You are on page 1of 2

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Alllah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, saya dapat berdua muka dan dapat bersama-sama di Shah Alam Convention Center
yang serba indah untuk menyempurnakan majlis yang penuh bermakna, iaitu Majlis
Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun 2023. Tahniah saya ucapkan buat warga Kolej Islam
Sultan Alam Shah kerana berjaya merealisasikan majlis ini. Dalam kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang sudi menjemput
saya bagi menyempurnakan majlis ini dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada para
graduan. Terima kasih juga kepada para guru yang beriltizam menyempurnakan majlis ini
sebagai tanda sokongan, galakan, dan penghargaan kepada anak-anak didik mereka. Saya
berharap majlis graduasi ini menjadi pembakar semangat untuk menterjemahkan
kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang dihormati,

Sayugia diingatkan bahawa murid-murid perlu menjalankan tanggungjawab sebagai


penuntut ilmu dan menghayati kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang dipelajari di
sekolah. Kalau murid terleka dan alpa, dibimbingi proses pembelajaran akan terbantut dan
tersekat ketika keluar daripada alam persekolahan. Oleh itu, pertautan pembelajaran di
rumah dan di sekolah hendaklah senantiasa berlaku secara istiqamah. Insya-Allah, jika
proses saling melengkapi antara kedua-dua institusi ini dapat dihayati, pasti murid-murid
akan berjaya memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan lahir sebagai modal
insan yang dapat memenuhi aspirasi negara.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang akan menerima
sijil dan tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dengan jayanya majlis yang gemilang
pada pagi ini. Bahawa kita sedia maklum, Majlis Graduasi diadakan sebagai tanda
penghargaan pihak sekolah kepada murid yang bakal menamatkan sesi persekolahan pada
tahun ini. Selain itu, bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah
ditunjukkan oleh murid-murid terpilih di sekolah ini. Kejayaan anak-anak ini ialah hasil usaha
secara kolaborator daripada pelbagai pihak.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasan
dan amanah yang diberikan bagi memastikan transformasi pendidikan berjalan lancar dan
memenuhi aspirasi negara. Saya yakin murid-murid sekolah ini telah bertanding hingga ke
peringkat negeri, kebangsaan, malah antarabangsa. Saya yakin dan percaya, keikhlasan
dan usaha yang tuan-tuan dan puan-puan berikan kepada akan-anak didik ini, pasti akan
memperoleh ganjaran dan rahmat daripada Allah S.W.T. Saya juga berkeyakinan bahawa
pihak sekolah ini akan terus berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian anak-
anak ini ke tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dalam aspek kurikulum
bahkan aktiviti kokurikulum diperingkat daerah, dan seterusnya ke peringkat yang lebih
tinggi. Teruskan usaha baik ini, insyaallah, saya pasti natijah yang baik juga akan datang
kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai warga pendidik Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Hadirin sekalian,
Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu dilihat sebagai
cemerlang tetapi harus juga sentiasa dilihat mendahului zaman. Walaupun kita boleh
berbangga dengan pencapaian sehingga kini, namun tugas dan cabaran masa depan
memerlukan kita bersama-sama untuk terus bekerja lebih keras dan mempelbagai strategi.
Setiap detik, kita perlu bersedia menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenal pasti
kekurangan dan kelemahan yang harus diperbaik, hatta mempelajari daripada mereka yang
lebih cemerlang.

Usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran sebenarnya bermula dari rumah. Ibu bapa
ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Mereka yang bertanggungjawab menanam
nilai-nilai murni yang sesuai bagi membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan
serta menjadi manusia yang dapat memartabatkan agama, bangsa, dan negara.pendidikan
seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada noktah kepada proses ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Saya percaya murid-murid KISAS ini merupakan murid-murid yang cemerlang hasilan guru-
guru dan persekitaran yang cemerlang. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kami amat menghargai
dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi membantu kami mendidik anak-anak kami
dan memastikan keselamatan di sekolah senantiasa terpelihara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya berharap semua guru di KISAS dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa
jemu dan penuh dedikasi. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak
perubahan dari masa ke masa. Kita berharap KISAS terus melahirkan generasi yang hebat
dan pemimpin yang berwibawa. Murid-murid perlu menggunakan peluang yang ada sebaik
mungkin bagi menguasai ilmu, kemahiran, dan membina personaliti yang cemerlang demi
membina masa depan yang lebih cerah.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua warga Kolej Islam Sultan Alam Shah. Tahniah dan
syabas sekali lagi saya ucapkan kepada warga KISAS, pihak PIBG, Ibu bapa, dan murid-
murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Saya mendoakan murid-murid
KISAS yang akan menduduki SPM, STPM, dan STAM dapat menjawab soalan peperiksaan
dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Akhir kalam, saya dengan ini
merasmikan Majlis Graduasi Kolej Islam Sultan Alam Shah tahun 2023.

Sekian terima kasih

You might also like