You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKAP KALI KE-17 SESI 2013/2014

Tarikh : 8 Mac 2013


Masa : 09.00-11.30 pagi
Tempat : Dewan Al-Farabi, SMK Agama Pahang

Kehadiran
Ibu Bapa : 252
Guru : 65
Jumlah : 317 orang ( 50 orang diperlukan untuk mengesahkan
AGM)

Ucapan Perasmi
YB Senator Dato Maznah Bt Mazlan - Timbalan Menteri Sumber Manusia
-Beliau mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dari seluruh pelusuk negeri
Pahang dan
mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir.
- Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang banyak
berkorban masa dan tenaga dalam mendidik anak-anak murid.
-Beliau memaklumkan berlaku banyak transformasi yang telah dilakukan oleh
Perdana Menteri dari peringkat tinggi hinggalah kepada peringkat yang
rendah.
-Beliau mengucapkan tahniah kepada SMKAP atas kejayaan PMR yang lalu.
Keputusan peperiksaan yang lebih baik akan membolehkan sekolah
mendapat status sekolah berprestasi tinggi.
-Beliau menyatakan RM600,000 boleh dibelanjakan oleh pihak sekolah jika
sekolah mendapat taraf sekolah berprestasi tinggi. Guru yang menunjukkan
prestasi tinggi selama tiga tahun berturut-turut juga akan mendapat imbuhan
kewangan daripada kementerian.
-Beliau berjanji akan menyumbangkan RM10 000 kepada PIBG sekolah dan
RM3000 kepada Kelab Guru. Sebanyak RM2000 daripada sumbangan PIBG
akan disalurkan kepada Kelab Guru untuk lawatan penanda aras ke
Singapura.

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis


1
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa ke SMK
Agama Pahang.

2.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG


2.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ucapan terima kasih kepada para
ibu bapa yang hadir serta guru yang bertungkus lumus membuat
persiapan untuk mesyuarat agung.
2.2 Beliau turut memohon maaf kepada ibu bapa kerana lewat
menghantar surat makluman mesyuarat agung.
2.3 Beliau menyatakan sejak Mac tahun lepas, telah banyak aktiviti
yang telah dijalankan dan telah banyak perubahan yang dilakukan
oleh pihak sekolah melalui sumbangan PIBG. Antaranya, menurap
simen tempat sidaian pakaian di asrama, penunjuk jalan, dan
pondok untuk ibu bapa bertemu anak-anak. Beliau menjelaskan
projek yang dibantu oleh kerajaan ialah atap sekolah yang baru
termasuk atap untuk laluan balik ke asrama.
2.4 Beliau turut menyatakan hasrat sekolah untuk membuat pintu
gerbang sebagai mercu tanda SMKAP. Selain itu juga, beliau
mencadangkan untuk pembinaan kedai PIBG di kawasan hadapan
sekolah.
2.5 Beliau menyatakan segala program motivasi yang berterusan akan
diadakan bertujuan memberi kecemerlangan kepada para pelajar.
2.6 Beliau turut menjelaskan perancangan tahun 2012-2013 lebih
menumpukan pembangunan infrastruktur manakala tahun 2013-
2014 lebih kepada pembangunan akademik dan sahsiah.
2.7 Beliau menyarankan semua pihak memberi komitmen dan
kerjasama yang jitu kepada pihak sekolah bagi memastikan
kecemerlangan pelajar.
Makluman.
3.0 Ucapan Pengetua
3.1 Pengetua mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa ke SMKAP.
Tahniah kepada jawatankuasa PIBG 2012/2014 kerana banyak
memberi sumbangan sejak awal tahun persekolahan lagi.
3.2 Beliau menjelaskan pencapaian PMR 2012 menurun sedikit
berbanding dengan tahun 2011. GPS tahun 2012 ialah 1.49
2
berbanding 1.35 pada tahun 2011. Bilangan calon cemerlang ialah
seramai 18 orang mendapat 9A berbanding 34 orang pada tahun
2011. Beliau mengharapkan keputusan STPM dan SPM yang bakal
diumumkan akan lebih cemerlang. Pihak sekolah mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan
dalam pencapaian kecemerlangan sekolah.
3.3 Beliau menjelaskan tentang sarana sekolah dan sarana ibu bapa
merupakan program oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program
ini merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi
kecemerlangan pelajar.
3.4 Program tersebut akan bermula di semua sekolah di seluruh negara
bermula tahun 2013. Beliau menyatakan kejayaan anak-anak
berkait rapat dengan penglibatan ibu bapa.
3.5 Beliau menjelaskan terdapat enam elemen yang dinyatakan dalam
sarana ibu bapa iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan
terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan
bersama dan kerjasama dengan komuniti kumpulan sokongan ibu
bapa.
3.6 SMKAP juga telah menjalinkan hubungan dengan agensi luar
setempat seperti UNITEN dan Politeknik yang telah menjadikan
SMKAP sebagai sekolah angkat.
3.7 Beliau menyatakan kes disiplin yang dilakukan oleh pelajar boleh
melemahkan pencapaian mereka. Telefon bimbit dan barang-barang
elektronik merupakan barang larangan di asrama. Ibu bapa mesti
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.8 Terdapat ibu bapa yang melibatkan pihak polis dan mendakwa
warden bertindak di luar kawalan seperti mengamuk kepada pelajar
bagi kes merokok di asrama. Beliau memohon kerjasama semua ibu
bapa untuk meneliti kes-kes tertentu dan berharap agar ibu bapa
memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru-guru untuk
mendidik anak-anak.

