You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN YDP SEMPENA PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN THN 6 .

Yang berusaha pengacara majlis


Yang dihormati Guru Besar En Rosli B Hj Sharif
Yang dihormati Mualimah Penceramah
AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang diMULIAKAN sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KATA ALU-ALUAN
Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam
program Motivasi keibubapaan bersama Ibubapa tahun 6 SK CHERA JAYA 2013 ,pagi ini. Saya amat
mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru2 yang mana dapat meluangkan masa untuk hadir demi
peningkatan akademik anak2 kita. Saya rasa berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi terima
kasih di atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan. Saya berasa amat bangga dengan kehadiran
tuan-tuan ke majlis pada hari ini. Kehadiran ini membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi
terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan kita
memperolehi manfaat dan idea-idea baru di sepanjang majlis ini berlangsung.INSYAA ALLAH..
Saya ingin berkongsi dgn tajuk:
KEYAKINAN DALAMAN PELAJAR HENDAKLAH SELARI dengan TUNTUTAN AGAMA MASING2.
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang
pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti
yang cemerlang. Tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai
masa depan yang cerah. Sedangkan mereka ini hidup dalam zaman yang semakin mencabar dengan
masalah sosial dan ekonomi.
ingin saya kongsikan cerita ttg seorang murid dari daerah ulu Langat, Selangor, Pada awal tahun ini,
kita merasa bangga kerana anak melayu boleh berjaya lebih dari kaum lain, iaitu pelajar cemerlang
tersebut iaitu Nik Nor Madihah. Hampir seluruh Malaysia tertumpu kepada beliau, dan tabiat
manusia adalah ingin mengetahui rahsia kejayaannya. Apa yang menarik dalam kisah beliau adalah,
bukan sekadar kejayaan tetapi ketabahan beliau mengharungi pembelajaran dalam suasana serba
kekurangan, dan lebih menonjol ialah beliau mempunyai keyakinan dalaman yang amat
mengkagumkan dimana beliau sering menjadikan kebiasaannya berpuasa pd hari Isnin dan Khamis
dan lain2 amalan seperti solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.
Apa yang saya ingin sampaikan ialah kepada konsep pembelajaran islam sebenar tidak sama dengan
pembelajaran konvensional yang hanya menitik beratkan kejayaan keduniaan, malah lebih baik lagi
kerana konsep pembelajaran islam merangkumi dunia dan akhirat yang akan lebih memberi motivasi
kepada pelajar. Sebagaimana nabi dan sahabat baginda bermotivasi di dalam mengejar keredhaan
dan syurga Allah dengan firmanNya, yang bermaksud "tempat penamat yang harum semerbak
kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba" (Surah Al-
Mutaffifin :26)
TUAN PUAN, Yang dihormati sekalian,
Untuk makluman , HARAPAN AJK PIBG KEPADA IBUBAPA akan terus berusaha ke arah
kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin
meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-
sia dan tersekat di pertengahan jalan. Saya mengharapkan sokongan teguh ibubapa kepada PIBG
untuk menyumbang idea, kewangan dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita . Sekiranya boleh
tampilah memberi kerjasama bersama2 dgn PIBG dengan peratus keuntungan .
AJK PIBG akan merangka beberapa program dan aktiviti demi memastikan SKCJ ini dapat berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan SK terbaik di HULU LANGAT. PIBG mengsasarkan untuk
mendapat peratus kelulusan 100% dalam jangkamasa 3 tahun bermula 2013. Ini bagi memastikan
SKCJ adalah SK terbaik (No. 1) didaerah Hulu Langat. InsyaALLAH. Oleh itu saya, mengharapkan
kerjasama dan sokongan tuan/puan di dalam menjayakannya.
PROGRAM PIBG TAHUN INI
Bagi program PIBG 2013/2014, kami telah menyusun program yang melibatkan beberapa kategori
seperti:
1) Pendidikan: beberapa program akan dirancang dan akan dilaksanakan., sebagai contoh seperti
program tuisyen disekolah, (Motivasi kepada Ibubapa tahun 6), program pemantapan AKADEMIK,
bengkel menjawab soalan, motivasi berterusan kepada pelajar dan lain2 lagi. Disamping penumpuan
kepada pelajar, PIBG SKCJ tidak lupa untuk meningkatkan tahap kemahiran guru-guru, oleh itu Biro
Inovasi akan diwujudkan dengan ditugaskan menyediakkan program peningkatan kemahiran dan
kecekapan guru-guru.
2) Kebersihan dan kecukupan prasarana: Disamping itu, PIBG juga tidak melupakan aspek kebersihan
dan kecukupan prasarana, yang mana, pada tahun ini, Gotong royong akan diadakan 2 kali setahun
