You are on page 1of 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) JPNS/0436

SJK TAMIL LADANG TANAH MERAH


71010 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 SESI 2022/2023

Tarikh : 26 Jun 2022


Hari : Ahad
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran )

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2021/2022 : EN ILANGOVAN A/L BALAKRISHNA

1.1 YDP mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke 48. YDP menyatakan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-
guru yang dapat bersama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 secara bersemuka
ini.
1.2 YDP PIBG juga mengharapkan sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak bagi
pembangunan sekolah dalam bidang akademik.
1.3 YDP juga menyarankan agar semua ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah
setiap hari dan meningkatkan peratus kehadiran sekolah.
1.4 Beliau juga memberitahu ibu bapa agar berjumpa dengan guru besar jika menghadapi
sebarang masalah.
1.5 Selain itu ibu bapa harus memberi penghormatan kepada semua guru.
1.6 YDP juga merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang bertungkus lumus untuk
menjayakan sukan tahunan sekolah.
1.7 Akhir kata, YDP PIBG menegaskan peranan PIBG adalah untuk menyatukan ibu bapa supaya
dapat membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Permuafakatan yang baik dapat
menjana aktiviti-aktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa.
1.8 Akhir kata, YDP mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik SJKT Ladang Tanah
Merah yang telah melaksanakan tugas, amanah, tanggungjawab mendidik dan membimbing
murid. Beliau juga berharap SJKT Ladang Tanah Merah akan cemerlang dalam semua
aspek.
Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Penasihat : EN MOHAN A/L GOVINDASAMY

2.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa, dan AJK ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 48.
2.2 Penasihat merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2020/2021
kerana membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan program sama ada dalam
bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM), mahupun bidang ko-kurikulum juga memberi s
okongan moral dalam menjalankan pelbagai aktiviti.
2.3 Penasihat mengingatkan kepada semua hadirin mengenai arahan daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu AJK PIBG merupakan satu Badan Bukan Kerajaan ‘Non
Government Organization’ (NGO) dan tidak boleh bergabung dengan NGO yang lain.
2.4 Beliau juga menegaskan bahawa setiap aktiviti yang akan dijalankan mestilah mengikut
garis panduan perlembagaan yang telah dibuat.
2.5 Guru besar juga menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dalam majlis
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SJKT Ladang Tanah Merah kali ke- 48 secara bersemuka
selepas tempoh PKP.
2.6 Beliau juga menyampaikan laporan sekolah dari segi pembelajaran dan pembelajaran PDPR
sewaktu tempoh PKP.
2.7 Guru besar juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi
bimbingan, sokongan dan bantuan yang berterusan kepada anak-anak semasa di rumah.
2.8 Guru besar menyatakan isu yang didapati semasa PdPR adalah seperti berkongsi alat
peranti bersama ibu bapa dan capaian internet yang perlahan.
2.9 Namun dengan usaha gigih guru-guru sekolah ini, penglibatan murid dalam PdPR mencapai
tahap minimum sahaja. Selain itu, inisiatif agihan modul secara berperingkat banyak
membantu guru-guru dan murid mengikuti PdPR dengan lebih terancang.
2.10 Beliau juga berharap ibu bapa sentiasa cakna dan ambil berat info dari sekolah dalam group
kelas anak-anak.
2.11 Guru besar dan pihak sekolah mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada ibu bapa
untuk meningkatkan tahap Pembelajaran dalam bentuk yang lebih efektif, digital dan lebih
praktikal untuk anak-anak didik SJKT Ladang Tanah Merah.
2.12 Beliau mengakhiri ucapan dengan mengingatkan ibu bapa supaya menyalurkan
permasalahan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk dirungkaikan sebelum dibawa
kepada pihak yang lebih atas.
Tindakan : Makluman

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-47

3.1 Setiausaha PIBG, En. G.D.P.Jay Suriarao membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat
Agung PIBG kali ke 47.
Cadangan Pengesahan : En. ELangovan A/L Balakrisna
Sokongan : Pn. Nittiyah A/P Karupanna
Tindakan : Makluman

4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2021/2022

4.1 En. G.D.P.Jay Suriarao selaku setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti
Tahunan PIBG untuk diterima.
Cadangan Pengesahan : En. Bala Subramaniam A/L Munusamy
Sokongan : En. Abimaniyu A/L Balakrishnan
Tindakan : Makluman
5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021

5.1 Pn. Valiammal A/P Marimuthu selaku bendahari PIBG membentangkan Laporan Penyata
Kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun 2021 untuk diterima.
Cadangan Pengesahan : Pn. Letchemy A/P Rengiah
Sokongan : Pn. Nagammal A/P Nadesan
Tindakan : Makluman

6.0 Perkara-perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit.

7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022

7.1 En. Mohan A/L Govindasamy selaku Pengerusi Sementara Mesyuarat dengan rasminya
membubarkan Jawatankuasa PIBG SJKT Ladang Tanah Merah bagi sesi 2021/2022
pemilihan jawatankuasa yang baharu.
Cadangan Pengesahan : En. Thasan A/L Kondan
Sokongan : Pn. Pavitira A/P Krishnan
Dengan rasminya pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 oleh pengerusi sementara.
Tindakan : Makluman

