You are on page 1of 2

Peranan PIBG Berjaya Memajukan Sekolah

Selamat pagi Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-


guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya
hulurkan.

Hadirin sekalian,

Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Peranan PIBG Berjaya
Memajukan Sekolah. PIBG bermaksud Persatuan Ibu Bapa
dan Guru. PIBG perlulah bekerjasama agar sekolah terus
cemerlang.

PIBG telah menghulurkan bantuan kepada pihak sekolah


dalam pelbagai bentuk, termasuklah wang. Dengan wang
tersebut, pihak sekolah dapat membangunkan infrastruktur
sekolah. Murid-murid dapat belajar dengan selesa dengan
adanya kelengkapan yang lengkap.

Selain itu, PIBG meningkatkan prestasi murid. PIBG


memberi idea untuk meningkatkan prestasi murid. Kejayaan
murid ialah kejayaan bersama ibu bapa dan guru.

PIBG juga memainkan peranan dengan mengadakan


Sambutan Hari Guru dan Hari Kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti
seperti ini diadakan sebagai tanda menghargai para guru dan
murid. Para guru dan murid bersemangat untuk terus
mencapai kejayaan bersama.

Kesimpulannya, PIBG amat diperlukan oleh pihak


sekolah untuk memajukan sekolah dan prestasi sekolah.

Sekian, terima kasih.

You might also like