You are on page 1of 5

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/2020 KALI KE – 38

SK BERJAYA, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR


___________________________________________________________________________

1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis

2.0 UCAPAN YDP PIBG: EN MOHD AZMI BIN ZAINUDDIN

2.1 Ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada En Mohd Zaki bin Abdullah
Pengerusi MPPK Parit 3 Sg Burong ,En Yaakob bin Shaari Ketua Sektor JPN ,En
Reduan bin Ahmad Rakan Kongsi Sekolah PPD Kuala Selangor,Pengerusi JKK
Kampung, Pn Norsiah bt Khalil Guru Besar Sk Berjaya,Guru-guru Penolong
Kanan SK Berjaya , Guru-guru dan ibubapa dan penjaga murid yang hadir.

2.2 Mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat bersama lagi dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 ini. Beliau juga mengambil kesempatan
untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG 2018/2019 yang
telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah bagi
memacu kecemerlangan murid. Beliau juga berharap dalam pertemuan
seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan
lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

2.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada pelantikan baru AJK PIBG bagi sesi
2019/2020. Kami AJK PIBG sesi 2019/2020 akan menjalankan tugas yang
diberi dengan baik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan
kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan
tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu
program-program bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan
sahsiah anak-anak di sekolah ini.

2.4 PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan murid


seperti mengadakan beberapa siri kelas tambahan bagi kelas-kelas
peperiksaan yang diberi nama ‘Perkampungan Ilmu’ pada tahun lalu. Selain
itu PIBG juga membantu memberi sumbangan kepada aktiviti-aktiviti yang
bermanfaat kepada murid.

2.5 Beliau memohon pihak Dato’ Dr Zulkafperi bin Hanafi untuk mendapat :
2.5.1 Peruntukan satu unit Penghawa dingin untuk Bilik Pemulihan.
2.5.2 Bantuan dana untuk menampung program-program Akademik

1
2.6 Beliau juga menyatakan, PIBG sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita selamat
meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh
dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk
melihat amak kita Berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan
visi dan misi SK Berjaya.

2.7 Akhir kata, beliau berharap agar Jawatankuasa PIBG yang telah dilantik dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK
Berjaya.

3.0 UCAPAN GURU BESAR: PN NORSIAH BINTI KHALIL

3.1 Ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada En Mohd Zaki bin Abdullah
Pengerusi MPPK Parit 3 Sg Burong ,En Yaakob bin Shaari Ketua Sektor JPN ,En
Reduan bin Ahmad Rakan Kongsi Sekolah PPD Kuala Selangor,Pengerusi JKK
Kampung,Guru-guru Penolong Kanan SK Berjaya , Guru-guru dan ibubapa dan
penjaga murid yang hadir.

3.2

3.3

4.0 UCAPAN PERASMIAN : EN MOHD ZAKI BIN ABDULLAH, PENGERUSI MPPK PARIT 3
SUNGAI BURUNG TG KARANG

4.1 Ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada En Mohd Zaki bin Abdullah
Pengerusi MPPK Parit 3 Sg Burong ,En Yaakob bin Shaari Ketua Sektor JPN ,En
Reduan bin Ahmad Rakan Kongsi Sekolah PPD Kuala Selangor,Pengerusi JKK
Kampung, Pn Norsiah bt Khalil Guru Besar Sk Berjaya,Guru-guru Penolong
Kanan SK Berjaya , Guru-guru dan ibubapa dan penjaga murid yang hadir.

4.2 Beliau merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


denagan limpah kurnia serta izinNya, beliau dapat hadir sebagai wakil kepada
KAPT (B) Dato Zulkafperi bin Hj Hanafi dalam Mesyuarat Agong PIBG SK
Berjaya kali ke 38 tahun 2019. Beliau menyampaikan salam takzim yang
berbahagia Dato’ dan memohon maaf kerana Dato’ terpaksa menghadiri
program Bersama Timbalan Perdana Menteri di Semenyih. Dato juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia PIBG kerana sudi

2
menjemput beliau hadir bagi merasmikan majlis Mesyuarat Agong PIBG
sekolah ini.

4.3 Beliau menyampaikan amanat Dato’ yang menyatakan bahawa Dato’ gembira
mekihat semangat, kerjasama dan iltizam yang ditunjukkan oleh semua pihak
dalam melibatkan diri secara bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis
ini. PIBG adalah satu platform yang sangat penting untuk merapatkan
hubungan silaturahim antara guru-guru dengan ibu bapa bagi membantu
menyumbang kepada pembelajaran dan pendidikan serta menyelesaikan
masalah anak-anak kita bersama.