3
3.9 Beliau juga mengharapkan peningkatan penyertaan ibu bapa dalam
program-program sekolah dan berharap agar SMK Agama Pahang
akan terus cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang.

4.0 Membentang, Menerima, dan Mengesahkan Peringatan


Mesyuarat Agung PIBG SMKAP Muadzam Shah Kali ke-17/2012
bertarikh 31 Mac 2012

4.1 Tuan Haji Muhamad Shukri bin Abdul Ghani membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG SMKAP kali ke-17. Beliau memohon maaf
kerana
ada muka surat yang tiada.
4.2 Puan Aishah bt Sahak mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
SMKAP kali ke-17 disahkan dan disokong oleh Pn Radziah bt Saari.

5.0 Membentang, Menerima, dan Mengesahkan Laporan Tahunan


PIBG SMKAP Sesi 2012

5.1 Tuan Haji Muhamad Shukri bin Abdul Ghani membentangkan


laporan tahunan PIBG SMKAP kali ke-17.
5.2 Puan Noraini bt Busu mencadangkan laporan tahunan PIBG SMKAP
kali
ke-17 disahkan dan disokong oleh En Mukhree b Abd. Samad.

6.0 Membentang, Menerima, dan Mengesahkan Penyata Kewangan


PIBG SMKAP Sesi 2012

6.1 Puan Norehan bt Mohd Nazri selaku Bendahari PIBG


membentangkan penyata kewangan PIBG SMKAP sesi 2012. Rujuk
lampiran kewangan muka
surat 1 dalam Mesyuarat Agung PIBG.
6.2 Encik Mukhree b Abd. Samad mencadangkan Laporan Kewangan
sesi 2012 diterima dan disokong oleh En Mohamad b Bakri.
6.3 YDP melalui pengetua membentangkan cadangan kelulusan
sumbangan
PIBG 2013,
6.3.1 Sumbangan PIBG setiap keluarga RM30.00

4
6.3.1.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk perkara 6.3.1

6.3.2 Sumbangan Dobi untuk pelajar baru Tingkatan 1,2,3,4 ialah


RM60.00, Tingkatan 5 RM 65.00, Tingkatan 6 Rendah RM50.00
dan Tingkatan 6 Atas RM65.00. Sumbangan Dobi untuk pelajar
lama Tingkatan 2,3 dan 4 ialah RM50.00, Tingkatan 5 RM
55.00, Tingkatan 6 rendah RM40.00 dan Tingkatan 6 Atas
RM55.00.
6.3.3 Sumbangan kecemerlangan Tingkatan 6 rendah RM150.00.
Tindakan: Setiausaha dan Bendahari
6.4 En Mohamad b Bakri mencadangkan supaya mesyuarat
mengadakan undian untuk sumbangan perkara 6.3.1 hingga
6.3.13 dan Mesyurat bersetuju sebulat suara daripada ibu bapa
yang hadir untuk menyumbang.

