You are on page 1of 3

Teks Ucapan Perasmian Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi

Prasekolah SK Nenasi 2019

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat pagi dan salam sejahtera .

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha,
Puan Ruslinah Binti Mohamed Kaseh
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nenasi

Encik Mohd Rudy Bin Mohammad Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Nenasi

Encik Ab Manan Bin Ab Ghani


Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Nenasi

Encik Wan Azreen Bin Wan Mohd Juhari


Pengerusi Pewaris Prasekolah SK Nenasi

Encik Yazid Bin Khiruddin


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Norhidawati Binti Ramli


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Nadiah Binti Emran
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,


Barisan guru dan ibu bapa yang budiman
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada pihak Sekolah Kebangsaan Nenasi kerana sudi mengundang
saya ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Prasekolah
pada hari ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang
telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke majlis ini.
Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan
modal insan yang berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas
permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada


usaha dan kesungguhan guru semata-mata. Selain guru yang
diumpamakan lilin membakar diri ini, ibu bapa juga perlu mencorakkan
masa depan anak-anak mereka. Malah tuan-tuan dan puan-puan, ibu
bapa penjaga merupakan faktor yang paling utama yang membolehkan
kejayaan seseorang murid itu. Sokongan dan galakan yang padu
daripada ibu bapa penjaga mampu meningkatkan motivasi dalam
kalangan murid untuk menjadi orang yang berjaya dan cemerlang.
Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada
murid-murid agar dapat membuktikan bahawa anda mampu
meneruskan kejayaan yang lebih gemilang. Berusahalah dengan lebih
gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk
memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi
dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha
mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga
program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang
bukan sahaja untuk murid yang cemerlang malahan bagi murid yang
menunjukkan peningkatan atau kemajuan dalam segala bidang.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya


mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid atas kejayaan
anda. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya
merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Nenasi. Sekian, wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like