You are on page 1of 1

SETINTA PENA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.


Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang
kepada saya untuk menukilkan kata-kata aluan di dalam buku program sempena mesyuarat Agung
PIBG SKTP bagi kali ke-36

Terima kasih saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini
kerana sepanjang saya menjadi YDP PIBG di SKTP ini, saya telah mendapat kerjasama dan
komitmen yang baik sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan juga kepada ibu bapa dan penjaga kerana sentiasa
memberi sokongan dan kerjasama yang padu kepada PIBG dalam merencana dan melaksana setiap
aktiviti dan program dengan baik. Sebagai YDP PIBG, saya percaya bahawa PIBG mempunyai
tanggungjawab bagi membantu pihak sekolah dalam merangka dan menyediakan landasan bagi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum yang lebih efektif dan mapan bagi
melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi pada masa hadapan.

Dalam mengharungi dunia yang penuh mencabar dan sukar dibuat telahan semua pihak di SKTP
haruslah bersiap sedia melengkapkan diri bagi menangani apa juga cabaran yang mendatang. PIBG
memainkan peranan yang penting untuk membantu pihak sekolah mencapai matlamat yang telah
dirancang berdasarkan visi dan misi sekolah. Untuk mencapai kecemerlangan di peringkat sekolah,
keterlibatan dan sumbangan ibu bapa serta komuniti setempat sangat dialu-alukan. Tanpa sokongan
dan dorongan padu daripada semua pihak, pembangunan pendidikan akan menjadi sesuatu yang sukar
dilaksanakan.

Akhir sekali, syabas kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri. Saya menyeru
kepada semua pihak agar dapat terus memainkan peranan masing-masing dalam memberi sokongan
kepada PIBG bagi merealisasikan aspirasi sekolah demi kejayaan pelajar melalui pendekatan harmoni
dan berhemah. Semoga SKTP akan terus ke mercu kejayaan dalam semua bidang.

Sekian, terima kasih.

You might also like