You are on page 1of 5

Teks Ucapan

Yang Berbahagia Dato’ Aminuddin bin Omar,


Penyelaras DUN Jitra.

Sempena Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9

SK DARULAMAN HEIGHTS
PADA 25 JUN 2022

Assalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarakatuh,
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Saudara Pengacara Majlis,

Yang Berusaha,
Encik Burhanurdin bin Hasan,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights,

Yang Dihormati,
En.Mohd Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman,
Pengerusi PIBG,
Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights,

Barisan Penolong Kanan,

Ahli Jawatankuasa PIBG,


SK Darulaman Heights,

Guru-guru,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.


Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dapat
kita bersama-sama dalam mesyuarat PIBG y a n g k e - 9 pada pagi ini.Saya ingin
mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada SK
Darulaman Heights di bawah pimpinan dan pengurus sekolahnya Encik
Burhanurdin bin Hasan serta barisan pentadbiran yang lain,serta pengurusan
PIBG SK Darulaman Heights yang diterajui oleh Encik Mohd Fauzul Fitri bin
Dato’ Haji Abdul Rahman serta jawatankuasanya yang begitu

komited untuk memastikan mesyuarat yang bakal diadakan selepas ini

berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya mesyuarat seperti ini amatlah

dialu-alukan kerana ia dapat merapatkan lagi silaturrahim dan bertukar-

tukar pendapat sesama kita.

Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan ke mesyuarat pada hari ini, dimana ia jelas membuktikan komitmen
dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam
organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea-
idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah
ini.
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebagaimana kita sedia maklum Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah
sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan
sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di
sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah
kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskan halatuju
dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.
Pengurusan PIBG yang cekap dan efisien akan mendorong kepada kejayaan
sesebuah sekolah.
Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi
Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana
sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, pihak sekolah dan ibu bapa
dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan
masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang
menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan
kuasa PIBG seperti yang telah digariskan. Diharapkan perbincangan usul-usul
daripada ibu bapa yang akan mencapai kesepakatan yang jitu buat warga sekolah.

Dalam mendepani dunia serba mencabar ini, kekuatan mental dan fizikal amatlah
penting.Guru-guru khasnya perlu lebih kreatif dan cakna dalam menarik minat
murid.Dua tahun system pembelajaran terpaksa diubah kepada system dalam
talian,sedikit sebanyak menjadi cabaran hebat buat para
guru.Walaubagaimanapun saya berkeyakinan tinggi para guru di Sekolah
Kebangsaan Darulaman Heights sangat berdedikasi lantaran banyak kejayaan yang
dikecapi walaupun berdepan situasi pandemic.Marilah sama-sama kita doakan
semoga ALLAH menghindarkan kita dari situasi serupa pada masa-masa akan
datang

Usaha-usaha JK PIBG dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti telah juga
dapat membantu sekolah meningkatkan keceriaan persekitarannya, memantapkan
lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti Majlis
Hari Raya, Majlis Qurban, Sukan, Hari Anugerah Sekolah dan Maulidur Rasul.
Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini akan
cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan
dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah
kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah
ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan
didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih
besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-
guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak
berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan
cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu,
peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan program,
aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini dan saya juga ingin
mengucapkan syabas atas kejayaan melaksanakan mesyuarat pada hari ini. Harapan
saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 ini akan dapat berjalan lancar dan
teratur.

Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya dengan


sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Darulaman Heights kali ke-9/

Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.

You might also like