You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS HARI ANUGERAH

KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN


KELADI 2023/2024

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan salam
perpaduan buat semua warga Sekolah Kebangsaan Keladi.

Yang berusaha,
Tuan Syed Shahrul Nizar bin Syed Mohd Zainudin
Guru Besar SK Keladi.

Yang berusaha,
Puan Kartine binti Sepawi
Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Rozaini Binti Ali


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tn. Haji Mohd Mokhzani Bin Musa


Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru, murid-murid seterusnya warga dewan yang dikasihi sekalian.


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan
sekalung penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Keladi kerana sudi
mengundang saya ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid ini.
Terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan kepada guru-guru yang telah berjaya
memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan
yang berkualiti pada hari ini. Saya berharap semoga majlis gemilang ini dapat
dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat untuk memberi
dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang bukan sahaja sahsiah diri semata-mata, tetapi
juga dalam bidang akademik dan kokurikulum. Diharapkan semoga program
seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang untuk terus
memartabatkan sahsiah dan peribadi yang luhur dalam kalangan murid-murid.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan


setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua murid atas kejayaan yang anda
kecapi pada hari ini. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya
merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid Sekolah
Kebangsaan Keladi sesi 2023/2024. Sekian, wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like