6.5 Pihak sekolah juga meminta pembiayaan majalah sekolah iaitu


RM15.00 untuk satu keluarga. Cadangan diterima sebulat suara.
Tindakan: Bendahari

6.6 YDP menjelaskan penambahan bayaran untuk keceriaan RM 20.00


adalah untuk menyediakan rak buku dalam setiap kelas supaya
kelas akan lebih kemas dan teratur. Cadangan diterima sebulat
suara.
Makluman
6.7 Beliau juga turut menyatakan kerosakan yang berlaku di asrama
yang disebabkan oleh pelajar akan ditanggung oleh pelajar atau
penghuni bilik yang bertanggungjawab. Semua ahli yang hadir
bersetuju.
Tindakan: Warden/Penyelia Asrama

7.0 Pengisian Kekosongan Ahli Jawatankuasa PIBG 2012/2014

7.1 YDP PIBG menyatakan tiada AJK yang digugurkan. Beliau


menyatakan semua ahli memberikan kerjasama dan sumbangan

5
yang baik untuk memantapkan lagi kecemerlangan murid dan
sekolah.
Tindakan: Makluman

8.0 Pembentangan Usul-usul

8.1 YDP menyatakan bahawa peraturan ketika membentangkan usul


ialah pembuat usul mesti ada bersama-sama dalam mesyuarat.
Beliau meminta semua ahli untuk merujuk muka surat 17 Mesyuarat
Agung PIBG.

8.2 Usul yang pertama dari PIBG iaitu laluan keluar sehala alternatif
bengkel pertanian. Masalah perlu diatasi kerana berlaku kesesakan
terutama kawasan depan dewan makan sehingga ada kemalangan
yang telah berlaku. Oleh itu mesyuarat bersetuju untuk laluan
sehala, dari asrama,kereta akan keluar melalui depan rumah
pengetua dan terus ke pondok jaga. Usul diterima sebulat suara.

Tindakan: Biro kebajikan

8.3 Usul yang kedua ialah pintu gerbang sekolah yang diusulkan oleh
Pn Robiah bt Othman, pengetua SMK Agama Pahang. En Mukhree b
Abd Samad menyatakan bahawa pintu gerbang memerlukan
perbelanjaan yang besar. YDP menyatakan pintu gerbang yang akan
dibina ialah pintu gerbang yang ringkas dan cantik. Pintu gerbang
tersebut tidak akan memerlukan kos yang banyak. Namun begitu,
En Mukhree b Abd. Samad meminta PIBG mengeluarkan pelan dan
harga kepada ibu bapa dan mesti ada susulan daripada ibu bapa.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju menyerahkan kepada AJK PIBG
untuk diuruskan.

Tindakan: Biro keceriaan


8.4 Usul ketiga ialah bangunan serbaguna PIBG dan Koperasi yang telah
diusulkan oleh En Shahiruddin b Ibrahim. Bangunan ini perlu bagi
mengatasi masalah kesesakan terutama pada hari pendaftaran
murid. Selain itu, bangunan ini perlu kerana permintaan barangan
terhadap koperasi semakin meningkat. En Mukhree b Abd Samad
menyatakan bahawa koperasi ada duit sendiri dan duit yang ada
boleh digunakan untuk aktiviti kecemerlangan sekolah. Oleh itu,
duit yang ada boleh digunakan untuk aktiviti kecemerlangan
sekolah. YDP juga menyatakan akan mengadakan perbincangan
dengan koperasi untuk usul ketiga.

Tindakan: SU Koperasi Sekolah (PK Koko)

6
8.5 Usul keempat dicadangkan oleh Pn Norehan bt Mohd Nazri iaitu
tempat persinggahan anak guru ke KAMUS dan taman permainan.
YDP menjelaskan usul ini perlu agar guru-guru lebih fokus dalam
mendidik anak-anak murid selain dapat fokus kepada anak-anak.
Usul diterima sebulat suara.

