You are on page 1of 1

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-39 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang
dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi


tahniah dan syabas kepada semua AJK pengelola majlis kerana sekali lagi berjaya menganjurkan
Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan sibuk dengan pelbagai tugas yang
lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa
bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala Tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik
walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan
PIBG yang terlah tuan puan berikan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu
membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian Pendidikan dan sahsiah
anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang
telah memberi sumbangan PIBG.Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan
demi pembelajaran anak-anak.

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit tetapi Kerjasama daripada ibu
bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru agar
ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Keratong terus
melakar kejayaan. Saya juga berharap semua AJK PIBG dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih
lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

Sekian terima kasih.

..........................................

(ABDUL HISEM BIN IDRIS)

YDP PIBG SMK KERATONG

You might also like