4.6 Guru boleh menggunakan kaedah M2P dalam PdP mengikut kesesuaian,
kebolehan dan keupayaan murid.
4.7 Guru hendaklah melaksanakan Literasi dan pemulihan kepada murid yang masih
belum menguasai kemahiran 3M secara berterusan. Bahan Kemahiran Literasi
dan Numerasi boleh didapati di dalam SumberKu KPM.
Tindakan : Makluma

5.0 PENCERAPAN
5.1 Guru hendaklah menghantar maklum balas borang pencerapan kepada Ketua
Panitia Bahasa Melayu.
5.2 Semua guru diingatkan dapat melaksanakan SKPMg2 Standard 4.
5.3 Guru Penolong Kanan Kurikulum (GPK 1) memaklumkan dalam perancangan
Pelan Strategi Bahasa Melayu bagi Tahun 2022 hendaklah memasukkan
Professional Learning Community (PLC). Perlaksanaan PLC akan dapat
membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan: Makluman
6.0PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)
6.1 Guru-guru diingatkan perlu melaksanakan PBD secara berterusan dan
memastikan murid dinilai mengikut tahap penguasaan murid.
6.2 Guru-guru perlu merujuk Dokumen Panduan Perkembangan murid atau DSKP
bagi melaksanakan PBD.
6.3 Analisis PBD akhir tahun 2021 adalah seperti berikut:-

BIL KELAS TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 JUMLAHMURID


1 TAHUN 1 3 2 - - - 6
1
2 TAHUN 1 1 2 - - - 4
2
3 TAHUN - - 1 - - - 1
3
4 TAHUN - - 1 - - - 1
4
5 TAHUN 1 3 2 - - - 6
5
6 TAHUN - 1 2 1 - - 4
6
Tindakan: Makluman

7.0PERANCANGAN TAHUNAN 2022


7.1 Perancangan pelan Strategik Panitia Bahasa Melayu 2022-2026.(Rujuk Lampiran)
7.2 Buku bagi Panita Bahasa Melayu adalah seperti berikut:-

PERKARA BILANGAN BUKU BILANGAN BUKU


(TAHAP 1) (TAHAP 2)
BUKU PANJANG 1 2
BUKU GARIS TIGA 1 1

7.3 Cadangan guru Bahasa Melayu bagi tahun 2022.

BIL KELAS NAMA GURU


1. PRASEKOLAH RABIATULADAWIAH BINTI MUHAMMAD
2. PEMULIHAN NOR AZIZAH BT SALLEH
3. MD AINA DAYANA BT HELMI
4. PENGUKUHAN NURUL HIDAYAH BT ADNAN

5. TAHUN 1 NOR AZIZAH BT SALLEH


6. TAHUN 2 NOORHAYATI BT ABD. RAHIM
7. TAHUN 3 NOR SHAHIRAH BT MOKHTAR
8. TAHUN 4 ROSNANI BT MUHAMMAD
9. TAHUN 5 NORIYATI BT KIMIN
10. TAHUN 6 NURUL HIDAYAH BT ADNAN

Tindakan: Makluman

8.0 PERBELANJAAN KEWANGAN


8.1 Ketua Panitia memaklumkan duit PCG Panitia Bahasa Melayu berbaki RM 0.54
sen.
Tindakan: KP Panitia

9.0 LAPORAN PROGRAM BAHASA MELAYU


9.1 Program Bahasa Melayu yang dirancang mengikut takwim dan telah dilaksanakan
dengan jayanya.
9.2 Laporan program akan dihantar sebelum tarikh akhir persekolahan pada bulan
Februari 2022.
9.3 Program yang sama akan diteruskan pada tahun 2022/2023.

Tindakan: SU Panitia

10.0 PLC/ PENINGKATAN PROFESIONALISME DALAM PANITIA


10.1 PLC adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru yang
lebih berfokus untuk kecemerlangan murid.
10.2 Harapan GPK 1, agar guru boleh meningkatkan PLC pada tahun 2022/2023.
Program boleh dilaksanakan dalam panitia atau bergabung dengan panitia
lain.
Tindakan: SU Panitia
11.0 PAK21
11.1 Kaedah PAK21 akan terus dimantapkan lagi dari masa ke masa terutama
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
semua mata pelajaran dan bilik darjah.
11.2 Guru digalakkan sentiasa merekodkan kaedah PAK21 yang
dilaksanakan semasa PdPC

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

12.0 HAL-HAL LAIN


12.1 Ketua panitia berharap semua guru BM dapat mengambil tindakkan segera
menghantar CUP kepada ketua panitia.
Tindakan: Makluman

13.0 PENUTUP
13.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat ini penting untuk semua AJK Panitia
Bahasa Melayu merancang, melaksana dan menjayakan program yang telah
dirancang pada tahun 2022/2023. Diharapkan tahun 2022/2023 akan lebih baik
lagi.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh

…………………………………
(Rabiatuladawiah bt Muhammad)
Setiausaha Bahasa Melayu

Disemak oleh

………………………………..
( Nor Azizah bt Salleh)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh

………………………………….
( Mohd Zaki bin Baharom)
Guru Besar SKPKM

You might also like