4.4 Beliau menyatakan bahawa tujuan murid datang ke sekolah bukan hanya
untuk belajar tetapi lebih kepada untuk dididik sebagai pewaris Negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia ataupun sebagai
golongan terdidik yang bukan sahaja menguasai ilmu dan kemahiran tinggi
malahan memiliki dan mengamalkan sikap dan nilai-nilai positif untuk
memajukan diri serta memakmurkan Negara.

4.5 Beliau menyeru kepada semua guru-guru dan ibu bapa semua agar bersama-
sama maju kehadapan dengan menerima perubahan yang telah dilakukan
oleh rakyat Malaysia. Perubahan dalam sistem pendidikan Negara menuntut
pengorbanan yang bukan kepalang daripada guru. Oleh itu, para guru perlu
mempersiapkan diri dengan segala ilmu di dada dan menyokong penuh
dasar-dasar kerajaan semasa agar aspirasi Negara ini dapat direalisasikan.
Para guru perlu ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberi seperti kata-
kata Imam Syafie: Barang siapa yang mengkehendaki akhirat, wajib baginya
ikhlas kepada ilmu pengetahuan yang diajarnya.

4.6 Beliau menegaskan lagi bahawa pendidikan anak-anak adalah merupakan


perkara yang penting dan menjadi tanggungjawab yang utama untuk kita
sebagai ibu bapa. Semua ibu bapa ingin memberikan pendidikan yang terbaik
untuk anak-anaknya agar mereka mampu menjadi insan berguna kepada
agama, bangsa dan Negara. Pencapaian pendidikan yang cemerlang mampu
mengubah taraf hidup sesuatu keluarga dan juga akan mampu meningkatkan
keupayaan ekonomi, pilitik, social dan agama.

4.7 Beliau menyatakan bahawa pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh
kerajaan kepada kita, namun yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-
anak bangsa kita dalam pendidikan agak kurang memuaskan kalau
dibandingkan dengan anak-anak kaum Cina. Keadaan ini jika dibiarkan
berterusan, sudah pasti masa depan anak-anak bangsa kita akan ketinggalan
dan tidak terjamin.

3
4.8 Beliau menegaskan lagi bahawa ibubapa memainkan peranan penting untuk
memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibu bapa
tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada
pihak sekolah. Ibu bapa perlu sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya
6 jam sehari manakala masa mereka di rumah dan di bawah pengawasan ibu
bapa adalah lebih banyak kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus
menunding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak
berajaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa
memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.

4.9 Beliau juga menyeru supaya generasi muda kita mempunyai pelbagai
kemahiran hidup dan ilmu pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak
menyimpang daripada cita-cita perjuangan bangsa sendiri. Kita juga tidak
mahu anak bangsa kita dikatakan anak bangsa yang tidak tahu mengenang
budi dan tidak tahu berterima kasih terhadap jasa baik dan pengorbanan
yang diberikan oleh ibu bapa, masyarakat dan kepimpinan Negara.

4.10 Beliau menyatakan lagi generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa
kemajuan, keamanan dan kemakmuran yang kita warisi hari ini bukan
diperolehi dengan cara yang mudah dan bersenang-lenang, tetapi dengan
semangat dan perjuangan yang tinggi bagi mempertahankan maruah, bangsa
dan Negara. Ingatlah apa juga gaya dan corak kehidupan belia hari ini, adalah
melambangkan masa depan Negara dan bangsa kita akan datang. Sebagai ibu
bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau muhasabah, apakah
memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru
semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan nilai-nilai murni yang dimulakan di
sekolah dan akan diteruskan apabila mereka berada di rumah.

4.11 Akhirnya, Beliau memaklumkan bahawa akan memberi sedikit sumbangan


sebanyak RM5000.00 daripada Penyelaras Parlimen bagi keperluan PIBG
sekolah ini. Beliau mengakhiri ucapannya dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 dengan lafaz
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 tamat pada jam 12:05 tengahari .

4
Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...............................................
(SITI FADILAH BINTI BAHARI) ( MOHD AZMI BIN ZAINUDDIN)
Setiausaha PIBG , 2019/2020 Yang Dipertua PIBG
SK Berjaya SK Berjaya

You might also like