You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK (2) JALAN MERU 2023

(PERASMI)

Selamat pagi dan Salam Sejahtera.


Terima kasih saudara pengacara majlis,

Yang Berusaha,
Encik Tan Chee Keong,
Guru Besar SK (2) Jalan Meru,

Yang dihormati,
Puan Siti Rahawati Binti Muzir,
YDP PIBG SK (2) Jalan Meru,

Encik Ahmad Azizulaziz Bin Mahmud


Penolong kanan Pentadbiran,

Encik Abdul Rahman Bin Yaakob


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Subari Bin Haji Mohammed Sayuti


Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Guru dan Jawatankuasa PIBG,


Para ibu bapa/waris dan penjaga.
Serta para hadirin yang dikasihi sekalian

Bersyukur kita kerana dengan izin Tuhan, kita dapat berkumpul pada hari ini
sempena Mesyuarat Agung Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) kali ke-44
tahun 2023 bagi SK (2) JALAN MERU. Saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG di sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang,
mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, semua mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan
pada setiap tahun untuk berbincang secara 2 hala di antara pihak penjaga dan
guru untuk membincangkan hal berbangkit bagi meningkatkan prestasi anak-
anak di sekolah ini.

Di samping itu, harus di ingatkan bahawa perkara berkaitan dengan batasan


kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa
seperti mana yang tercatat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 5
Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkara-perkara yang disentuh di
dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan
pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama-sama dalam usaha untuk meningkatkan mutu
pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah. Selain itu,
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa,
dan komuniti setempat (school home community partnership).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sesungguhnya majlis pada pagi ini amat bermakna, pihak sekolah dan ibu bapa
dapat bertemu dan berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan
masa depan anak anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang
menjadi kunci kejayaan PIBG dan pihak sekolah. Selain daripada
membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG
pada hari ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama dengan sebaik
mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak ibu bapa atau waris murid-
murid.

Harus diingat juga, kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di


rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak
kita terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelaslah,
tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah
tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu
sewenang-wenangnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini,
PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha
tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga
pembangunan sekolah.

Dalam usaha menyaingi arus pembangunan, pendidikan berkualiti yang


sepatutnya di nikmati oleh murid-murid wajar diseimbangkan dari segi
pencapaian akademik, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Sebagai ibu
bapa, kita perlu bertindak proaktif dalam mengawasi dan mengambil tahu
segala aktiviti yang diceburi oleh anak-anak kita. Kesibukan kerja kerap
dijadikan alasan dan kita bimbang jika situasi ini berterusan, dalam diam kita
menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada satu pihak sekolah sahaja.
Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita pening melayan perangai tiga atau empat
orang anak. Bayangkan tahap kesabaran seorang guru menangani 35 hingga 40
orang pelajar dalam satu kelas. Satu penghormatan harus diberikan kepada para
pendidik yang begitu komited dalam melaksanakan amanah dan tugas mereka.

Saya berharap jalinan kepercayaan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa
dapat dibentuk melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti pada hari ini.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang begitu mengambil berat dan
menjunjung tugas mendidik ini bersama-sama. Kata orang bijak pandai, “di
rumah ada ibu, ada bapa, di sekolah ada guru turut menjaga”.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Pembiayaan persekolahan anak-anak memerlukan kos yang banyak dan


semakin meningkat setiap tahun. Kegawatan ekonomi global turut memberikan
kesan menyebabkan ibu bapa menghadapi kesukaran dalam memenuhi
permintaan anak-anak termasuklah hal-hal yang melibatkan belanja
persekolahan. Kata orang, keadaan sekarang ini ibarat memakai selimut pendek,
ditarik ke bawah nampak kepala, ditarik ke atas nampak kaki.

Begitupun saya berharap ibu bapa tetap memberi sokongan penuh kepada pihak
sekolah dan berganding bahu membantu melancarkan program-program yang
direncanakan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya, kejayaan memerlukan
pengorbanan dan keprihatinan. Di sinilah peranan PIBG tampil bersama-sama
tenaga pengajar SK (2) JALAN MERU dalam usaha membentuk modal insan
yang cemerlang serta mencapai matlamat pendidikan berkualiti untuk semua
murid. Tanpa kerjasama semua pihak, mustahil untuk kita mencapai kejayaan.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini


untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada hari ini. Saya
juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang
telah menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan tenaga guru-guru serta ibu
bapa di sekolah ini, saya dengan ini berbesar hati inginj menyumbang sebanyak
RM_____________. Di harapkan dengan sumbangan ini akan menyuntik
semangat anak-anak untuk terus belajar dengan lebih baik lagi.

Akhirnya, saya denga sukacitanya, merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG) SK (2) JALAN MERU kali ke-44 tahun 2023.

Sekian, terima kasih

You might also like