You are on page 1of 5

Friday, 12 July 2019

Ucapan - Majlis Perpisahan Guru


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan
yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Saya mewakili rakan-rakan ingin menyatakan perasaan
sedih dan berat hati untuk berpisah dengan Cikgu Rosnani yang kami sayangi.
Hadirin yang dihormati,
Cikgu Rosnani akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharu, iaitu SJK (C)
Chung Hwa mulai minggu hadapan. Cikgu Rosnani merupakan seorang guru yang bertanggungjawab
dan berdedikasi. Beliau juga pandai mengambil hati murid-murid di dalam kelas. Pemergian beliau
merupakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah dan murid-murid.
Jasa dan pengorbanan Cikgu Rosnani kepada kami tidak ternilai harganya. Beliau banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami. Selain itu, beliau sentiasa mengambil berat tentang
pelajaran kami dan sanggup meluangkan masa untuk mengadakan kelas tambahan kepada murid-
murid yang lemah dalam subjek bahasa Melayu.
Saya mewakili semua murid mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Rosnani. Kami
amat menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar dengan bersungguh-
sungguh agar mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Kami juga ingin meminta maaf daripada cikgu atas segala kesilapan yang telah kami lakukan
sepanjang cikgu mendidik kami. Kami berdoa agar cikgu gembira bertugas di sekolah baharu dan
jangan lupakan kami di sini.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya sampaikan serangkap pantun.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PN SARNAH HJ JAMIRAN Bismillahirrahmaniraahim,


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Yang Berusaha En Ziman bin Mohammad Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kulai Satu ---------------------------------------------------- Yang Dihormati
En Ahmad bin Awang Guru Penolong Kanan Satu ---------------------------------------------------- Cik
Hajah Latifah Bt Otman Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
---------------------------------------------------- Puan Noorsiati Bt Kassim Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum ---------------------------------------------------- Serta semua guru SK KULAI 1 yang dihormati
sekalian. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin
dapat dielakkan. Dalam dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 1988 saya telah
menempuh pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan. Barangkali bagi
guru-guru, perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun
realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja
kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang
kita kasihi ataupun kita benci. Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama itu
berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan diatas, kita tidak mungkin
dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam, fitrah
kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar
mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang
yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang
dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai
insan. Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 4 empat iaitu bermula dari tahun 2009
sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying yang
telah diberikan oleh semua guru di sekolah ini khususnya guru-guru sesi petang. Segala
kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan
sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa
subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru. Saya juga ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang telah sama-sama memberi
tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah
kebangsaan Kulai 1. Tidak juga dilupakan kepada Pn Maznah & Pn Rafidah yang sering
membantu dalam melancarkan segala urusan di sekolah. Saya juga ingin mengambil
kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada seluruh warga SK
Kulai 1 khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa
yang kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah
dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan guru-guru di SK Kulai 1. Buat akhirnya
terimalah rangkap sajak khas saya tujukan untuk semua warga SK Kulai 1 ikhlas dari lubuk hati
saya, Sudah adat bertemu, Tentu ada perpisahannya Sudah adat berjumpa, Tentu ada nokhtah
perhentiannya Kalau diturutkan hati Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi Tapi apakan
daya….. Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini… Oleh itu janganlah ianya
diratapi…. Apa yang lebih penting… Hubungan sillaturahim akan terus kekal abadi. Sekian,
Terima Kasih

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto


TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Yang Berusaha Pn.


Norida bt Annuar (GB SKSA), Yang dihormati Pn. Siti Salasiah bt Yahya (PK
Pentadbiran), Pn. Noor Hashimah bt Mohamad Ansor (PK HEM), Us. Zool Azhari b Abdul
Kader (PK Koku), barisan guru SKSA, barisan PPM serta warga dewan yang dihormati
sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
mewakili rakan2 guru PPKI dan menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah lumrah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara
tersebut tidak mungkin dapat dielakkan. Barangkali bagi kita semua, perpindahan keluar
masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun realitinya, setiap yang patah
sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau
ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita
kasihi ataupun kita benci. Kita tidak pernah mengharapkan semua peristiwa seumpama
itu berlaku dalam sebuah kehidupan. Namun seperti yang saya nyatakan di atas, kita
tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah
fitrah alam, fitrah kehidupan.

Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan
agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-
orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi
pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah
perjuangan sebagai insan. Justeru, saya mewakili rakan-rakan guru PPKI yang akan
meneruskan perjuangan kami di sekolah baru, ingin menzahirkan jutaan penghargaan dan
terima kasih atas segala jasa baik, kerjasama & kasih sayang yang telah diberikan oleh
semua rakan2 guru, barisan pentadbir dan staf di sekolah ini sepanjang kita menjalankan
tugas bersama. Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan
tanggungjawab dan tugas akan sentiasa disematkan di dalam lubuk hati kami semua.
Kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan kami sepanjang
menjadi seorang guru, In Sha Allah.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir &
rakan2 guru yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar, semangat dan sokongan kepada
saya dan rakan2 guru PPKI untuk melibatkan murid kami dalam setiap program yang
dijalankan. Alhamdulillah, murid2 PPKI sentiasa diberi peluang untuk turut serta dan
berintegrasi dengan murid2 arus perdana dalam setiap program dan aktiviti yang
dijalankan. Alhamdulillah… untuk berintegrasi, memang itulah yang sepatutnya berlaku.

Saya mewakili rakan2 guru PPKI juga ingin mengambil kesempatan yang terluang
ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada seluruh warga SKSA khususnya rakan-
rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa yang kita cintai.
Saya memohon agar dihalalkan makan minum kami semua dan segala ilmu yang telah
dikongsi bersama sepanjang kita berkhidmat bersama di sekolah ini. Mohon maaf juga
dari kami semua rakan2 guru PPKI andainya selama ini ada terkasar bahasa, atau
mengguris perasaan sahabat2 semua.

Kepada rakan2 guru yang telah mengajar anak2 kami dari prasekolah hingga
Tahun 6... Jutaan terima kasih diucapkan atas segala ilmu yang diberi, dan mohon
dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Sesungguhnya guru2 SKSA merupakan barisan
guru yang terbaik pernah saya kenali sepanjang berkhidmat selama 13 tahun di sekolah
ini. Saya mendoakan semoga SKSA akan terus maju dan berjaya di bawah teraju
pimpinan Pn. Norida dan barisan pentadbir yang lain, dengan gandingan barisan guru yang
hebat ini.

Saya tidak berhajat untuk bercakap lebih panjang…… kerana menjadi pengacara
dan berucap di atas pentas adalah 2 perkara yang jauh bezanya. Saya tidak pandai
bercakap spontan, sebab itulah teks ucapan sentiasa ada di tangan.

Kecut perut dah lama…. Bagitau cn nak tarik diri tapi ditolak pula,

Saya kata…. jadi emcee dan bagi ucapan suasana tak sama,

Last2 cn kata… takpa cakapla pendek pun takpa,

Saya karang tetap karang…. last2 macam ni la jadinya

Akhir kata, saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada kata2 saya dan rakan2 guru
PPKI yang selama ini tak enak didengar, dan ada perbuatan2 kami yang telah mengguris
hati sesama kita. Sebelum mengundur diri, dengarlah beberapa rangkap pantun daripada
saya..

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan.

Pergi jauh ke Balik Papan,


Pulang-pulang bawa rambutan,

Teruslah maju SKSA untuk masa depan,

Perpisahan hari ini bukanlah hambatan.

Pergi ke warung banyak yang dimakan,

3 bakwan sekali telan,

Sebenarnya berat hati dikatakan,

Kuucapkan selamat tinggal wahai kawan.

Malam-malam ronda berjaga,

Ada buah tolong dibawa,

Meskipun akan berpisah raga,

Tetapi tetap bersatu dalam jiwa.

Pohon-pohon di hutan lebat,

Jadilah manusia yang suka bertaubat,

Terima kasih wahai sahabat,

Kebersamaan ini amatlah hebat.

Jangan pergi terlalu lama,

Supaya khawatir selesai sudah,

Suka duka telah dilewati bersama,

Menjalin kenangan yang amat indah.

Pergi main ke Gramedia,

Membaca buku sejarah Bung Hatta,

Perpisahan ini sangat tak kusangka,

Semoga hubungan sillaturahim akan terus kekal selamanya.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Terima kasih dan salam sayang untuk semua..

You might also like