You are on page 1of 2

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih saudari pengerusi Majlis,


Yang dihormati
Tetamu yang diraikan, En. Mohd Zaki bin Baharom,mantan Guru Besar SKPKM
YDP PIBG, En. Mohd Hafizuddin bin Mohd Fauzi
Barisan Pentadbir;
Cikgu Rosnani bt Muhammad, GPK HEM
Cikgu Noriyati bt Kimin,GPK Kurikulum
Cikgu Mohamad Saiful bin Saad, GPK Kokurikulum
Yang diraikan Mantan Guru Besar SKPKM,Cikgu Zaki Bin Baharom
Guru-guru, AKP dan para tetamu yang saya kasihi.
Alhamdulillah, saya melahirkan rasa bkesyukuran kehadrat Alllah SWT kerana masih
diberikan nikmat bernafas seterusnya berpeluang untuk berucap dalam Majlis Sulaman Kasih
Junjungan Budi dan jamua Akhir Tahun 2022 yang penuh bermakna ini.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Ahli Jawatankuasa pengelola majlis yang saya
pasti telah berusaha dengan gigih dan berkomited bagi memastikan program ini berjalan
dengan baik..
Saya juga yakin sudah pastinya majlis ini sangat bermakna untuk semua ahli kelab keluarga
SK Pendidikan Khas Melaka bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
Saya juga merakam setinggi-tinggi uacapan terima kasih atas kata-kata aluan yang menerima
saya sebagai ahli baharu dalam keluarga besar SKPKM.
Insya Allah kita sama-sama sebagai ahli keluarga yang bersatu hati dan berusaha untuk
saling sayang menyayangi, bantu membatu dan pupuk rasa ukhuwwah kekeluarga bagi
mendapat kata sepakat untuk keluarga yang sejahtera bertepatan dengan dasar kerajaan
“Keluarga Sejahtera” dikalangan ahli kelab seterusnya warga sekolah.
Para tetamu yang dikasihi,
Saya juga mengambil kesempatan ini, mengalu-alukan kehadiran yang diraikan pada hari ini
iaitu, mantan Guru Besar SKPKM, Encik Mohd Zaki bin Baharom, Semoga majlis ini
meninggalkan kenangan manis dalam diri beliau yang telah berkhidmata di sekolah
ini.Perpisah ini bukan lah pengakhiran ikatan kekeluargaan malahan menjadikan satu titik
permulaan jalinan kasih sesama saudara seislam.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKPKM yang telah
melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tahun 2022/2023.
Tidak lupa juga kepada AJK Kelab Guru yang telah menjalankan persiapan bagi menjayakan
majlis pada petang ini.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih


Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like