bagi merapatkan jurang silaturahim diantara ibubapa & guru SERTA komuniti, insyaALLAH. Saya
mengharapkan ibubapa semua dapat hadir bagi memastikan suasana pembelajaran anak2 kita
adalah dalam keadaan yang lebih kondusif. Langkah pertama yang diambil ialah mengetahui
tahap/rating kebersihan dan kecukupan prasarana sekolah ini. PIBG bersama SKCJ akan memohon
pandangan dan idea dari tuan/puan melalui SURVEY, bagi melaksanakan rating ini.
3) Dana PIBG: Untuk makluman dana PIBG sekolah ini, bolehlah diibaratkan kais pagi, makan pagi,
kais petang, makan petang, yuran tahunan hanya cukup2 untuk operasi sekolah. InsyaALLAH PIBG
juga akan melaksanakan program2 bagi menambahkan dana, yang mana sifat pemurah tuan/puan
amatlah ditagih. Program2 ini akan dimaklumkan kepada tuan/puan dari semasa ke semasa. Cuma
saya lebih berminat dan berharap akan ada ibubapa & guru yang boleh menyumbangkan idea &
cadangan bagi mengatasi isu-isu perlaksanaan program2 yang boleh situasi menang2 diantara PIBG
& KOMUNITI. Ada sepotong ayat yang menarik minat saya..ayat ini berbunyi Duit bukan segalanya
tetapi segalanya perlu bermula dengan duit sejujurnya yang ingin dikatakan ialah jika SKCJ
bergantung kepada peruntukan dari kementerian , memang lah cukup2 makan bagi melakukan
aktiviti bulanan waima tahunan sekalipun, utk menjadi yang terbaik dan membanggakan ia harus
ada sokongan yang baik dari pihak ibubapa . Ia mungkin sejenis perniagaan atau usahasama DARI
IBUBAPA DAN KOMUNITI.
4) Komunikasi 2 Hala: Berikutnya, melalui Biro Perhubungan yang telah dibentuk, kami akan
berusaha untuk mengeratkan lagi interaksi ibubapa dengan pihak sekolah, PIBG telah mewujudkan
LAMAN FACEBOOK PIBG yang dikenali sebagai PIBG SKCJ yang telah menjangkau 137 orang , yang
mana diharapkan tuan/puan dapat melayarinya dan memberi input/komen yang bernas bagi
meningkatkan kecemerlangan sekolah anak2 kita ini. InsyaALLAH kami juga akan memadatkan info2
yg berilmu dalam keluaran Buletin sekolah setiap bulan dan beberapa program lain dari semasa ke
semasa yg akan dimaklumkan melalui anak2 tuan/puan semua.
PENUTUP
Bagi pihak ibubapa, saya sebagai YDP PIBG ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha gigih
semua guru2 YG mendidik anak2 kami tanpa rasa jemu selama ini.
Malaysia berhasrat utk mempunyai system pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid.
Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibubapa serta ahli
komuniti ,bersatu dan menyokong 1 matlamat bagi membantu murid2 SKCJ Berjaya.
Peranan ibubapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian
(OLSEN & FULLER,2008) menunjukkan, apapbila ibubapa terlibat sama,sekolah mendapat manfaat2
seperti berikut:
>KEYAKINAN GURU MENINGKAT
>PENCAPAIAN MURID MENINGKAT
>IBUBAPA MERASA MEREKA SEBAHAGIAN DARI SEKOLAH & LEBIH MENYOKONG PROGRAM
SEKOLAH
>KES DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID BERKURANGAN
>HUBUNGAN LEBIH BAIK ANTARA PENTADBIR,GURU & IBUBAPA serta komuniti
Penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak2 perlu ditingkatkan. Sekolah merupakan penggerak
utama dalam usaha ini. Bagi membantu sekolah meningkatkan penglibatan ibubapa dan komuniti
dengan sekolah, beberapa SARANA SEKOLAH DISEDIAKAN YANG TELAH PIBG GARIS KAN DALAM
PERANCANGAN SARANA SELAMA 12 TAHUN BERMULA 2013-2015 iaitu
a)Sarana Penglibatan sekolah dengan ibubapa dan komuniti
b) Sarana Penglibatan Ibubapa dengan anak2
c)Templat Prospektus sekolah
d)Templat Buku Komunikasi
Sarana Penglibatan Sekolah dengan ibubapa dan komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kpd 6
elemen yg akan menyokong system pembelajaran. Elemen2 tersebut,apabila dilaksanakan dengan
sempurna, akan meningkatkan penglibatan ibubapa dengan pembelajaran anak2 dan juga
penglibatan ibubapa & komuniti dengan sekolah.
Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen2 yg menyokong pembelajaran INI, sekolah
perlu bergabung dengan PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,LEMBAGA PENGELOLA, ALUMNI SERTA
AHLI KOMUNITI SETEMPAT KERANA SEMUANYA MERUPAKAN rakan kongsi dalam mencemerlangkan
murid di SKCJ.
Saya percaya di bawah kepimpinan Guru Besar , GURU2 DAN barisan PIBG YANG DEDIKASI , kita
boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun2 sebelumnya. Akhir kata, saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan yang sudi bersama-sama pada hari
ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya.
Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak
kita.

You might also like