Tindakan: Biro Ekonomi

8.6 Usul kelima, Balai Lintang pelbagai guna SMK Agama Pahang untuk
muatan 100 orang telah dicadangkan oleh Tn Hj Nazori b Abd.
Rahman. Usul ini penting untuk dijadikan tempat perjumpaan ibu
bapa dengan anak-anak dan ibu bapa boleh berehat di situ
sementara menunggu anak-anak. Usul diterima sebulat suara

Tindakan: Biro Bina Insan

8.7 Usul keenam telah dicadangkan oleh Cik Zanilah bt Zainal iaitu
pondok teduhan murid di padang kerana kawasan padang tidak ada
tempat untuk berteduh. Sekiranya diluluskan, sekolah tidak perlu
lagi menyewa atap zink. En Mohamad b Bakri menyatakan
pelaksanaan setiap cadangan biarlah secara berperingkat kerana
semuanya memerlukan kos. YDP menyatakan ia akan dilakukan
mengikut keadaan kewangan PIBG. Cadangan disokong sebulat
suara.

Tindakan: Biro Sukan

8.8 Usul ketujuh telah diusulkan oleh Tn Hj Azman b Yusof iaitu bank
koperasi pelajar. Ibu bapa boleh menyimpan duit di koperasi dan
anak-anak boleh berbelanja tanpa membayar duit berdasarkan
simpanan yang ada. YDP menyatakan program ini dapat
membantu anak-anak untuk menyimpan duit untuk mengelakkan
sebarang kes kecurian. En Sakri b Muda mencadangkan usul ini
diterima. Usul diterima sebulat suara.

Tindakan: PK HEM / SU Koperasi

8.9 Usul kelapan oleh En Mahmud b Sabri iaitu membina garaj PIBG
sebagai tambahan untuk guru dan kakitangan. Usul diterima
sebulat suara.

Tindakan: Biro Ekonomi


7
8.10 Usul kesembilan ialah membeli projector LCD untuk kegunaan
makmal oleh En Shahrul Nizam b Bakar. YDP telah meminta
kelulusan mesyuarat PIBG untuk membeli berdasarkan kemampuan
iaitu 1 atau 2 buah. Usul diterima sebulat suara.

Tindakan: Biro Kurikulum/ SU PIBG


8.11 Usul yang terakhir daripada SU Keceriaan

8.11.1 Tempat parking berturap untuk ibu bapa berhampiran


surau, dan atap
untuk teduhan meja depan surau.
Tindakan : SU Bina Insan
8.11.2 Tempat parking berturap akan memudahkan ibu bapa
kerana kawasan
tersebut tidak akan berlumpur atau becak ketika hujan.
Tindakan: SU Kokurikulum
8.11.3 Melengkapkan perpustakaan dengan pendingin hawa.

Tindakan: SU keceriaan
8.11.4 En Mazlan Bahadur mencadangkan usul-usul ini diterima.
Usul diterima
sebulat suara.

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 Pn Muzallifah bt Maaz daripada JPN

9.1.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas


kejayaan yang telah dicapai. Beliau turut memberi
cadangan tambahan terhadap usul yang telah dinyatakan
tadi. Beliau menjelaskan keadaan di pondok pengawal di
pintu masuk yang tiada laluan berbumbung. YDP akan
mempertimbangkan perkara berikut. Usul diterima.

Makluman

9.1.2 Mengenai isu kecurian, beliau meminta supaya lebih banyak


program kerohanian diadakan dan pihak sekolah dan ibu
bapa jangan jemu untuk ingatkan anak-anak.

Tindakan: Biro Bina Insan, PK Hem, SU Sumur

8
9.1.3 Beliau menegur perkhidmatan bas yang disediakan untuk
membawa pelajar dari Kuantan ke sekolah melebihi muatan
kerana hanya 1 bas sahaja yang disediakan berbanding 2
bas untuk ke Kuantan. Beliau bimbang akan keselamatan
anak-anak dan mencadangkan agar sistem bas ekspres
diwujudkan dengan bayaran.

Tindakan : Ketua warden

9.1.4 Beliau juga meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan


pihak sekolah mengenai telefon bimbit yang dirampas.

Tindakan : PK Hem, Ketua warden

9.1.5 YDP menyatakan pihak sekolah akan mengambil perhatian


terhadap perkara tersebut dan menjelaskan bahawa ucapan
pengetua mengenai telefon bimbit memang tidak lari dari
pekeliling ikhtisas.

Makluman.