8.0 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023

8.1 Pengerusi mengingatkan bahawa pelantikan YDP, NYDP dan AJK ibu bapa haruslah
melantik ahli yang boleh memberi sepenuh komitmen kepada PIBG dan boleh hadir ke
mesyuarat yang akan diadakan.
8.2 Mencadangkan En. ELangovan A/L Balakrisna sebagai Yang Dipertua PIBG
Cadang : Pn. Letchemy A/P Rengiah
Sokong : En. Mani Vannan A/L Munusamy
8.3 Mencadangkan agar AJK PIBG sesi 2021/2022 dikekalkan.
Cadang : En. Maganthiran A/L Kathrayan
Sokong : En. Thasan A/L Kondan
8.4 Pengerusi mencadangan untuk memilih seorang AJK ibu bapa untuk menggantikan
En.Rajasegaran yang telah meninggal dunia.
8.5 Mencadangkan En. Murugan sebagai calon AJK ibu bapa.
Cadang : En. Mani Vannan A/L Munusamy
Sokong : En. Thasan A/L Kondan
8.6 Mesyuarat agung diteruskan dengan pelantikan AJK guru.
8.7 Pengerusi memaklumkan bahawa Setiausaha Kehormat, En. G.D.P.Jay Suriarao dan
Bendahari Kehormat, Pn. Valiammal A/P dikekalkan bagi sesi 2022/2023.
8.8 Pembentukan AJK PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut:
Penasihat : PN. PARAMESWARI A/P RAMAN (Guru Besar SJKT Ladang Tanah Merah)
Yang Dipertua PIBG : EN. ILANGOVAN A/L BALAKRISHNA
NYDP PIBG : EN. BALA SUBRAMANIAM A/L MUNUSAMY
Setiausaha Kehormat : EN. G.D.P.JAY SURIARAO
Bendahari Kehormat : PN. VALIAMMAL A/P MARIMUTHU
AJK Ibu Bapa : EN. ABIMANIYU A/L BALAKRISHNAN
PN. NAGAMMAL A/P NADESAN
PN. LETCHEMY A/P RENGIAH
EN. MANI VANNAN A/L MUNUSAMY
EN. MURUGAN
AJK Guru : EN. MANNATHAN A/L SHANMUGAM (GPK 1)
: CIK. LETCHUMEY A/P LETCHUMANAN (GPK HEM)
: PN. RATHA A/P NALLAYAN (GPK KOKURIKULUM)
: PN. BATHMAVATHY A/P RAMAIAH
: CIK. SARALA A/P NAGAPPAH
Juruaudit Guru : PN. UMMA DEVI A/P RAMAKASNA (GURU)
: PN. PARATHY A/P PALANIANDY (IBU BAPA)
Makluman : Semua

9.0 Membahaskan dan Menerima Usul

9.1 Pengerusi membentangkan usul sekolah iaitu mengekalkan sumbangan PIBG berjumlah
RM 10.00 setiap keluarga bagi tahun 2022 dan tahun-tahun berikutnya dan usul
dipersetujui sebulat suara.
Cadang : Pn. Letchemy A/P Rengiah
Sokong : En. Mani Vannan A/L Munusamy
Diterima oleh semua AJK dan ibu bapa dengan sebulat suara.
Tindakan : Semua Ibu Bapa/Penjaga

9.2 Pengerusi membentangkan usul kutipan yuran persekolahan tahun 2022 dan usul
dipersetujui sebulat suara.
Tindakan : Semua Ibu Bapa/Penjaga

9.3 Yang Dipertua PIBG mencadangkan untuk mewujudkan jawatankuasa PIBK dan KSIB
bermula pada tahun ini dan seterusnya melantik NYDP PIBG En. Bala Subramaniam A/L
Munusamy sebagai pengerusi PIBK.
Makluman : Semua

9.4 Penasihat PIBG En. Mohan A/L Govindasamy selaku Guru Besar turut menjelaskan bahawa
semua aktiviti telah diambil kira bilangan hari yang boleh dilaksanakan. Ini termasuklah
hari cuti persekolahan dan peperiksaan dalaman. Pihak sekolah amat mengalu-alukan
kedatangan ibu bapa ke sekolah untuk memberi sebarang cadangan.
Makluman : Semua
10.0 Ucapan Penangguhan

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru
yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022 / 2023.
10.2 Pengerusi berharap dapat menggabungkan idea dan kerjasama dari semua AJK PIBG sama
ada yang baharu atau yang lama.
10.3 YDP berharap stesyen pembelajaran dapat diteruskan bagi meningkatkan ilmu dan
kemenjadian anak-anak didik SJKT Ladang Tanah Merah.
10.4 Beliau mohon kerjasama ibu bapa untuk memberi komitmen melaksanakan aktiviti untuk
anak-anak SJKT Ladang Tanah Merah.
10.5 YDP mengucapakan tahniah kepada semua kerana dapat menjayakan Mesyuarat PIBG kali
ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi

Disediakan oleh,

....................................
G.D.P.JAY SURIARAO

Setiausaha
Persatuan Ibu bapa Dan Guru
SJKT Ladang Tanah Merah
Port Dickson, NS.

Tarikh : 11 Julai 2022

You might also like