You are on page 1of 3

PERKARA TEKS UCAPAN

BUTIR UCAPAN
PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31
SALUTASI
MAJLIS & MAJLIS APRESIASI MURID 2022
Rujuk di lampiran
SK TAMAN RINTING 1
YB TUAN HAJI BAHARUDIN BIN MOHAMED TAIB
(ADUN PERMAS)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera .

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin,,


limpah dan hidayah-Nya, maka dapat sama-sama kita berhimpun
pada pagi ini dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31 dan
Majlis Apresiaisi Murid 2022 SK Taman Rinting 1.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah


kepada warga SK Taman Rinting 1 dengan kerjasama PIBG,
kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang sangat bermakna ini.

Saya merakamkan ucapan terima kasih atas penghargaan


yang telah diberikan kepada saya sebagai perasmi majlis ini.
Sesungguhnya,penghargaan ini saya anggap sebagai
kesinambungan perhubungan antara kita untuk meningkatkan
pencapaian akademik murid-murid.

Saya berasa amat berbesar hati atas undangan ini, dan diharapkan
majlis yang dirancang rapi pada pagi ini berjalan dengan lancar serta
mendapat keberkatan daripada Alllah SWT.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis yang diadakan pada pagi ini merupakan program besar setiap
sekolah untuk meraikan anak-anak yang berjaya. Saya yakin
bahawa majlis yang diadakan saban tahun ini antara lain sudah
tentulah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan
pengiktirafan kepada murid-murid di sekolah ini atas kejayaan
mereka.

Pada hemat saya, majlis ini merupakan antara majlis yang sentiasa
dinanti-nantikan oleh murid-murid, guru-guru serta ibu bapa kerana
dalam majlis inilah segala usaha yang telah dilakukan oleh guru dan
murid diiktiraf dalam bentuk penyampaian anugerah seumpama ini.

Dalam majlis ini juga, kita sebagai ibu bapa berpeluang untuk
melihat anak-anak menunjukkan bakat mereka dalam persembahan
pentas.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Saya yakin, selain pihak yang berkaitan dengan pendidikan, pihak


swasta dan badan korporat juga sentiasa mempunyai
tanggungjawab sosial memberikan sokongan yang penuh kepada
pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti- aktiviti yang berkaitan
demi masa depan dan kebaikan anak-anak kita.

Kami sedia maklum bahawa tugas pihak sekolah menjalankan setiap


aktiviti yang dirancang bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, saya
menyeru kepada para ibu bapa agar marilah kita bersama-sama
berganding bahu serta bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
menjalankan apa sahaja aktiviti yang berkaitan. Dengan adanya
hubungan tiga hala antara guru, murid dan ibu bapa, sudah pasti
suasana sekolah akan menjadi lebih harmoni, ceria, kondusif dan
cemerlang.

Program Sarana Ibu bapa yang cuba direalisasikan boleh menjadi


platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah
dan ibu bapa, seterusnya menjadikan SK Taman Rinting 1 ini
sebagai sekolah yang berjaya dan terbilang dalam semua aspek
pada masa hadapan .Perlu ditegaskan di sini bahawa sumbangan
dan penglibatan agensi-agensi korporat kepada sekolah-sekolah
juga merupakan sebahagian daripada program Sarana Sekolah.
Inilah yang dikatakan sebagai tanggungjawab sosial syarikat kepada
komuniti .

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Berbalik pada Majlis Apresiasi Murid pada pagi ini, saya amat
berharap agar anugerah yang disampaikan ini akan dapat dijadikan
pendorong kepada murid-murid supaya lebih berjaya pada masa
hadapan. Ingatlah bahawa kejayaan yang dicapai hendaklah disertai
dengan sahsiah yang terpuji. Jadilah murid yang baik dan anak yang
mendengar kata. InsyaAllah, berkat kerjasama dan komitmen yang
tinggi daripada guru-guru dan ibu bapa, kejayaan dan
kecemerlangan pasti akan dicapai.

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput
saya hadir dalam majlis ini.

Terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli jawatan kuasa kerja
majlis ini yang terdiri daripada guru-guru dan warga SK.Taman
Rinting 1 kerana telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Terima kasih juga kepada PIBG kerana sentiasa menyokong pihak
sekolah dalam apa jua program. Inilah yang kita harapkan.
daripada para ibu bapa yang hadir pada hari ini, tahniah diucapkan.
Semoga jasa baik tuan,puan, saudara dan saudari akan mendapat
keredhaan daripada Allah SWT.

Selain itu, saya amat berharap hubungan baik antara badan korporat
dan sektor pendidikan dapat diteruskan pada masa akan datang
dalam pelbagai bentuk aktiviti.

Maka dengan ini, saya dengan lafaz


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 31 dan Majlis Apresiasi Murid 2022 SK Taman Rinting1.

Sekian, Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like