9.1.6 En Razali b Bidin selaku ketua warden menjelaskan bahawa


penggunaan bas berdasarkan bancian yang telah dibuat
kepada pelajar. Masalah wujud apabila pelajar yang tiada
dalam senarai dihantar oleh penjaga menggunakan
perkhidmatan ini.

Makluman.

9.1.7 En Razali turut melahirkan rasa terkilan kerana ada ibu


bapa yang menulis surat layang yang mengatakan warden
tidak bertugas. Beliau menjelaskan pihak sekolah ada
menyediakan buku laporan guru bertugas. Semua warden
berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjaga
kebajikan anak-anak di sekolah dan berharap agar ibu bapa
berbincang sekiranya ada sebarang kemusykilan.

Tindakan : Ibu bapa

9.1.8 En Masuari b Maskor mengharapkan ibu bapa untuk


bertemu dengan guru jika ada sebarang masalah dan tidak
perlu menghantar surat layang.

Tindakan : Ibu bapa

9.1.9 YDP menyatakan ibu bapa kena turun padang sekali-sekala


untuk melihat keadaan anak-anak dan perlu sedar bukan
senang tanggungjawab yang dipikul oleh semua guru.

Tindakan : Ibu bapa


9
9.2 En Sakri b Muda

9.2.1 Beliau menegur bahawa perkataan bayaran tidak boleh


digunakan untuk menggantikan perkataan sumbangan.

Makluman.

9.2.2 Beliau melahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada


warden atas keprihatinan mereka terhadap anak-anak SMK
Agama Pahang.

Makluman.

9.2.3 YDP menyatakan perkataan sumbangan dikekalkan tetapi


bagi PIBG sumbangan itu ialah bayaran tambahan kepada
ibu bapa.

Makluman.

9.3 En Aminuddin b Hashim dari Bandar Tun Razak

9.3.1 Beliau mengucapkan syabas kepada AJK PIBG dan guru-


guru kerana telah menjalankan tanggungjawab yang baik
kepada sekolah. Beliau mencadangkan supaya sumbangan
PIBG boleh dibayar pada awal tahun.

Tindakan: SU PIBG.

9.3.2 Beliau turut meminta agar ibu bapa dijemput untuk


menghadiri hari sukan sekolah. Beliau juga meminta PIBG
mengambil tindakan terhadap perkhidmatan dobi yang selalu
bermasalah kerana mesin rosak.

Tindakan: PK Koko Biro Sukan /Kokurikulum

9.3.3 En Sakri b Muda menjelaskan bayaran tidak boleh dijelaskan


sebelum mendapat kelulusan daripada pihak pendaftaran
sekolah.

Tindakan: SU PIBG

9.4 Tuan Haji Rameli b Mat Yunus, Naib YDP

9.4.1 Beliau mengucapkan syukur kerana anak-anak dijaga


dengan baik. Ahli PIBG turut menjadi mata-mata kepada
semua anak-anak SMK Agama Pahang. Beliau turut
mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran ibu
10
bapa terutama kaum ibu yang boleh menjadi idola kepada
anak-anak.

9.4.2 Beliau meminta supaya ibu bapa memberi kepercayaan


kepada PIBG dan sekolah bagi membentuk disiplin dan
sahsiah anak-anak. Beliau turut menyatakan bahawa
sekiranya anak-anak berdisiplin di rumah, anak-anak
juga akan berdisiplin di asrama.

9.4.3 Beliau turut menyatakan ucapan terima kasih kepada


jawatankuasa yang dipimpin oleh YDP. Komitmen ahli yang
hadir juga membanggakan AJK PIBG dan pihak sekolah.
Beliau mencadangkan kepada ibu bapa supaya memberi
penghargaan kepada mentor anak-anak mereka. Beliau juga
meminta maaf dan meminta guru-guru menghalalkan
segala ilmu yang telah diberikan kepada anak murid.

9.5 Tn Hj Abdul Ghafar B Hussin, YDP PIBG. Beliau memohon kemaafan


jika terkasar bahasa dan mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.35 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(TN HJ MUHAMAD SHUKRI B ABD GHANI) (TN HJ ABDUL GHAFAR B


HUSSIN) SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG YDP PIBG SMKA
Pahang
SMKA Pahang

11
12

You might also like